SALAM, so ni bio Langsuyr,jangan tak tau pulak..nanti time gig boleh layan lagu dari demo 'OCCULTUS MYSTICISM',Mini album 'THE EASTERN CRUELTY"hingga yang terlatest 'ASYIK'..kalau ada masa,gua upload gambar -gambar Langsuyr simpanan peribadi gua masa tengok gig dorang kat semenanjung dulu...hahahahah..enjoy reading..
Assalamualaikum!
Tanggal May 1991 merupakan detik yang bersejarah bagi kami kerana itulah permulaannya band ini. Dianggotai oleh tiga rakan sepermainan, Azlanthor, Azmaniac dan Bentara yang ketika itu masih berada di bangku sekolah.
LANGSUYR dipilih sebagai nama band yang bermotifkan muzik Death Metal ini atas sebab keunikan nama tersebut sedangkan tatkala itu band yang seiringan dengannya masih sibuk dengan elemen kebaratan.
Tahun 1993, LANGSUYR mencuba pasaran Death Metal tempatan dengan rilisan demo OCCULTUS MYSTICISM. Ianya mendapat sambutan yang amat luas dalam scene tempatan. Asalnya tape dubbing sendiri itu telah dibantu rilisnya oleh East Gothic Production dengan produksi kilang yang lebih bermutu. Semuanya habis disapu bersih. Kalau anda mempunya kaset asal tersebut, sesungguhnya anda telah memiliki salah satu khazanah negara!
Berbekalkan dengan sambutan dan semangat yang semakin giat, mereka masuk kembali ke studio, kali ini dengan sokongan Nebiula Production untuk rilisan mini album THE EASTERN CRUELTY pada tahun 1996. Lahirnya mini album ini menyaksikan perubahan paradigma yang berlaku pada scene Death Metal tempatan yang mana munculnya istilah Eastern Metal selepas rilisan tersebut. LANGSUYR telah menjadi satu nama sebutan di bibir peminat muzik sebegini, bahkan telah menerobos ke scene antarabangsa.
Tahun-tahun yang berikutnya menjadi kelam kerana penggiatnya telah mula sibuk dengan kehidupan masing-masing. Album yang dijanjikan akan keluar selepas THE EASTERN CRUELTY tidak kunjung tiba tetapi sebaliknya disambut dengan rilisan dua lagu baru di dalam kompilasi IPOH METAL MILITANT SUPREMACIST pada tahun 1998. Akhirnya, LANGSUYR telah dikuburkan pada tahun 2000.
Alhamdulillah akhirnya album pertama LANGSUYR berjaya diriliskan tahun 2005 sebagai menunaikan janji kami 10 tahun yang lampau. Hampir sedekad lamanya untuk merealisasikan Awaiting The Malay Album ini dan keinginan mencetuskan keghairahan kepada peminat Death Metal tempatan seperti dulu-dulu hampir berjaya kali ini.
Sekali lagi anjakan paradigma dilakukan. Usia yang semakin meningkat telah memberi kesan dalam pembikinan lagu, penampilan dan gaya. Asalnya LANGSUYR dianggap sebagai band Black Metal akan dikikiskan. Persepsi masyarakat tentang peminat Death/Black Metal sebagai penyembah syaitan dan pembenci tuhan diharap dapat dibuang jauh-jauh. MANA MUNGKIN KERANA MUZIK perkara ini boleh berlaku? Sungguh tidak berasas dan kurang ajar. Persepsi yang salah dan tidak tepat ini diharapkan dijawab dengan rilisan ini.
Muzik Barat yang terkenal dengan gaya hedonism (tidak apa jenisnya; pop, rock, jazz, blues, hip hop etc), telah diolah mengikut kesesuaian orang timur. Penerapan yang tidak sesuai dengan gaya hidup rantau ini telah dikikis jauh dari pandangan. Death Metal yang asalnya dari barat tidak semestinya kekal barat. Ianya bukanlah satu undang-undang yang mana semua peminatnya mesti akur. Sebaliknya, ia menawarkan ruang untuk dimanipulasi mengikut kesesuaian penggiatnya. Itulah yang akan anda dapati dalam album ini.
ASYIK nama diberi. Mutakhir Death Metal acuan timur.
DISCOGRAPHY Occultus Mysticism demo 1993 The Eastern Cruelty cassette EP (Nebiula Production) 1995 Ryusgnal (Nebiula Production) 2000 The Eastern Cruelty + bonus (Nebiula Production) 2006 Asyik (Clockwork Record) 2006 Live at Planet Hollywood Video CD (Clockwork Record) 2006
Azmaniac - guitars Bentara - guitars Azlanthor - vocals (other instruments are played by sessionists)
http://langsuyr.metalterus.com.my/ http://www.myspace.com/langsuyrband langsuyr@*nospam*optusnet.com.au
LANGSUYR c/o Clockwork Record C-6-1 6th Floor The Mines Waterfront Business Park No 3 Jalan Tasik 43300 Seri Kembangan, Selangor MALAYSIA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan