Ya, aku tahu, korang dah lama hidup, sudah kenyang makan maksiat, sudah bosan mengumpul dosa, Cuma belum bersedia bunuh diri sahaja, dan bila sudah selesai semua itu, korang tanya soalan yang merepek dan merapu, iaitu bagaimana nak menghilangkan boring..(boringnya)Dan aku tahu, manusia cukup takut untuk menjadi seorang yang boring dan hidup dalam dunia yang memboringkan, lalu korang keluar rumah untuk hilangkan boring, masuk kelab golf, masuk kelab kereta, kelab memancing, kelab catur, kelab malam, kelab karoeke, kelab dangdut, kelab mengumpul setem dan sebagainya, lalu dalam kesibukkan korang dengan hobi yang tidak boleh bawak masuk kubur itu, boleh pulak korang bangga menjadi orang yang tak boring kononnya dan pandang hina pada orang lain yang boring, tapi sebenarnya korang pun boring gak.., tak ke boring?Tapi sebab aku nak jimatkan kos boring korang daripada habiskan duit untuk pergi ke semua tempat di atas yang mahal-mahal, memandangkan pulak kadar inflasi yang semakin naik dan kuasa beli yang semakin turun, di tambah harga minyak yang tak pernah turun, dan mas kahwin yang sentiasa naik, jadi..Daripada korang terpaksa belanja besar untuk hilangkan boring, aku bagilah jugak nasihat boring dari aku yang betul betul menjimatkan kos akan bagaimana nak menghilangkan boring, terimalah:…Bagaimana hilangkan boring dengan kos yang murah(Nota: segala kejadian yang tidak diingini andai berlaku ketika korang jalankan aktiviti ini adalah di luar tanggung jawab. harap maklum)Tip hilangkan boring di waktu pagiSebaik sahaja korang bangun awal pagi, tak payah tunggu apa lagi, terus kenakan pakaian sukan sepenuhnya, ikat tali kasut ketat-ketat, tarik stoking tinggi-tinggi dan pergi joging..Namun aku tak nafikan, joging adalah antara perkara atau sukan yang boring jugak, oleh sebab itu korang kena buat kelainan sikit, baru tak boring..Apa kata sebelum korang pergi joging, korang cari kayu dalam sekaki ke dua kaki punya panjang dan lepas tu korang basahkan hujun kayu dengan bahan api yang likat, kemudian korang ambik mancis dan nyalakan hujung kayu itu..Maka siaplah sebuah 'obor', dan teruskan joging sambil memegang obor itu, ini akan dapat menghilangkan boring korang kerana ianya adalah satu perkara yang tak pernah di buat orang, unik dan lain daripada yang lain, dan sudah tentu korang akan menjadi perhatian seluruh warganegara yang 'kagum' melihat korang berlari seawal jam 6 pagi sambil bawak obor…Tapi aku tak bertanggung jawab jika korang di pukul oleh orang kampong kerana korang disyakki nak pergi bakar rumah mereka..Woha!Tip hilangkan boring di waktu tengah hari.Jika korang sedang bekerja, apa kata waktu rehat tengah hari, korang pergi lepak tepi pantai, ambil beberapa keping gambar mengunakan Handphone bagi menunjukkan 'alibi' kewujudan korang di sana, lepas dah hilang boring, baru masuk kerja, lewat sikitpun takpe, bila bos tanya kenapa masuk lewat?Korang cakaplah:"Saya terpaksa masuk lewat kerana terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan ikan paus yang terdampar di laut pulang ke pangkuan ibunya, tapi dah lama tunggu, takde pulak ikan paus yang sedia membunuh diri"Lalu korang tunjuk gambar tepi pantai pada bos, dan apa sahaja reaksi bos korang, boring tentu hilang, he he ..Tip hilangkan boring di waktu petang.Pastikan kereta korang ada satu tong besar dan pastikan jugak tong itu penuh berisi RO water, sekepulangan sahaja korang dari kerja, jangan terus balik rumah, sebab jalan biasa sesak dan itu akan memboringkan korang, maka kali ni, korang kena ikut jalan kampung yang terdekat, tak kiraler kampung siapa-siapapun, kampung orang aslipun takpe.Bukan apa, kat kawasan kampung, biasa penduduk di waktu petang akan habiskan masa dengan membakar sampah, walaupun niat murni mereka adalah untuk mengurangkan beban Majlis Perbendaran atau mempupuskan nyamuk, tapi membakar sampah secara terbuka sebenarnya merbahaya kepada atmosphera bumi, dan silap gaya akan mempupuskan manusia.Maka jika korang nampak orang kampung sedang membuat pembakaran terbuka, korang terus pergi padamkan api itu dengan menggunakan RO water, dan bagi sikit ceramah tentang bahayanya pencemaran akibat kebodohan rakyat negara dunia ketiga, juga ceritakan kesan CFC kepada molukul ozon, yang mana apa sahaja reaksi orang kampung, boring korang tentu hilang, ye tak?!Woha!Tip hilangkan boring di waktu malam.Apa kata korang pergi mandi lepas makan malam, pakai baju lawa lawa, rambut sikat rapi kiri kanan, dan lepas siap semua tu korangpun pergiler berdiri di tepi mana mana jalan utama..Bila nampak kereta Teksi, korang pun luruskan tangan dan gerakkan sikit jari jemari yang menunjukkan korang ingin kereta teksi itu berhenti..Bila teksi dah berhenti, korang jangan masuk terus dalam Teksi tu, tapi korang bergerak ke pintu driver teksi tu, alahai, buat macam polis selalu buat bila road block tu..Dengan penuh kesopanan dan bergaya seperti pemuda yang hafal rukun Negara, korang ketuk sikit cermin depan kereta teksi tu, dan bila cermin dah turun, korang terus tanya soalan ni kat pemandu teksi tu."Dah lama bawak kereta teksi ni bang?"Lalu bila driver teksi tu layang korang berborak, Pasti boring korang hilang. Tak gitu?Woha!******jika korang orang islam tanya bagaiamana nak hilangkan boring ini dah pelik.., ini dah melanggar adab orang beriman dan bertakwa..Korang tak tahu ke?, Firaun, namrud, Qarun, Haman dan semua ahli neraka nak kembali ke dunia walupun satu saat sebab nak selamatkan akhirat mereka, boleh pulak korang tanya aku bagaimana nak hilangkan boring?Korang tak tahu ke? Ahli shurga bila masuk shurga akan menyesal akan masa yang telah dihabiskan tanpa zikirullah..Ni yang aku boring ni!Orang islam ada banyak kerja sebelum jadi mayat, tiba tiba boleh pulak korang perasan boring?Tafsir Al quran dah habis baca ke?Kisah sahabat sudah melekat di minda ke?Kitab Hadith Fadhail dan Masail dah habis baca ke?Huh! Taubat belum tahu di terima atau tidak, solat belum lagi kusyuk dan al Quran belum banyak hafal, boleh pulak korang nak buat benda lain lain yang merepek untuk hilangkan boring.., nak masuk neraka ke?Ingat! Orang non muslim jer boleh boring, sebab dunia ni di cipta demikian, dunia di cipta dengan penuh sifat keboringan, lagu yang sedap boleh bertahan berapa minggu jer dalm carta?, ratu cantik boleh tahan berapa tahun jer punya gebu?, filem terbaik boleh tahan berapa lama sahaja di pawagam?, dunia ni memang hampeh dan memboringkan..Tak pernah tengok ke orang puteh melancong ke sini sebab mereka dah boring dengan hidup di sana, Tak pernah tengok ke depa buat rumah besar besar tapi tak duduk?, Tak pernah tengok ke depa kahwin isteri cantik cantik tapi tidur dengan perempuan lain?, Tak pernah tengok ke orang puteh buat filem Batman versi Tom Burton lepas tu reset balik buat filem Batman versi Christopher Nolan pulak, delete superman III dan buat balik superman Return, sebab?Mereka BORING, dan cuba sedaya upaya buat apa sahaja yang merepek agar tidak BORING.Maka korang wahai orang-orang islam sekalian. Tarik balik kalimah boring korang masing masing..Hidup atas dunia ini hanya sementara, (dah start cermah boring dari aku bagi sesetengah dari korang yang hati gelap) esok lusa korang naik kereta mayat, masa tu baru korang menyesal dengan masa boring korang di dunia yang telah di sia-siakan…, kemudian korang menangis nak kembali semula di waktu boring untuk ibadat pada Allah.., tapi Allah bagi peluang sekali sahaja seumur hidup.., dan aku juga akan benarkan korang naik kereta mayat sekali sahaja, itu pun jalan sahala, aku tak ambik tiket pergi balik…Akhir kata, jika korang boring sangat, pergilah belajar berdakwah, apa salahnya mati ketika sedang belajar menjadi pendakwah...Cuma nasihat aku, jangan pulak korang boring berdakwah cara nabi lalu berdakwah ikut cara nafsu korang, dakwah dengan cara bidaah yang tak perlu aku sebutkan lagi..Sesungguhnya, jika korang ikhlas dalam mentaati perintah Allah, maka Allah akan mencampak kemanisan iman, yang mana korang akan berdakwah dengan cara Nabi sampai jadi mayat kerana di situ ada kemanisan iman..Mereka yang berdakwah selain dari cara Nabi adalah mereka yang tiada kemanisan iman, lalu mencari hiburan dalam dakwah dan ceramah yang mana akhirnya mereka perasan mereka betul, dan mati dalam keadaan tidak bertaubat lagi, maka berjayalah syaitan menyesatkan ummat manusia walaupun dalam kerja dakwah. Oh...Dan aku memang cukup boring dengan dakwah bidaah korang.., kerana aku tak merasa kemanisan iman di situ. Maafkan aku kerana boring dengan korang...End.Ps: Bukankah lagu Isabella Search jika di nyanyi hari-hari akan jadi boring gila, tapi Al fatihah yang di baca 17 kali sehari tak pernah boring sampai naik kereta mayat? Bukankah itu tanda kemanisan iman?Apa lagi nak di kata......SALAM 165.... |
Jumaat, 20 Mac 2009
TEKNIK HILANGKAN BORING...boringnyer...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan