Ahad, 24 April 2011





KHEROW : TRANSFORMASI PROGRESIF DEATH METAL MELALUI “ BINTANG TIMOER”
Tidak banyak memang,band yang mengalami proses ‘hibernasi’ muncul semula dan terus melahirkan album penuh dalam masa yang relatif singkat.Nun jauh di Kuching,Sarawak Metal Force,nampaknya hal ini terkecuali bagi Kherow.Berusia lebih kurang satu dasawarsa,juga pernah melalui jatuh bangun memperjuangkan muzik yang diminati.Fasa ‘kesenyapan’ 2005-2008 bukan bermakna diam mengalah,apatah lagi lari dari medan perang.Justeru,perancangan diatur dengan kemas,dan tersusun rapi.Kini,mereka ‘menyusup’ pada setiap gig yang ada,untuk membuktikan mereka bukan omong kosong dengan ‘kembalinya’ mereka dengan ‘wajah’,’imej’ dan ‘muzik’ yang berbeda..Dengan line up terkini bersama satu-satunya original line up,Afdzal,drums,Zizie,gitar,Muss –bass dan Priscilla-vox, Afdzal pemain drums Kherow bersama saya merungkai segala persoalan di kosmik jauh “Bintang Timoer”..
“Kami baru sahaja selesai mengeluarkan album pertama kami,’Bintang Timoer’ dengan 8 buah lagu,juga sedang giat berlatih untuk gig-gig yang akan datang..”Jelas Afdzal,memulakan bicara.Apabila disoal tentang studio dan cabaran semasa proses rakaman ,tegasnya ”Kami merakamkan album ini di Sky Studio Kuching, dan proses rakaman sudah lama berjalan iaitu pada tahun 2009.Kelewatan utama disebabkan kami tidak mempunyai masa yang sesuai kerana ahli-ahli band sibuk dengan kerja masing-masing.Saya kira dalam 6 ke 7 bulan jugak tertangguh tu.Setelah siap,Producer kami iaitu saudara Jo-O dari Hayagriva pula berpindah ke semenanjung,dan seterusnya menyiapkan proses mixing dan mastering di sana.Ya,tapi kami bersyukur berkat sokongan kawan-kawan album ini berjaya juga dikeluarkan secara rasmi pada 1 Januari 2011.” Untuk makluman, pada tarikh yang sama,mereka juga mengadakan mini Show sempena pelancaran album ini di sebuah Studio berhampiran Bandar Kuching.Satu strategi yang saya kira bagus untuk mempromosikan album pertama.
Bercerita tentang label yang meriliskannya,menurut Afdzal “Rammy (Faithcraft Productions) memang merupakan sahabat lama yang sentiasa menyokong aktiviti Kherow dari awal lagi.Apabila beliau mendapat tahu Kherow sedang merakamkan album pertama,beliau terus menawarkan peluang untuk meriliskan di bawah labelnya,Faithcraft Productions.Sukar untuk aku menolak tawaran ini kerana tahu beliau sangat komited dengan kerja-kerjanya.”Mungkin ada pembaca yang kurang jelas bagaimana Kherow bermula ,Afdzal ,sambil menarik nafas menjelaskan”Sebenarnya kawan lama kami,Sahab dan Azmeer yang mencadangkan nama Kherow ini.Pada masa itu,aku selalu lepak bersama mereka di I.T.M (Kuching) pada tahun 1998.Pada masa tu pun kami dah ada buat lagu sendiri tapi takde rezeki untuk dirakamkan,almaklum,zaman masih belajar.Dengan line up lama,seperti kebanyakan band-band lain,lagu cover yang menjadi pilihan pada masa itu seperti Marduk,Dark Funeral dan As Sahar.”Bagaimana dengan Sootsayer pula..”Sootsayer ni merupakan projek band,yang kami kira bernasib baik juga sempat bermain pada gig yang kami kira agak nostalgik “Sarawak Metal Force” Part 1 pada tahun 1999.Line up kami pada masa tu terdiri daripada Madbutcher-vox,Izwan-gitar,Azmeer-gitar,Saiful-bass dan Afdzal-drums.Yang official betul pakai nama Kherow ni masa gig SMF II “Bring The Noise” pada tahun 2000.”
Bagaimana dengan single lama dahulu “Melodramatic of Raging War” ,boleh ceritakan penghasilannya?”Kherow pada masa itu masih lagi berpegang dengan konsep Black/Thrash dengan pengaruh yang kuat dari Sarcofago,Slayer,Destruction,Kreator.Single ini dirakamkan di Sibu pada tahun 2001 untuk projek kompilasi band Metal Sarawak,tetapi gagal dikeluarkan,jadi kami sepakat untuk mengeluarkan pada tahun 2002 sebagai single sahaja..Bagaimana dengan respon pada masa itu,saya bertanya lebih lanjut..”Sambutan memuaskan,hanya beberapa ratus salinan dikeluarkan dan sold out juga pada masa itu.Mungkin boleh ceritakan seba sedikit tentang gig-gig yang pernah Kherow bermain sebelum ini?”Ya,kami pernah bermain gig di Kuching,Sibu dan Miri sebelum ini,dan kami amat berbangga dapat berkongsi pentas bersama rakan-rakan kami seperti Vormit,Shamanic Rites,Unitheism,Silkhannaz,Necrotic Chaos (sekadar menyebut beberapa nama) dan banyak lagi. Bercerita tentang pengalaman anggota Kherow,Zizie pernah bermain dalam sebuah band Melodic Death/Black Metal iaitu Seven Signs,Mus bersama Semandien,dan beliau sendiri walaupun tidak menganggotai mana-mana band,tetapi khidmatnya pernah dimanfaatkan band seperti Kremation,Syncronizer dan Sacrament.Apabila ditanya tentang transisi struktur muzik daripada Black/Thrash ke arah yang lebih Progresif/Melodik,,Afdzal menjelaskan”Secara jujurnya,aku dan Zizie pada tahun 2008,kurang mendengar lagu-lagu yang macam dulu,haha,sebaliknya banyak membuat rujukan dan lagu-lagu Rock/Progresif dan sedikit teknikal seperti Aghora,Symphony X dan banyak lagi.”Tidakkah kamu merasakan perubahan muzik Kherow terlalu mendadak?Bagaimana pula penerimaan dan pendapat pendengar tentang album dan konsep terbaru ini? “ Aku tidak merasakan sebegitu,dalam tempoh yang lama,banyak perkara yang berlaku termasuk perubahan muzik yang kita dengar hari –hari,begitu juga dengan pemahaman kita terhadap muzik.Kami ingin mencuba sesuatu yang baru sebenarnya,dan semestinya banyak unsur dan elemen-elemen Rock dalam muzik Kherow pada masa hadapan.Kebanyakan kawan-kawan yang mendengar member respons positif,dan hanya segelintir yang tidak bersetuju kerana “kurang keras” berbanding dahulu.Apapun,kami berterima kasih atas pandangan rakan-rakan semua.Bagaimana dengan promosi “bintang Timoer” oleh label kamu,Faithcraft productions?dan bagaimana agaknya sound untuk rilisan akan datang?adakah kamu memang suka sound yang sebegini?”Kami menyukai sound yang terdapat dalam album ini,walaupun masih ada sisi yang boleh diperbaiki.Untuk rilisan akan datang,tak tau lagi bagaimana,tapi harapnya tidak jadi makin teruk,hahaha”Bagaimana dengan promosi pula?”Tentang promosi,memang kami berpuas hati dengan kerja-kerja label kami,mereka menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mempromosi album ini ke serata dunia..Kami juga ada mengedarkan sendiri selain ‘trade’ dengan label dan band-band tempatan” Jelas menunjukkan kesungguhan mereka menyebarkan muzik Kherow ke serata tempat,tanpa kecuali!!!
Apa masalah yang berlaku sehingga mengakibatkan Kherow tidak dapat bermain di satu siri gig di Jakarta baru-baru ini?Boleh ceritakan apa yang berlaku sebenarnya?”Ermm,sukar dan perit sekali untuk aku berkongsi peristiwa ini,tapi aku terpaksa menceritakan untuk menjelaskan apa yang berlaku.Kherow telah dijemput oleh Dapurletter Prod. Untuk bersama-sama band lain seperti Divine,Siksakubur dan banyak lagi menjayakan gig “ALL THE SAME BLOOD” sebagai penghormatan kepada NOXA yang akan tour di Eropah. Malangnya kami menghadapi masalah birokrasi agensi kerajaan yang tidak memaklumkan lebih awal bahawa passport berkumpulan tidak dibenarkan lagi ke Jakarta.Kami terkandas selama sehari semalam di LCCT,”ulas lanjut Afdzal meluahkan kekesalan terhadap apa yang berlaku.” Di sini kami ingin meminta maaf kepada organiser dan teman-teman kami di sana kerana gagal menghadirkan diri pada gig tersebut,kami sendiri berasa amat terkilan sebenarnya..”Ada kemungkinan bermain di Indonesia lagi selepas ini? “ya,ada beberapa perancangan untuk ke sana lagi tahun ini,tapi masih dalam peringkat perbincangan.InShaAllah kami akan kembali ke Jakarta tahun ini untuk ‘menebus’ dendam kami terdahulu..haha” Bagaimana pula boleh’sangkut’ bermain gig di Phuket ,Thailand selepas itu? “Oleh kerana pihak penerbangan tahu ia bukan kesalahan kami,jadi mereka sanggup untuk menukar destinasi ,dan kami memilih Phuket walaupun ada beberapa destinasi lain yang disyorkan.Sekurang-kurangnya,dapat mengubati kekecewaan kami. Di sana,kami telah lepak di sebuah Cafe Metal,kebetulan,pada malam itu juga berlangsung gig “Tribute To AC/DC”. Owner tempat itu mengesyorkan kami bermain pada keesokan malamnya,kami merasa sungguh enjoy bermain disana,apa yang boleh saya katakan bahawa tempat itu adalah “Gila!!!”Jelas terpancar kepuasan hati mereka dapat bermain gig di sana,walaupun tidak dirancang..Mungkin ada pengalaman gig yang paling menarik bagi Kherow? Setakat ini,semua gig adalah menarik bagi kami,organiser pun melayan dengan baik,malah kami berbangga dapat berkongsi pentas dengan semua band yang terlibat.
Pandangan kamu terhadap scene tempatan?”Kami merasakan tahun ini sangat happening,dengan banyaknya rilisan-rilisan demo,atau album dari band-band tempatan.Ini perkembangan yang bagus untuk scene Metal kita,gig pun dah banyak sekarang nih”katanya sekaligus menafikan pendapat bahawa band tempatan tidak produktif dengan rilisan terkini.
Kata-kata akhir untuk pembaca Karisma? “Terima kasih atas temuramahnya.Tunggu,akan ada lagi material seterusnya daripada kami selepas ini.Masih lagi bercirikan Progresif Rock/Metal .Dapatkan album kami “Bintang Timoer” sekarang juga.
Zizie : “Ngeriiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!”
Mereka boleh dihubungi melalui facebook.com/kherow atau myspace.com/kherow .