Ahad, 20 Disember 2009

T-SHIRT "Tribute To The Abyss"


Hailz!T-shirt gig boleh ditempah sekarang dengan design yang menarik..Harga cuma RM30 sahaja..limited edition..contact Mr mael untuk keterangan lanjut..dan jangan lupa,ulasan gig akan dikeluarkan dalam blog ini dan Majalah Karisma awal tahun depan..

Khamis, 17 Disember 2009

GIG SEHARI LAGI..DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!!


HAILZ!!Jangan lupa gig sehari lagi,19.12.2009,bertempat di Volcano 8 Pub,batu 7,bermula jam 1200 tengahari..ini adalah gig penutup tirai SMF tahun ini,datang dan ENJOY!!!Tiket berharga RM15 masih boleh didapati melalui no tel.di bawah ini..sila check..NO DRUGS,VIOLENCE,JUST ENJOY THE SHOW!!!!!!!!
P/S T-SHIRT gig juga dibuka dan dijual untuk tempahan!Sila hubungi Mr Mael :0198740160..

Ahad, 29 November 2009

PENGUMUMAN PENTING..MEETING UNTUK SEMUA BAND..

HAILZ...kepada semua band yang terlibat pada gig nanti,dijemput untuk meghadiri meeting pada hari isnin,30.11.2009,jam 8.00 malam di Heritage kitchen..Sila hantar seorang wakil untuk setiap band..kehadiran wakil adalah WAJIB untuk mengetajui perkembangan terkini sebelum gig..tq..

GIG TUKAR KE 19.12.2009..

SALAM,gig TRIBUTE..akan ditukarkan ke tarikh 19.12.2009,bertempat di pub Volcano 8,Batu 7 (Kota Sentosa)..flyers akan dikeluarkan sedikit masa lagi..sila hubungi no tel di bawah untuk tempahan tiket..15 buah band akan 'berpesta' pada gig kali ini..HELL YEAH!!!!!!!!!

Ahad, 22 November 2009

BERITA MUTAKHIR....

Salam,berita mutakhir,gig TRIBUTE...yang dijangka diadakan di SUPREME HOTEL terpaksa ditukar venuenya ke satu tempat yang belum dipastikan,ini kerana pihak pengurusan hotel membatalkan tempahan pada saat-saat akhir ,ini sangat menyulitkan pihak kami mencari venue lain..Oleh itu,seminggu sebelum tarikh gig,berita rasmi akan dikeluarkan,sila berhubung dengan mana-mana nombor tel di bawah dan blog ini untuk update..kami memohon maaf atas kesulitan ini.....apapun,thankz for neverending support..

Ahad, 15 November 2009

TIKET GIG DIJUAL SEKARANG........!!!


Tiket gig 'TRIBUTE TO THE ABYSS'telah mula dijual berharga RM13 sahaja..GIG AKAN BERLANGSUNG PADA 5 .12.2009 di SUPREME hotel akan bermula jam 100 petang...sila hubungi nombor berikut untuk tempahan tiket..mr mael-0198740160,mr simon-0168081333 dan mr andy-0162571247..semua tiket adalah terhad,jadi bertindak sekarang!!!!!!flyers terbaru akan dikeluarkan juga tak lama lagi..sila rujuk www.myspace.com/sarawakmetalforce untuk perkembangan terkini...

Isnin, 28 September 2009

Salam IDUL FITRI buat semua!!


Salam IDUL FITRI buat semua!!
“minal aidin walfaizin walmaqbulin”!!
Saban tahun bulan Syawal adalah bulan yang paling dinanti-nantikan, malah bulan yang amat dikenali dan diingati oleh seluruh umat islam Malaysia. Tidak lain kerana IDUL FITRI yang menjelang pada 1hb Syawal. Semua akan ingat hari raya kerana cuti raya, kueh raya, baju raya, ketupat & rendang raya, duit raya, kasut raya, kereta raya, langsir raya dan sebagainya. Kehadirannya begitu diraikan, tidak seperti bulan-bulan hijrah yang lain. Persiapan untuknya juga luar biasa hingga seolah-olah kalendar hijrah hanya ada Syawal (kerana ia begitu diingati, dinanti dan di-rai).
Walaupun ramai yang faham erti hari istimewa ini, namun masih ramai yang tak tahu apatah lagi menghayati ERTI IDUL FITRI ini yang rata-ratanya juga dikenali sebagai Hari Raya Fitrah.
Apa fitrah kita? Adakah fitrah kita itu ertinya kebiasaan kita, seolah selepas berlalunya ramadhan kita akan kembali kepada kebiasaan kita (rutin hidup kita) iaitu makan-minum, tahap & mutu ibadat, adaban & disiplin nafsu dan sebagainya. Tak hairanlah jika kata fitr juga dikatakan berasal dari kata futhûr sehingga Idul Fitri diertikan bahawa kita kembali lagi kepada kegiatan makan siang hari seperti biasa. Adakah itu makna fitrah kepada kita?
Atau, adakah fitrah kita itu adalah ASAL kita? Tak hairanlah tatkala Idul Fitri semua warga kembali ke asalnya (kampong halamannya). Adakah itu maksud ASAL (fitrah) bagi kita?
Atau, adakah fitrah itu fahamnya adalah ‘bayar wang zakat fitrah’? Tak hairanlah berpusu-pusu muslim belajar nak ucap ijazah zakat depan Tuan Amil pemungut zakat yang tetiba muncul mejanya di Pasar Satok?. Malah tak kurang yang meyamakan itu dengan kadaran zakat hartanya yang tak perlu lagi dizakatkan kerana sudah berzakat fitrah di Hari Raya Fitrah. Adakah itu erti fitrah bagi kita?
Apakah yang fitrah buat kita?? Apakah fitrah ini merujuk kepada sifat. Jika ia sifat, apakah ia sifat pada diri? Adakah ia meliputi sifat alam diri yang berupa jasmani dan ruhaniah kita yang berlapis-lapis (bertingkat / bertahap) sifatnya. Dari alam nyata yang nampak susuk fizik hinggalah ke lapis susuk tubuh roh kita yang di dalam? Apakah ia susuk akal atau jiwa kita? Apakah fitrah ini adalah sifat hati yang prosakata ‘kembali kepada fitrah’ itu menegaskan agar kita “KEMBALI KEPADA HATI yang asalnya SUCI”?
Adapun kata arab ID atau AUD, berasal dari kata “‘Âda-Ya’ûdu-’îdan-wa-’audan” yang bermaksud KEMBALI. Manakala kata arab FITR berasal dari kata yang bermaksud FITRAH. Menurut bahasa Arab (berasal dari kata fathara) yang berarti “membuka” atau “menguak”. Makna fitrah sendiri bererti “keadaan yang suci”. Lalu, IDUL FITRI diertikan sebagai KEMBALI KEPADA FITRAH.
“Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (ALLAH), (tetapkanlah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah. (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”(QS Ar-Rum : 30)
Dalam Islam sendiri terdapat konsep bahawa setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Rasulullah SAW bersabda
“Setiap bayi dilahirkan dlam keadaan suci (fitrah), maka ibu atau bapaknya yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi,” (HR Abu Daud dan at-Tirmidzi).
Fitrah yang dimaksudkan adalah keadaan yang suci dan tidak berdosa sedikitpun dan telah beriman kepada Allah SWT. Seseorang yang kembali ke fitrahnya berarti ia mencari kesucian dan keyakinannya yang asal (asli), sebagaimana ketika ia dilahirkan.
Sebahagian ahli tafsir berpendapat; Fitrah Allah itu bererti kecenderungan dan kesediaan kita sebagai manusia terhadap agama yang haq. Dan pandangan Islam, walaupun manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah, namun kerana kelemahan iman yang ada pada dirinya sehingga membuatkan manusia mudah terjerumus ke lembah dosa dan membawa kesengsaraan zahir dan batinnya. Inilah yang menjadi noda hitam yang mengotori fitrah dirinya sendiri. Lalu, dia bertanggung-jawab untuk mengawal dan mengamalkan nilai-nilai fitrah (suci) yang ada pada dirinya. Allah SWT berfirman “(Allah) mengilhami (jiwa) kejahatan dan kebaikan. Sungguh, berbahagialah sesiapa yang menyucikannya. Dan rugilah siapa yang mencemarkannya.”(QS asy-Syams: 8-10).
KEMBALI
Sesudah mula mengenal apa fitrah kita, yang paling utamanya untuk kita sempena IDUL FITRI ini adalah UNTUK KEMBALI KEPADA FITRAH ITU. Kata KEMBALI yang secara umumnya mudah difahami, iaitu membawa erti ‘pulang ke pangkuan’. Mudah disebut NAMUN sesuatu yang sebenarnya SUKAR DIKOTAKAN. Apatah lagi tatkala kita LUPA ASALAN (FITRAH) KITA, LUPA TUJUAN KITA, LUPA MATLAMAT KITA akibat HIJAB JIWA yang melanda qalbu kita. Yang mana noda hitam jiwa ini mungkin berlaku akibat dosa-dosa kita sendiri. Dosa kepada ALLAH, dosa kepada ibu-bapa, dosa kepada GURU-GURU dan sebagainya.
Allah menyebut kata ‘kembali’ ini di dalam Al-Quran melalui beberapa firmanNya. Selain ‘ID’ kata lain untuk kembali dalam bahasa Arab adalah “ Rujû’ ” yang berasal dari kata raja’a-yarji’u-rujû’an. Kita lebih akrab (sinonim) menggunakan kata Rujû’ (rujuk) ini dalam urusan nikah-cerai perkahwinan. Namun di dalam Al-Qur’an kata Ruju’ sering digunakan untuk menunjukkan kembalinya kita kepada Allah. Kata Innalillahi wa inna ilaihi raji’un, bermaksud kita semua adalah kepunyaan Allah dan hanya kepada-Nya kita semua Rujû’ (kembali). Selain itu kata “Inabah” pada firmanNya “Ittabi’ Sabîla man Anâba Ilayya Tsumma Ilayya Marji’ukum” juga bermaksud ‘kembali’. Malah satu lagi kata yang bererti ‘kembali’ dalam bahasa Arab yang sangat khas adalah kata arab “Taubat”. Taubat berasal dari kata Tâba- Yatûbu-Taubatan. Orang yang kembali disebut Tâib dan yang kembalinya berulang-ulang dan terus-menerus disebut Tawwâb. Contohnya Allah menyebut orang-orang yang banyak bertaubat dan senang melakukan kesucian melalui firmanNya: Innallãha yuhibbu tawwãbina wa yuhibul mutathahhirin, bermaksud “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang banyak bertaubat dan memelihara kesucian dirinya” (QS Al-Baqarah : 222). Asma Allah ‘Ya Tawwab’ membawa maksud Yang menerima Taubat (yang menerima pesalah itu KEMBALI).
Maka kini kita tahu bahawa bicara ALLAH untuk kata KEMBALI ini ada banyak kataNya iaitu: ID, INABAH, RUJU’ dan TAUBAT.
Dalam ilmu tasawuf, keempatnya ini mempunyai tingkatannya (al-maqammat @ maqam @ stesyen ) tersendiri. Pada maqam yang pertama adalah yaqzhah atau kesadaran iaitu TINGKAT KEINSAFAN yang Allah hidupkan ke dalam naluri atau jiwa kita terhadap segala dosa-dosa yang pernah dilakukan. Dari yaqzhah seseorang meningkat kepada maqam atau stesyen kedua iaitu TAUBAT. Dari taubat naik kepada maqam yang ketiga yaitu MUHASABAH. Setelah maqam muhasabah barulah maqam INABAH.
Samada kesedaran ini hadir kerana ditimpa musibah (insiden) dalam hidup kita, atau kerana TEGURAN dan NASIHAT dari orang lain, atau kerana terbaca buku-buku ilmiah mahupun artikel sebegini, atau juga melalui mimpi-mimpi perihal peringatan akan kematian atau kecelakaan, atau juga melalui muhasabah diri yang dalam tatkala bermeditasi ataupun ketika menghayati prinsip kehidupan yang menyucikan segalanya itu atas kehendak-Nya juga kerana sifat kasih dan sayang-Nya kepada kita untuk mengizinkan yaqzhah atau kesadaran itu berlaku ke alam diri kita. Ketika inilah, kita akan ‘KEMBALI’ yang disebut IDUL FITRI! (kembali kepada fitrah).
Pada waktu yaqzhah ini, kita mahu kembali pada fitrah kita. Sebagai abdi padaNya kita semua mempunyai fitrah kesucian iaitu keinginan untuk kembali kepada Allah sebagai asal zat yang menciptakan kita. Keinginan itu ada jauh dalam hati atau QALBU kita. DariNya kita ada, denganNya kita hidup (nafas) dan kepadaNya kita mahu tujui. Allah tempatkan ‘rasa’ itu dalam qalbu kita seumpama sebuah lampu pelita namun kejahilan kita seringkali mengakibatkan lampu ini malap, tertutup atau kotor. Al-Quran menyebut pelita ini sebagai sebuah misykat, firman Allah “Perumpamaan cahaya Allah itu seperti misykat” (QS An-Nur : 35). Al-Qur’an menggambarkan hati kita itu seperti misykat dan di dalamnya ada misbah (sumbu api). Tetapi kebanyakan misykat kita itu tertutup (berjelaga) dan cahaya di dalam itu tidak boleh terpancar keluar. Cahaya fitrah kita itu tidak keluar kerana tertutup oleh dosa-dosa kita. Tetapi pada orang-orang tertentu yang membersihkan hatinya secara sungguh-sungguh, misykat itu menjadi sangat cemerlang seperti kaca. Al-Quran mengatakan “Kacanya itu seakan-akan bintang yang cemerlang, yang dinyalakan apinya dari pohon-pohon Zaitun yang diberkati, yang tidak di timur dan tidak di barat. Hampir-hampir minyaknya saja bersinar padahal tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya” (QS 24:35).
Rasa rindu pada cahaya fitrah itu akan membawa kita kembali. Seumpama kita kembali ke kampong halaman setiap kali tibanya Hari Raya, kita melakukannya dengan penuh rela kerana melayan rasa rindu itu. Kita terpanggil-panggil olehnya, terpanggil untuk pulang ke asal kita. Dalam kontek yaqzhah atau kesadaran, yang memanggil kita untuk kembali itu adalah cahaya fitrah, lampu yang ada di dalam misykat qalbu kita. Misykat itu adalah bahagian qalbu kita yang paling dalam dan masih menyimpan cahaya Ilahi itu. Sinarnya tidak kelihatan kerana kita terlalu terpesona dengan kehidupan dunia ini. NAMUN kerinduan itu masih ada lalu, kerinduan itu akan tiba-tiba muncul dalam diri kita di satu saat yang disebut yaqzhah!! Kerinduan yang akan menimbulkan kesadaran untuk kembali ke fitrah itu!
Adalah telah menjadi kebiasaan (fitrah), seseorang akan insaf bila ia dilanda MUSIBAH. Insaf membawanya kembali mengingati dan PASRAH kepada Allah. Oleh itu Rasul ada bersabda: “Sesungguhnya tidak ada baiknya orang yang tidak pernah mendapat musibah”. Bila ada masalah, seseorang akan biasanya kembali kepada Allah, bermunajat dan meminta Ihsan Allah. Samalah halnya tatkala RAMADHAN hadir dengan berbagai ujian dan cabaran. Dugaan berlapar, dahaga, kekurangan tenaga, mendiamkan nafsu, mengolah ibadah siang dan malam harinya, menjaga indera dan kesucian diri, membayar zakat fitrah dan bermacamnya lagi; adalah merupakan SEBUAH PERLATIHAN yang harus ditempoh demi sebuah keinsafan menuju kesedaran. Masalah, ujian, dugaan atau musibah adalah pencetus kepada yaqzhah (kesedaran) dan seterusnya menggerakkan insan itu untuk IDUL FITRI (kembali kepada fitrah). Melalui inilah kita kembali membersihkan misykat qalbu kita dan mulailah perlahan-lahan cahaya Ilahi itu keluar semula.
Pun begitu tak kurang juga yang insafnya sementara atau pura-pura. Tatkala susah, dia ‘kembali kepada fitrah’ dengan penuh keinsafan namun bila keadaan kembali seperti asal, dia kembali lupa semua. Macam musim perayaan ni, kita penuh lelah menjalani ibadat puasa (dugaan dan musibah yang berbagai bagi sesetengah orang), kemudiannya pulang IDUL FITRI (penuh keinsafan dari fadhilat ramadhan yang ditempuhi), bila rindu terjawap dan keadaan kembali seperti rutin asal, ia IDUL FITRI (kembali kepada kelalaiannya).
Apakah erti IDUL FITRI buat kita??
IDUL FITRI – KEMBALI KEPADA FITRAH. Inilah sebenar-benar pengertian IDUL FITRI yang harus kita kunyah. Bukan semata HARI RAYA yang hakikat maknanya kita tidak hayati dan dirai-kan dengan canggung akibat salah tafsiran yang ada. Kita haruslah meraikan Idul Fitri ini sebagai SEBUAH “KEPULANGAN KEPADA FITRAH” iaitu asal kita yang mencari pangkuan PELUKAN ILLAHI bukannya meraikan hari kebebasan dari dugaan dan ujian ramadhan.
Terakhir,kami wargakerja SMF belum terlambat mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN kepada semua.!
“minal aidin walfaizin walmaqbulin”!!

Mudah-mudahan ada kebaikkan untuk mereka yang mahu mengambilnya dari DIA yang Maha Pemilik!

Rabu, 9 September 2009

BERITA TERKINI.....GIG DITUNDA..


Salam Ramadhan,gig TRIBUTE TO THE ABYSS sekali lagi akan ditunda ke satu masa yang akan ditetapkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Sila rujuk laman blog ini dan myspace.com/sarawakmetalforce untuk berita terkini dan rasmi tentang gig itu nanti..Harap maklum...

Khamis, 20 Ogos 2009

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...........

SELAMAT MENYAMBUR RAMADHAN AL MUBARAK DARI SELURUH WARGAKERJA B.O.D SARAWAK METAL FORCE....Moga amalan kita diterima olehNYA....

AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN
1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.
Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan
1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
4. Elakan daripada makan berlebihan

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN
1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
i. Pastikan Tarawikh terakhir
ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang...

Jumaat, 7 Ogos 2009

SMF newsletter...era photostat




Ketika melawat blog kawan gua,andy sebli,mantan editor bersama SMF newsletter untuk era zaman photostat,terlihat dua cover SMF yang masih dalam simpanan beliau..hmm,cover isu ketiga,Cortal (Unitheism/Synchronizer) semasa gig SMF part III di Miri..Cover isu 4,Kremation sempena pelancaran album mereka "Headhunter Revenge"..Gua tak pasti berapa naskhah yang terjual,tapi seingat gua yang pernah gua catat dulu untuk isu 1 hingga terakhir (isu 6 -dengan cover NECROTIC CHAOS) adalah sekitar 400+++ naskhah...hehehe,ok jugak dengan kekangan masa dan modal yang terhad masa tu...kadang-kadang,tepikir balik nak buat newsletter photostat ni,ada syok dan 'cult'nya,tapi penyampaian maklumat melalui blog lebih pantas membuatkan gua terpikir banyak kali nak memulakannya....

Selasa, 28 Julai 2009

Tazkirah Bulan Syaaban..


ENAM PERSOALAN HIDUP
Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185). Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya. Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya. Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.
 

Sabtu, 25 Julai 2009

Rabu, 22 Julai 2009

CONFIRM! TRIBUTE TO THE ABYSS OCT 2009!!!

HELL YEAH!!!!!Setelah beberapa kali perbincangan,akhirnya confirm gig SMF 'TRIBUTE TO THE ABYSS'pada 3.10.2009 bertempat di Temuai Pub and lounge (ya,tempat yang sama untuk gig SMF 10TH ANNIVERSARY)..Dengan band yang CONFIRMED :UNGODLY,BLOCKHEAD,MENTALLY MURDERED,RESURRECTION,HOLIDAY MADNESS,CYRO INFERNO,CANNIBAL LANDLORD,SYNCHRONIZER,VORMIT..YEAH,tunggu flyers official sedikit masa lagi...untuk pertanyaan tiket sila hubungi saudara Mael : 0198740160...

Khamis, 16 Julai 2009

ARADIA NEW ALBUM!!!

Salam,menurut informasi dari sumber yang sahih,Aradia,sebuah band yang tidak perlu diperkenalkan lagi di arena Black Metal Malaysia,sedang berada di studio untuk merakamkan album penuh mereka..apabila ditanya dimana mereka merakamkan album,segalanya akan diberitahu kelak dan kemungkinan 8-9 lagu akan dirakamkan..Gua akan update lagi jika ada berita terbaru dan kemungkinan akan dikeluarkan dalam bulan September atau hujung tahun..Hail!ARADIA IS BACK!!!!

Selasa, 7 Julai 2009

SHAMANIC RITES ALBUM!!!

SARAWAK kult war black/death metal band,SHAMANIC RITES releases their full-length album 'INFILTRATE MUTILATE CARNAGE INSTIGATE'featuring 8 hell blasphemic traxz..official release on July 09!more info at Mr Akramienz at shamanic_rites@yahoo.com or www.myspace.com/shamanicrites.Juga boleh didapati di official distro/label dorang,Khakan prod dan Eastern voice prod..support local act!Congratz Shamanic Rites!!!!

Sabtu, 20 Jun 2009

bila berbicara ..........

Assalamualaikum...

Apabila kita berbicara tentang agama, bila ada topik berbicara tentang agama, adalah lebih baik kita elakkan berbicara benda-benda yang lawak.... apabila sahabat kita membuka topik agama, cubalah kita elakkan untuk melawak dalam topik tu....

kalau anda terasa juga ingin bergurau dalam topik tu, BICARALAH lah kata-kata yang langsung tidak berkait dengan topik yang dibawa..

CONTOH:

TOPIK: Sembahyang Adalah wajib

Bentonn : Sembahyang adalah wajib. Marilah kita mengerjakan sembahyang.
Fenrizz: Benar sekali kata-kata zeeta tu. Tu adalah tuntutan fardhu atas kita.

Tiba-tiba eloka bercakap mende yang lawak.

Eloka : Alamak... telekung semayang aku kene taik cicak, terpaksa pakai kain pelikat buat telekung.

Ayat eloka menunjukkan tiada lawak keatas 'SEMBAHYANG' tetapi hanya membabitkan 'telekung dan kain pelikat'. Jadi kesucian sembahyang dalam topik ni masih terpelihara kerana kita masih bergurau perkara yang tidak direct kepada topik tu.

TETAPI jika begini...

Laveyy : Hek eleee... tak yah la semayang-semayang ni... ko tetap jahat macam tu jugak...

Percakapan ni direct terus dengan kewajipan sembahyang, ini amat tidak dibolehkan... malah menyalahi akidah... kerana ayat diatas telah menidakkan sembahyang dan ini adalah gurauan yang direct terhadap topik yang dibicarakan (agama)


Ini hanyalah contoh...

mungkin ada yang berkata "eleeehh, yang ko selalu sebut nirrajim, kembali ke rahmatullah, laknatullah, neraka dan menghina orang bleh plak!!"

disini ingin gua tekankan itu hanyalah perkataan... NIRRAJIM memang perkataan yang berkaitan dengan Syaitan, dan memang salah kita memanggil orang setan atau nirrajim... tetapi ia berbalik pula ke atas diri individu yang kita panggil. Ia tiada kaitan dengan menjatuhkan akidah.

CONTOH

Mister Rie : krolei... ko ni memang nirrajim... sifat ko yang suka rogol ayam tu amatlah nirrajim...

Dalam konteks ini, hanya perasaan krolei sahaja yang membuat kita berdosa... sekiranya krolei berkecil hati maka itu adalah dosa... tetapi sekiranya beliau tidak kisah.. ianya hanyalah gurauan... jadi ia tidak berkaitan dengan akidah... maka ini dibolehkan sekiranya ia diredho oleh yang dikutuk...
begitu juga dengan perkataan 'kembali ke rahmatullah'. Mungkin ada yang beranggapan disini selalu menggunakan perkataan rahmatullah sebagai bahan lawak jenaka...
tetapi maksud kembali ke rahmatullah itu adalah mati.... tiada bezanya menyebut mati atau kambali ke rahmatullah sebagai bahan jenaka... malah bunyinya lebih formal dan berdisplin...

CONTOH : Lalu rie pun mati setelah melihat perbuatan anton mencium tengkuk jubin.

Ayat di atas nampak biasa sahaja...

CONTOH : Lalu rie pun kembali ke rahmatullah....

Pun sama.... maksudnya tetap mati....jadi hanya sebutan... tidak berkaitan akidah
Adalah amat ditekankan... apabila seseorang berbicara tentang agama... sekiranya kita tidak tahu.... adalah lebih baik kita mendiamkan diri... nanti bila bercakap kosong... takut menjejaskan akidah dan fakta...gua bukan apa,kekadang bila sembang sesama rakan musician,citer pasal agama,kadang-kadang kawan terlepas cakap pasal benda agama,yang haram dihalalkan,tak boleh ler macam tuh...

tetapi sekiranya kita berilmu dan yakin.... dan ingin melakukan lawak jenaka... lakukanlah... sebab ustaz didalam ceramah pun ada lawak jenaka untuk menarik perhatian...

tapi fikirkanlah 2-3 kali sebelum kita membalas berlawak tentang agama.... adakah posting gua ni menyalahi akidah atau tak.. sekiranya tidak yakin.. maka lebih baik diam...

NAMUN AMAT DI ALU-ALUKAN TOPIK BERBENTUK AGAMA... JANGANLA KITA TAK BUKAK TOPIK AGAMA PLAK...WALAUPUN TENGAH SEMBANG PASAL GIG KAT KEDAI KOPI...

gua memesan bukanlah kata gua baik-baik belaka... tetapi gua juga sentiasa berfikir apakah ayat gua ni boleh dijadikan bahan lawak sebelum gua berfikir...

TETAPI BILA BICARA YANG TIDAK BERKAITAN AGAMA... KALAU KORANG NAK MELAWAK... IKUT SUKA HATI KORANG LA... JANGAN BOHONG CUKUP....

GIG DI MUKAH!

Hampir seminggu yang lepas,gua dihubungi oleh seorang rakan lama dari Mukah..beliau menyatakan 1 gig akan diadakan di Mukah,tak silap pada 8.8.2009..gig ini dianjurkan oleh salah seorang line up band SUICIDE,yang kini telah aktif kembali!!Syabas!!Kalau ada duit lebih,jangan lupa untuk tengok gig ni..gua menunggu informasi lanjut tetapi beliau belum menghubungi lagi,tetapi dari perkhabaran band yang akan bermain di sana ialah SHAMANIC RITES,SUICIDE dan ada beberapa buah band lagi..Siapa sangka,kawasan yang agak jauh mempunyai scene metal yang semakin berkembang...Memang,METAL ADA DIMANAN-MANA!!!!!SYABAS BUAT RAKAN DI SANA!!!

REVIEW SMF di MAJALAH EMPAYAR!!!

SUDAH TERBIT!!!Ulasan gig SMF 10TH ANNIVERSARY sudah dikeluarkan dalam majalah empayar isu 7 (cover BUNKFACE)...Oleh kerana kesukaran mencari majalah ini,gua menghubungi osman,pemilik EASTERN VOICE prod (sebuah label dan distro yang aktif di Sarawak) untuk memilikinya beberapa hari yang lepas...em,nasib baik ada..banyak informasi lain yang boleh kita lihat dalam majalah hebat ini..em Nazrul,lain kali print le banyak-banyak,orait bro?heheh

PESANAN BUAT TEMAN....

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.


Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
salam 165....

Selasa, 16 Jun 2009

GIG TANGGUH KE OKTOBER!!

SALAM, ni ada latest news dari camp SMF..kemungkinan besar gig 'TRIBUTE THE THE ABYSS' akan ditangguh ke bulan oktober memandangkan beberapa masalah teknikal..dan ada lebih kurang 12 buah band yang akan beraksi...Pastinya METAL!!!Antara yang confirm ialah SENSELESS,UNGODLY,IMMORTAL,SYNCHRONIZER,MILITANT ATTACK,CRYO IFERNO dan beberapa lagi..tunggu flyers dalam sedikit masa lagi...
WE ARE THE SEEKERS OF DIVINE LOVE!!!!!!!!!!!!!

Selasa, 19 Mei 2009

TRIBUTE TO THE ABYSS (SENSELESS) AUGUST 2009!

SALAM 165,
lama dah gua tak update..busy memanjang dengan hal-hal dunia dan kerjaya yang sampai bila pun tak habis,hehe..Berita terkini dari camp SMF ,kami sedang sibuk merancang untuk gig "TRIBUTE TO THE ABYSS" yang dijangka pada pertengahan bulan Ogos nanti..Untuk makluman,"The Abyss" adalah nama samaran/nickname untuk Allahyarham Zul,gitaris dan mainman kumpulan lagenda Sarawak,SENSELESS..Beliau adalah antara generasi pertama dan aktif menganjurkan gig-gig di Kuching lewat 1980an dan awal 1990an dahulu seperti di batu Kawa pada tahun 1992,serta di Dewan Perumahan RPR ..Jika anda masih mempunyai DROP DEAD FANZINE dari Miri,anda akan mendapati gambar-gambar gig lama pada era tersebut!Sebagai pengapresiasian kepada beliau,gig ini untuk mengenang kembali jasa beliau,dan yang menarik,band-band lama sezaman dengan SENSELESS akan muncul kembali!nama-nama seperti UNGODLY DEATH,BLOCKHEAD,IMMORTAL (kemungkinan ) akan bersama kembali seterusnya 'barisan' band-band baru yang sentiasa 'memanaskan 'suasana nanti!!!Apapun,tunggu,dah confirm,gua akan bagitau sepantas mungkin!!!

Khamis, 23 April 2009

ESQ 165 : SARAWAK ANGKATAN 02

SALAM,PAGIIIII!Ni gua ada pengumuman penting!ESQ 165 Leadership akan menganjurkan kursus ESQ di Sarawak tak lama lagi..Gua sebagai alumni angkatan 12 sangat menyarankan anda diluar sana mengikuti kursus ini kerana ia membina' ketahanan diri' yang luar biasa,gua jamin korang pasti 'insan' yang lebih cemerlang lepas attend kursus selama 3 hari ni..hari tu gua pun ada pegi first batch angkatan 1 pada 10,11 dan 12 April lepas di Riverside majestic hotel..so ni ada ckit maklumat gua nak kongsi..

Training ESQ

“Training ESQ adalah sebuah fenomena. Menggugah dan mampu mengubah kehidupan menjadi lebih bermakna.”

Demikian kesimpulan salah seorang peserta yang telah mengikuti training ESQ.

ESQ memang bukan sekadar pelatihan kepemimpinan atau manajemen biasa. Training ini merupakan pelopor pelatihan sekaligus inovasi mutakhir yang mengasah sisi emosi dan spiritual untuk membangun karakter sumber daya manusia.

Selama ini konsep dan metoda untuk membangkitkan sumberdaya manusia di dalam dunia kerja dan kehidupan pribadi seringkali terpisah. ESQ menggabungkan tiga motivasi fisik, emosi, dan spiritual menjadi satu kekuatan dalam menggapai sukses baik dalam kehidupan sosial maupun spiritual.

Training ESQ membangkitkan suara hati atau nilai-nilai yang disebut 7 Budi Utama yaitu: Jujur, Tanggung Jawab, Visioner, Disiplin, Kerjasama, Adil, dan Prihatin. Training ESQ juga membangkitkan kekuatan tersembunyi serta mengerahkan seluruh potensi dirinya untuk kehidupan dan pekerjaan yang lebih produktif.

ESQ hadir untuk siapa saja yang berkeinginan untuk membentuk karakter manusia paripurna. ESQ juga merupakan upaya untuk menjembatani rasionalitas dunia usaha dengan spirit ketuhanan sehingga melengkapi makna sukses dengan nilai-nilai spiritual yang mendalam, menuju esensi bahagia yang sesungguhnya.

Metodologi Training

Yang unik dan membedakan ESQ dari pelatihan lainnya adalah metodenya yang efektif dan komprehensif sehingga peserta merasakan pengalaman sebagaimana yang disampaikan dalam materi. Menggunakan teori Quantum Learning yaitu dengan cara merangsang seluruh indera penglihatan, pendengaran, serta menyeimbangkan antara kerja otak kanan dan otak kiri. Multimedia yang digunakan menggabungkan animasi, klip film, efek suara, musik. Ditampilkan dengan medium beberapa layar besar ukuran 4 x 6 m dengan tata suara sekitar 30.000 watt, sehingga dapat menghadirkan suasana alam (outdoor) ke dalam ruangan.

Sebagai materi pendukung, peserta juga akan diajak terlibat beberapa aktifitas dalam training seperti permainan, simulasi, serta saling berbagi pengalaman diantara peserta

Visi & Misi

Visi

Terciptanya Peradaban Emas melalui The ESQWay 165

Misi

Menyebarkan dan menjadikan The ESQWay 165 sebagai jalan hidup terbaik di muka bumi.

Nilai:

7 BUDI UTAMA

Jujur

Tanggung jawab

Visioner

Disiplin

Kerjasama

Adil

Prihatin

Ketika kita tidur malam nanti, belum tentu kita akan bangun esok pagi. Ketika kita baring, belum tentu kita mampu bangkit dan menikmati keindahan sinaran mentari.
Dr. Ary Ginanjar AgustianSarawak

Konsortium IGMS Harmoni Sdn Bhd
Lot 10527, Block 11, MTLD
3rd Floor, Stutong Indah
Commercial Centre
Jalan Setia Raja, 93350 Kuching
Sarawak
No Tel: 082-367037
No Fax: 082-366137
HP: 012-8877990




so next angkatan 02 SARAWAK pada tarikh berikut :

Tarikh : 29-31 Mei 2009

Tempat :Riverside majestic

Fee : RM1000 (Bayar sebelum 30/04/2009)

Fee :RM1200 (Bayar sebelum 15/05/2009)

Fee : RM1480 (Bayar selepas 16/05/2009)


Bukan bayar kat gua tau!!!haha,sila hubungi no tel di atas,sure dorang bantu..masih confuse?sila
layari laman web www.esq.com.my atau cari kat youtube ,taip je esq 165..cd,t-shirt,gig,rekoding demo/album boleh watkan,apa salahnya keluarkan sikit duit utk kursus ni..senang cakap,utk manfaat dunia akhirat...so,mula simpan duit sekarang,metal metal gak ,akhirat jangan lupa (macam pernah dengar ayat ni,tapi di mana yah?heheh)InshaAllah,kita jumpa di sana nanti..
"Jika Dikau menjadi aku,Dikau akan mengerti...." Aryanism...

Ahad, 19 April 2009




















Salam,mesti lama korang tunggu update gambar gig ni..gua tunggu anak buah gua balik dari Miri cuti hampir dua minggu,so baru je dapat minggu nih..hahaha,so sorry la lambat ckit,janji enjoy tengok..err,bagitau la kengkawan,kot-kot ada gambar dorang kat sini...

Sabtu, 4 April 2009

























































































































SARAWAK METAL FORCE : CELEBRATING IT’S 10th ANNIVERSARY
TARIKH : 28 MAC 2009
TEMPAT : TEMUAI Pub and Lounge

BANDS : LANGSUYR,HAYAGRIVA,VORMIT,KHEROW,LUCILLE,ROBBLITZ,
KURASAKUASA,RESURRECTION,SHOCK TROOPS,RUDEBOYS,CRYO INFERNO,DARK THROTTLE

MENGGEGARKAN!!Itulah ayat yang paling sesuai apabila menyaksikan gig ‘ulangtahun’ ke sepuluh pada 28 Mac.12 buah band ‘berhimpun’ pada ‘perayaan’ istimewa ulangtahun ini..
11.00 pagi : Saya sampai ke Temuai Pub,setelah hampir ‘tersesat’ sehingga ke Wisma Hock Lee,almaklum,memang saya jarang benar ‘singgah’ ke Pub di Kuching ini.apatah lagi Pub Dangdut.heheh..Sesampainya disana,pihak Les Paul Studio sudah memunggah instrument muzik ke pentas( Ya,siapa yang tidak kenal Les Paul studio “Morrisound Studio” bagi band-band lama era lewat 80an dan awal 90an untuk merakamkan demo satu ketika dulu..)Sound check bermula dengan Hayagriva,disusuli Langsuyr,serta beberapa buah band-dalam masa yang singkat sahaja.Saya meminta ‘anak buah’ saya mengeluarkan t-shirt SMF dan beberapa keping CD untuk diletakkan dimeja kaunter jualan.Saya melihat banner besar SMF diletakkan di belakang stage “Sangat menarik” fikir saya..Ya,almaklum,sudah hampir 5 tahun saya tidak pernah lagi menghadiri gig (yang terakhir gig anjuran SMF ‘OILTOWN MUSIC FEST” di Bandar Miri pada 2004 yang lalu)..
Sound check berlarutan sehingga pukul 2.00 petang memandangkan hampir kesemua band ingin mencari ‘sound’ yang sesuai dan ya,kelewatan band-band untuk hadir awal walaupun sudah dimaklumkan beberapa hari sebelumnya.Perkara ini berlarutan sehingga hampir 2.15 petang.Crowd yang sudah berkumpul diarahkan keluar semula untuk pemeriksaan tiket,kecuali beberapa orang crew yang dibenarkan berada di dalam.
2.30 petang,pintu hadapan mula dibuka secara rasmi ,kelihatan crowd ‘berbaju hitam’ mula memasuki ruang pub,dan ada juga yang ‘menjamu mata’ dengan pilihan pelbagai CD/kaset/t-shirt D.I.Y yang dijual.Sayang sekali,kerana t-shirt rasmi gig SMF telah habis dijual dan dibolot sebelum 1200 tengahari!!!”Nampaknya kita kena print balik ni..”getus saya kepada Mael,salah seorang organizer SMF..
2.35 petang,band indie dari Kuching,LUCILLE,membuat persembahan pertama dengan lagu-lagu mereka sendiri, “Feel away”,”Musnah “ dan “Takhta”Mereka langsung sahaja membuat persembahan walaupun belum ramai yang masuk ke dalam Pub.Lucille seolah-olah tidak mempedulikan itu semua.Mereka kelihatan begitu bersemangat dan inilah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap band,just play and enjoy the show.”Band ini cukup berpotensi “ Jelas Afdzal,drummer kherow kepada saya dan ya,saya sependapat dengannya.
Giliran SHOCK TROOPS mengambil tempat,band berorientasi skinhead/oi ini tampil dengan jaket full stud dan membawakan lagu-lagu…apa ya ?Saya tidak familiar tapi rasanya lagu mereka sendiri dan paling penting,crowd Skinhead begitu enjoy dengan lagu-lagu yang mereka bawakan!
CRYO INFERNO,band jemputan dari Kuala Lumpur mengambil tempat dan membawakan lagu-lagu mereka sendiri iaitu “Radical” “Dead Rose””Rockin in the free world” dari Neil Young!mulanya saya begitu ‘kabur’ tentang lagu- lagu mereka tetapi riff lagu yang ‘catchy’ dan begitu menarik ‘cukup’ membawa crowd ‘menghayunkan kepala’ bersama mereka.Syabas kepada gitaris/vokalisnya,saudara Wan yang begitu bijak ‘mencuri’perhatian crowd untuk ‘menyanyi’ bersama-samanya.Sesudah selesai,laungan “ One more,one more”!!dari crowd yang hadir memaksa CRYO INFERNO yang sudah hampir ‘menanggalkan’senjata gitar mereka,terpaksa ‘mengalah’lagu “Roots’ dari Sepultura ‘dihulurkan’ untuk memenuhi permintaan crowd yang hadir.Syabas Cryo inferno kerana persembahan yang mantap dan sanggup datang dari jauh untuk bersama-sama ‘meraikan’ gig ini!!
KURASAKUASA ‘mengambil alih ‘ stage SMF dengan membawakan lagu-lagu “No Police State” (Mass Separation Cover),”Marching spree”,Point of provoking”,”Grind trust/I trust”,”New Era of gore (Mythof Gore),”Blind world (Nasum Cover),”O Yeah” ,”Hard Core or Die”,dan “Go F*** Yourself (a.k.a Don’t care)banyak?ya memang banyak lagu yang mereka persembahkan tetapi tiada apa yang dihairankan kerana lagu-lagu Grind biasanya pendek-pendek sahaja.Mereka mendapat sambutan yang hangat daripada crowd yang hadir dan dimaklumkan mereka juga sering mendapat undangan gig-gig disini.Tahniah buat Kurasakuasa kerana berjaya menghiburkan crowd yang hadir..
ROBBLITZ mengambil posisi seterusnya dengan lagu-lagu dari Deicide,Ungodly Death dan ya,lagu sendiri (walaupun saya tidak pasti samada itu lagu Ungodly death yang tidak sempat dirakamkan dahuli “Abhor of C****”)Penampilan Sarel dengan rambut
Ala Punk tampak begitu bersahaja dan menghiburkan.Lagu-lagu mereka juga agak panjang,apapun saya begitu terhibur melihat persembahan mereka apatah lagi apabila mendengar lagu Ungodly Death ‘didendangkan’..hahhaha…kenangan tu…
Next,RUDEBOYS pula mengambil tempat.Band Skinhead ini adalah yang terawal memainkan music Oi! Serta pernah meriliskan album di bawah Stange Culture Record pada tahun 97/98 dahulu!Lagu-lagu sendiri dibawakan seperti “Bootbois”,”We got the pride”,”We’re so strong” dan “A.C.A.B”Crowd ‘berpogo’ diruang legar membuktikan mereka ‘menikmati’ lagu –lagu dari Rudeboys.Satu persembahan yang menarik..
Seterusnya,band dari Miri,DARK THROTTLE pula’ menjajah’ stage SMF..Lagu sendiri iaitu “Marching through the gate of hell” dan ‘(Red)volution’dipersembahkan.Band ini cukup berpotensi untuk diketengahkan.Saya Cuma terfikir,dimana band ini berada semasa gig-gig SMF sering dianjurkan di Miri dahulu??Lagu terakhir dari Iron Maiden “The evil that man do”tersedia ‘dihidangkan’ unutk ‘dihirup’ oleh SMFanatiCrowdz!!!Masa amat mencemburui kerana jam sudah hampir menunjukkan 4.30 petang tetapi sekali lagi crowd berjaya ‘memaksa’ mereka membawa sebuah lagu terakhir yang betul-betul ‘terakhir’ “Run to the hill” dari Iron Maiden menutup persembahan mereka.Dark Throttle adalah band yang cukup ‘berbaloi’ dibawa ke Kuching dan saya mengharapkan mereka dapat ‘mengeluarkan’sesuatu material dalam kadar yang segera!!
Penampilan RESSURECTION,memang ditunggu –tunggu .Manakan tidak,band ini menampilkan Andy-gitaris/vokalis band lagenda dari Sarawak,SENSEESS!!dan pernah menyumbangkan khidmatnya bersama BREAK THE SILENCE dan original line up band Death Metal pioneer Sarawak,LOST INFIDEL(R.I.P)!Mereka menampilkan vokalis HOLIDAY MADNESS,As diposisi gitar/vocal yang diperakui umum mempunyai vocal yang lantang dan mantap!Cara Andy bermain dengan ‘gayanya’tersendiri masih seperti masa di dalam SENSELESS dulu..”Jelas Firwan,ex-gitaris band APOSTASY (R.I.P) kepada saya..Yang jelas,SMFanatiCrowdz begitu enjoy menikmati persembahan mereka.ini terbukti apabila lagu terakhir,mereka bersama-sama menyanyikan lagu sebelum menutup persembahan.
5.30 petang,KHEROW mengambil giliran tetapi sebelum itu’ritual khusus’ memotong kek bersama sebahagian Board Of Directors SMF dilaksanakan,diiringi nyanyian lagu “HAPPY BIRTHDAY TO YOU” (nota : kepada SMF)Crowd SMF begitu supportif dan kali ini seluruh Temuai Pub berkumandang lagu tersebut!!Saya begitu teruja melihat suasana ini,haha..Cuma mereka tidak melakukuan headbanging sahaja semasa lagu ini.Hahahahaha..
Setelah selesai ‘ritual’ dan ‘perasmian’ tersebut,Kherow bersiap sedia ‘menghancurkan’ pentas .What should I say about them? Band ini begitu teknikal dari segi muzikal,dan ya,jauh berbeda semasa awal kemunculan mereka sekitar 2000 yang lalu.Kalau KRISIUN dengar,sure depa marah nih!!!hahaha..Mereka menyampaikan lagu –lagu sendiri yang agak panjang,tetapi tidak membosankan kerana riff yang berbeza-beza.Juga disulami dengan solo gitar yang melodik,serta suara vokalis perempuannya yang cukup ganas!!Crowd semakin ‘mendesak’ ke depan semasa mereka menyampaikan lagu terakhir..Nantikan full length album dari mereka tidak lama lagi.
Seterusnya,VORMIT bersedia untuk ‘menggrinding’ pentas.Suasana semakin’havoc’ apabila mereka membawakan lagu-lagu dari album “LIFE IS YOUR ENEMY” seperti “Universal Struggle”,Reaching and reclaimed”Obliteration to supp”,”Greed killing”(cover Napalm Death),”The God Project”(dari demo kedua mereka –THE GOD PROJECT-1993),”Antisocial Sticks”,III-resolved” dan “Suffer the children” (cover Napalm Death).Crowd juga’sing a long’ bersama mereka.Jelas mereka dapat ‘memuaskan’ peminat Vormit yang sudah lama menunggu kemunculan mereka selama ini.Kredit kepada vokalisnya,yang begitu ganas beraksi dan pandai berinteraksi dengan crowd,ya tiada apa yang dihairankan kerana mereka pernah ‘menempuh’gig-gig besar seperti Rock The World “ sebelum ini.Syabas!
Seterusnya,HAYAGRIVA bersedia untuk ‘menggelapkan’ pentas dengan lagu-lagu berirama Dark Shadow Metal!Saya mengikuti perkembangan mereka sejak kemunculan demo pertama mereka “Thy lord Of Neverending Wrath” sekitar 1995 dahulu.Untuk makluman,ini adalah kemunculan kedua mereka di Kuching tetapi permintaan crowd terhadap mereka cukup tinggi,dengan full corsepaint- mereka mula ‘memarakkan api kemarahan’ dengan lagu “Deminority””,”Black lined fire”,”Withered lotus of hayagrivous eden”,”Black koilboard I portray”.Saya semakin terkepung apabila mereka membawakan lagu “Mourning palace” dari Dimmu Borgir!!!Sangat menarik dan Hayagriva membawakan lagu ini dengan begitu baik sekali.Seterusnya,lagu “Gates of eternity”,”Thy lord of Oneness” Seketika,Mantheravatee meminta para SMFanatiCrowdz beredar sedikit ke tepi monitor kerana agak terganggu dengan sound yang tidak jelas.Tapi itu tidak menghalang crowd dari terus menikmati lagu-lagu mereka..Satu lagi lagu terakhir terpaksa apabila crowd ‘mengarahkan’ jeritan ‘one more song’…”Box of agony’ menutup tirai Hayagriva dan kepuasan jelas ke tahap klimaks pada wajah crowd yang hadir.Apa lagi yang boleh saya katakan.Cemerlang!!!
Yang ditunggu akhirnya telah tiba,apabila M.C,saudara Charles mengumumkan kemunculan LANGSUYR,pada pukul 7.30 petang, membuatkan crowd semakin berasak ke hadapan.Cuma pada kali ini tanpa kehadiran Bentara/Sam,dulunya dikenali sebagai Batara Guru!Saya tidak dapat ‘menembusi’hadapan stage dan terpaksa beralih ke sebelah kiri stage,walaupun bersebelahan speaker.”Terima kasih,anda adalah jemputan Langsuyr pada hari ini “ ,jerit Azlan,vokalis Langsuyr membuatkan crowd seperti diserang hysteria.Lagu pertama diambil dari album ‘Asyik’,disusuli lagu “Occultus Mysticism’dipeti k dari demo mereka yang pertama yang dikeluarkan pada tahun 1993!Saya begitu teruja mendengar lagu ini kerana nilai klasikal yang tinggi ,begitu catchy,depresif dan juga sedikit thrashy.Haha,hanya segelintir sahaja crowd yang pernah mendengar demo asli tersebut.Next,lagu”Descent of the fire breathed’ dipetik dari kompilasi “IPOH’S METAL MILITANT SUPREMACIST”1999 .Untuk maklumanlagu ,ini adalah recording terakhir sebelum Langsuyr dibubarkan pada tahun 2000 dahulu.Lagu seterusnya,Mata Ayer juga dipetik dari album Asyik.”Siapa ada mata ayer di sini”? jerit Azlan.”Adaaaa” bergemuruh crowd menjawab dan mengangkat tangan dan saya ketawa mendengarkannya.Crowd begitu ‘asyik’menyanyi bersama semasa lagu ini.Lagu “Tangisan Embun pagi” dimainkan tetapi tidak selesai dimainkan kerana masa tidak begitu mencukupi dan saya difaham ‘business hour’ Temuai pub hampir bermula.Sesekali saya menoleh jam dan sudah menunjukkan 8.30 malam :Earth Hour pulak malam ni..’hemat saya sendirian.Akhirnya,Lagu “My oath for thee” dimainkan sebagai lagu (sepatutnya yang ) terakhir,tetapi crowd seperti tidak puas dan meminta satu lagi lagu dimainkan,.Akhirnya Langsuyr mengalah dan membawa lagu Sunut untuk memenuhi halwa telinga crowd yang hadir.” Habis CD dibakar,habis poster dibakar”Ya,hampir kesemua crowd menjadi ‘vokalis ‘bersam Azlan pada petang tersebut,lagu yang begitu menarik, dan cukup cathchy..
8.40 malam, gig selesai secara rasmi..Ternyata,walaupun keletihan,nampak terpancar kepuasan pada wajah crowd yang hadir,juga saya difahamkan 2 orang journalist dari Sweden hadir untuk melihat gig ini,dan saya mewakili B.O.D SMF mengucapkan terima kasih dan syabas yang tidak terhingga kepada semua yang hadir,semua bands yang begitu komited,semua pihak secara langsung dan tidak langsung menjayakan gig ini.Tanpa anda siapalah kami!Thank You and see you all next…!!!!!
p/s: ini adalah sebahagian gambar masa gig hari tu.inshaAllah kami akan upload gambar-gambar lain dalam sedikit masa lagi..tq.

Jumaat, 20 Mac 2009

TEKNIK HILANGKAN BORING...boringnyer...


boring tak suasana macam nih???.....





Ya, aku tahu, korang dah lama hidup, sudah kenyang makan maksiat, sudah bosan mengumpul dosa, Cuma belum bersedia bunuh diri sahaja, dan bila sudah selesai semua itu, korang tanya soalan yang merepek dan merapu, iaitu bagaimana nak menghilangkan boring..(boringnya)Dan aku tahu, manusia cukup takut untuk menjadi seorang yang boring dan hidup dalam dunia yang memboringkan, lalu korang keluar rumah untuk hilangkan boring, masuk kelab golf, masuk kelab kereta, kelab memancing, kelab catur, kelab malam, kelab karoeke, kelab dangdut, kelab mengumpul setem dan sebagainya, lalu dalam kesibukkan korang dengan hobi yang tidak boleh bawak masuk kubur itu, boleh pulak korang bangga menjadi orang yang tak boring kononnya dan pandang hina pada orang lain yang boring, tapi sebenarnya korang pun boring gak.., tak ke boring?Tapi sebab aku nak jimatkan kos boring korang daripada habiskan duit untuk pergi ke semua tempat di atas yang mahal-mahal, memandangkan pulak kadar inflasi yang semakin naik dan kuasa beli yang semakin turun, di tambah harga minyak yang tak pernah turun, dan mas kahwin yang sentiasa naik, jadi..Daripada korang terpaksa belanja besar untuk hilangkan boring, aku bagilah jugak nasihat boring dari aku yang betul betul menjimatkan kos akan bagaimana nak menghilangkan boring, terimalah:…Bagaimana hilangkan boring dengan kos yang murah(Nota: segala kejadian yang tidak diingini andai berlaku ketika korang jalankan aktiviti ini adalah di luar tanggung jawab. harap maklum)Tip hilangkan boring di waktu pagiSebaik sahaja korang bangun awal pagi, tak payah tunggu apa lagi, terus kenakan pakaian sukan sepenuhnya, ikat tali kasut ketat-ketat, tarik stoking tinggi-tinggi dan pergi joging..Namun aku tak nafikan, joging adalah antara perkara atau sukan yang boring jugak, oleh sebab itu korang kena buat kelainan sikit, baru tak boring..Apa kata sebelum korang pergi joging, korang cari kayu dalam sekaki ke dua kaki punya panjang dan lepas tu korang basahkan hujun kayu dengan bahan api yang likat, kemudian korang ambik mancis dan nyalakan hujung kayu itu..Maka siaplah sebuah 'obor', dan teruskan joging sambil memegang obor itu, ini akan dapat menghilangkan boring korang kerana ianya adalah satu perkara yang tak pernah di buat orang, unik dan lain daripada yang lain, dan sudah tentu korang akan menjadi perhatian seluruh warganegara yang 'kagum' melihat korang berlari seawal jam 6 pagi sambil bawak obor…Tapi aku tak bertanggung jawab jika korang di pukul oleh orang kampong kerana korang disyakki nak pergi bakar rumah mereka..Woha!Tip hilangkan boring di waktu tengah hari.Jika korang sedang bekerja, apa kata waktu rehat tengah hari, korang pergi lepak tepi pantai, ambil beberapa keping gambar mengunakan Handphone bagi menunjukkan 'alibi' kewujudan korang di sana, lepas dah hilang boring, baru masuk kerja, lewat sikitpun takpe, bila bos tanya kenapa masuk lewat?Korang cakaplah:"Saya terpaksa masuk lewat kerana terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan ikan paus yang terdampar di laut pulang ke pangkuan ibunya, tapi dah lama tunggu, takde pulak ikan paus yang sedia membunuh diri"Lalu korang tunjuk gambar tepi pantai pada bos, dan apa sahaja reaksi bos korang, boring tentu hilang, he he ..Tip hilangkan boring di waktu petang.Pastikan kereta korang ada satu tong besar dan pastikan jugak tong itu penuh berisi RO water, sekepulangan sahaja korang dari kerja, jangan terus balik rumah, sebab jalan biasa sesak dan itu akan memboringkan korang, maka kali ni, korang kena ikut jalan kampung yang terdekat, tak kiraler kampung siapa-siapapun, kampung orang aslipun takpe.Bukan apa, kat kawasan kampung, biasa penduduk di waktu petang akan habiskan masa dengan membakar sampah, walaupun niat murni mereka adalah untuk mengurangkan beban Majlis Perbendaran atau mempupuskan nyamuk, tapi membakar sampah secara terbuka sebenarnya merbahaya kepada atmosphera bumi, dan silap gaya akan mempupuskan manusia.Maka jika korang nampak orang kampung sedang membuat pembakaran terbuka, korang terus pergi padamkan api itu dengan menggunakan RO water, dan bagi sikit ceramah tentang bahayanya pencemaran akibat kebodohan rakyat negara dunia ketiga, juga ceritakan kesan CFC kepada molukul ozon, yang mana apa sahaja reaksi orang kampung, boring korang tentu hilang, ye tak?!Woha!Tip hilangkan boring di waktu malam.Apa kata korang pergi mandi lepas makan malam, pakai baju lawa lawa, rambut sikat rapi kiri kanan, dan lepas siap semua tu korangpun pergiler berdiri di tepi mana mana jalan utama..Bila nampak kereta Teksi, korang pun luruskan tangan dan gerakkan sikit jari jemari yang menunjukkan korang ingin kereta teksi itu berhenti..Bila teksi dah berhenti, korang jangan masuk terus dalam Teksi tu, tapi korang bergerak ke pintu driver teksi tu, alahai, buat macam polis selalu buat bila road block tu..Dengan penuh kesopanan dan bergaya seperti pemuda yang hafal rukun Negara, korang ketuk sikit cermin depan kereta teksi tu, dan bila cermin dah turun, korang terus tanya soalan ni kat pemandu teksi tu."Dah lama bawak kereta teksi ni bang?"Lalu bila driver teksi tu layang korang berborak, Pasti boring korang hilang. Tak gitu?Woha!******jika korang orang islam tanya bagaiamana nak hilangkan boring ini dah pelik.., ini dah melanggar adab orang beriman dan bertakwa..Korang tak tahu ke?, Firaun, namrud, Qarun, Haman dan semua ahli neraka nak kembali ke dunia walupun satu saat sebab nak selamatkan akhirat mereka, boleh pulak korang tanya aku bagaimana nak hilangkan boring?Korang tak tahu ke? Ahli shurga bila masuk shurga akan menyesal akan masa yang telah dihabiskan tanpa zikirullah..Ni yang aku boring ni!Orang islam ada banyak kerja sebelum jadi mayat, tiba tiba boleh pulak korang perasan boring?Tafsir Al quran dah habis baca ke?Kisah sahabat sudah melekat di minda ke?Kitab Hadith Fadhail dan Masail dah habis baca ke?Huh! Taubat belum tahu di terima atau tidak, solat belum lagi kusyuk dan al Quran belum banyak hafal, boleh pulak korang nak buat benda lain lain yang merepek untuk hilangkan boring.., nak masuk neraka ke?Ingat! Orang non muslim jer boleh boring, sebab dunia ni di cipta demikian, dunia di cipta dengan penuh sifat keboringan, lagu yang sedap boleh bertahan berapa minggu jer dalm carta?, ratu cantik boleh tahan berapa tahun jer punya gebu?, filem terbaik boleh tahan berapa lama sahaja di pawagam?, dunia ni memang hampeh dan memboringkan..Tak pernah tengok ke orang puteh melancong ke sini sebab mereka dah boring dengan hidup di sana, Tak pernah tengok ke depa buat rumah besar besar tapi tak duduk?, Tak pernah tengok ke depa kahwin isteri cantik cantik tapi tidur dengan perempuan lain?, Tak pernah tengok ke orang puteh buat filem Batman versi Tom Burton lepas tu reset balik buat filem Batman versi Christopher Nolan pulak, delete superman III dan buat balik superman Return, sebab?Mereka BORING, dan cuba sedaya upaya buat apa sahaja yang merepek agar tidak BORING.Maka korang wahai orang-orang islam sekalian. Tarik balik kalimah boring korang masing masing..Hidup atas dunia ini hanya sementara, (dah start cermah boring dari aku bagi sesetengah dari korang yang hati gelap) esok lusa korang naik kereta mayat, masa tu baru korang menyesal dengan masa boring korang di dunia yang telah di sia-siakan…, kemudian korang menangis nak kembali semula di waktu boring untuk ibadat pada Allah.., tapi Allah bagi peluang sekali sahaja seumur hidup.., dan aku juga akan benarkan korang naik kereta mayat sekali sahaja, itu pun jalan sahala, aku tak ambik tiket pergi balik…Akhir kata, jika korang boring sangat, pergilah belajar berdakwah, apa salahnya mati ketika sedang belajar menjadi pendakwah...Cuma nasihat aku, jangan pulak korang boring berdakwah cara nabi lalu berdakwah ikut cara nafsu korang, dakwah dengan cara bidaah yang tak perlu aku sebutkan lagi..Sesungguhnya, jika korang ikhlas dalam mentaati perintah Allah, maka Allah akan mencampak kemanisan iman, yang mana korang akan berdakwah dengan cara Nabi sampai jadi mayat kerana di situ ada kemanisan iman..Mereka yang berdakwah selain dari cara Nabi adalah mereka yang tiada kemanisan iman, lalu mencari hiburan dalam dakwah dan ceramah yang mana akhirnya mereka perasan mereka betul, dan mati dalam keadaan tidak bertaubat lagi, maka berjayalah syaitan menyesatkan ummat manusia walaupun dalam kerja dakwah. Oh...Dan aku memang cukup boring dengan dakwah bidaah korang.., kerana aku tak merasa kemanisan iman di situ. Maafkan aku kerana boring dengan korang...End.Ps: Bukankah lagu Isabella Search jika di nyanyi hari-hari akan jadi boring gila, tapi Al fatihah yang di baca 17 kali sehari tak pernah boring sampai naik kereta mayat? Bukankah itu tanda kemanisan iman?Apa lagi nak di kata......SALAM 165....

DARK THROTTLE







Yeah...akhirnya ada juga band dari Miri yang sanggup mengikuti gig SMF ke kuching..syabas dan tahniah...gua dimaklumkan mereka dijemput saat2 akhir,flyrez dah siap so nama meka memang takde dalam flyers...apapun,ni serba sedikit info about them...


About Dark Throttle
DARK THROTTLE (DT) WAS FOUND IN 1996 BY JAMES & BONG JUN KEE, BOTH ARE BASED IN MIRI, SARAWAK, WITH THE ARRIVAL OF INDIE MELANCHOLY MUSIC INVADED MIRI MAKING IT A FEVER AMONG YOUNGSTERS IN THOSE PERIOD OF TIME. DURING THE ESTABLISHMENT, THEY MANAGED FILLING UP THE QUORUM BY FITTING IN EXPOSER LAWI IN BASS AND MATHEW GALIH IN THE 1ST GUITAR POSITION, AND ARE HEAVILY INFLUENCED BY HEAVY METAL AND THRASH, WITH THE LIKES OF METALLICA AND WHITESNAKE. IN THE LATE 90’S, EXPOSER AND BONG JUN KEE LEFT THE BAND DUE TO PERSONAL RAISON D’ETRE, AND QUICKLY REPLACED BY LARRY IN DRUMS AND MANFRED IN BASS. HOWEVER,MATHEW AND LARRY LEFT THE BAND IN 2005 CITING INDIFFERENCES BETWEEN BAND MATES , THUS NOW REPLACED BY JEFF OF DREADWORDZ IN GUITAR, JON IN DRUM AND RUDY (INSTINCT) AS A SESSIONIST. BUT AS JON IS A FAMILY MAN AND CALLED IT A DAY, LADYLUCK CAME OUT OF NO WHERE WHEN IJAM FROM A SENIOR BAND CALLED RAJA BERSIONG HAS BEEN PRE REQUESTED TO FILL UP THE TIME KEEPER POSITION AND LATER DECIDED TO BE A PERMANENT MEMBER OF THE BAND. AS MANFRED IS PURSUING HIS CAREER IN KUCHING, PAT (INSTINCT) SERVES AS SESSION TO THE BAND. AT THE VERY FRESH BEGINNING OF DARK THROTTLE, THEY WERE AT LOST AS TO WHAT ARE THEIR PREFERENCES OF SOUND, UNTIL THE SOLE REMAINING MEMBERS OF DT IN 2003, JAMES & MANFRED DECIDED TO UPHOLD TO THE BRITISH HEAVY METAL SOUND. SO UNTIL NOW, THE SOUND & MUSIC OF DARK THROTTLE IS VERY MUCH INFLUENCED BY THE NEW WAVE OF BRITISH HEAVY METAL WITH SLICK RIFFS,SOLOS,GUITARS HARMONY AS WELL AS HIGH PITCHING VOCALS, AND TRANSCRIBING THEM INTO A HEAVY METAL SOUND WITH A LITTLE BIT FUSION OF PROGRESSIVE ROCK (WE CALLED IT "NORTHERN SARAWAK METAL" ) HEHE. DARK THROTTLE IS VERY MUCH ACTIVELY INVOLVED IN GIGS ESPECIALLY IN MIRI, BINTULU & SIBU. IN MID 2008, THEY WON THE CITRARASA BATTLE OF THE BANDS AND TASTING THE CHANCE TO PERFORM BEFORE THOUSANDS OF AUDIENCE ALONGSIDE INDIE BAND SIXTH SENSE & AMUK. CURRENTLY, WE ARE WRITING NEW MATERIALS (EP) AND DUE TO RELEASE IN MID CALENDAR YEAR 2009, BUT STILL WE ARE ROAMING AROUND SARAWAK ATTENDING GIGS. SO SEE ALL OF YOU SOMEWHERE OUT THERE. FOR MORE INFO, DO CONTACT DARKTHROTTLE AT dakthrottle@ymail.com, or call: 0198442188 (James), 0128507210 (JeFF)