Khamis, 3 Jun 2010

Temuramah bersama UNGODLY DEATH!!!






Kemunculan mereka pada gig SARAWAK METAL FORCE yang lepas memang ditunggu-tunggu.Manakan tidak ,sudah bertahun mereka tidak bermain di mana-mana pentas gig.Sambutan yang diberikan oleh crowd sangat mengujakan,ternyata kerinduan mereka terubat dengan kehadiran UNGODLY DEATH.Tidak hairan mereka menjadi ;higlight’ band pada hari tersebut.Ya,UNGODLY DEATH,satu nama yang cukup besar dalam sejarah scene Metal Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.Sehingga kini,demo klasik “Lost Nations” 1991 masih dicari oleh peminat muzik underground.Namakan apa saja band Black/Extreme di Sarawak pada masa itu,Apostasy,Unitheism,Robblitz,Deathkroltz,semuanya menjadikan Ungodly sebagai ‘inspirasi’ dalam melangsungkan minat muzikal mereka.Walaupun menyepi bertahun lamanya, kini Ungodly kembali dengan ‘semangat baru’ selepas mengharungi gig SMF yang lepas.Perancangan untuk membuat rakaman terbaru sedang disusun.Saya bersama Manny,pengasas,penulis lirik/composer,gitaris/vokalis dan tulang belakang’ band senior ini untuk merungkai segala persoalan tentang UNGODLY DEATH..

Bagaimana boleh bermulanya idea untuk menubuhkan UN-GODLY ni dan bila bermula?Masa idea tu muncul tiba-tiba,masa tu aku dah minat dengan band Mercyful Fate dan Death,tu yang aku buat Ungodly..pasal minat ..Masa tu kami label muzik sebagai obscure Black Death Metal..tahun 1988 dah ada,tapi official betul-betul tahun 1989..dah mula buat lagu sendiri.
Apa lagi band yang ada masa tu ?
Masa tu dah ada Senseless( sebelumnya dikenali sebagai Senseless Death),Mentor,Crucify (sekarang Blockhead),Lost Infidel,immortal (sekarang Mentally murdered)dan Psychodeath (sekarang Sputum).
Boleh ceritakan tentang gig pertama Ungodly ?
Gig pertama di Taman Sri Sarawak,pada tahun 1989..Tu bukan gig betul sebenarnya,tapi battle of the bands (ketawa)..tapi kitorang masuk gak semata-mata nak expose muzik metal..selepas tu baru ada gig betul iaitu “Thrash metal Night” part 1 & 2 di jalan green Road iaitu di “Classic lounge” dan di “Starlight Pub”Masa tu memang syok sebab happening betul.Masa tu arwah Zul Senseless,aku dan Andy yang selalu cari tempat untuk buat gig.Sayangnya malam kedua pulak ada pergaduhan..tapi crowd memang supportif,ada yang datang dari Miri dan Sibu semata-mata nak lihat gig “Thrash”(ketawa)
Bila demo pertama “Lost Nations” dirakamkan /kos dan dimana ?
Lost Nations dirakam pada tahun 1990,tapi dikeluarkan pada tahun 1991 di Les Paul studio ,Wisma Saberkas.banyak masalah masa tu jadi lambat dikeluarkan.hampir semua band terawal masa tu rakam di situ seperti Senseless,Sputum,Immortal..
Bagaimana dengan sambutan..
Sangat memberangsangkan!!selain sambutan dalam Negara,demo tu dah sampai ke Poland,German,Finland,US dan negara-negara Scandinavia!haha masa tu zaman surat-menyurat lagi..Kitorang stop jual demo tu time ada budak yang rip off jual demo tu dan mengaku line up Ungodly..
Demo kedua bagaimana?
Tak sempat pasal semua dah tak aktif masa tu..sebenarnya lagu Morbidtheism tu untuk demo kedua,beserta lagu ‘Abhor of C***** dan Bad Religion,tapi tengok masa rekod ada lagi,so kitorang rakam terus saja lagu tu so ada 5 trax dalam demo ‘Lost Nations” (ketawa)
Rupert Rage pernah keluarkan t-shirt Ungodly dulukan..
Ada,tapi dalam kuantiti yang sedikit..sekarang kami akan keluarkan t-shirt Ungodly terbaru.
Bila kamu dan Ungodly tak aktif sebenarnya dan sebab apa ya..
Kami semua ‘slow’selepas gig di ‘Peppers’ Hilton pada tahun 1996..susah nak cakap sebab masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri masa tu.
Jibtz :aku pula last sekali main gig dengan Ungodly pada tahun 1994..yang gig di Kuching Plaza tu..
Tapi selepas tu Ungodly ada main gig di Sibu pada 2004 kan..
Ya,tapi aku masa tu support untuk bebudak Robblitz,tapi still pakai nama Ungodly..Lepas ungodly takde,band Robblitz ni yang selalu main lagu kitorang masa gig..(ketawa)
Mungkin boleh ceritakan influence dan tentang album kesukaan anda..
Aku sedari dulu memang minat kat Death,Mercyful Fate ,Deicide dan Possessed..album yang paling aku suka Death “Leprosy’
Semasa anda menulis lagu/lirik untuk Ungodly,band apa yang sebagai sumber rujukan..?
Untuk muzik,aku banyak ambik guideline dari Death,manakala lirik dari Mercyful Fate..
Lagu ‘Lost Nations’ tu tentang apa ?
Err,tak boleh cakap disini (ketawa)..tapi inspirasi aku buat lirik tu ialah dari lagu John Lennon ‘ Imagine’..
Ada lagu baru agaknya..
Ada 2 lagu baru,taklah baru pun tahun 90an dah buat lagu tu tapi tak sempat dirakamkan iaitu ‘Abhor of C**** dan ‘Bad Religion’
Ok soalan ni untuk saudara Jibtz pula..bagaimana boleh join Ungodly ?
Dulu aku ni selalu follow Ungodly time gig,aku bukanlah drummer asal,aku menggantikan drummer sebelumnya dan sempat main gig yang diadakan masa tu iaitu di ‘Starlight Pub”.Aku dengan Boo Dee Crucify selalu tengok dorang jamming dan follow setiap gig yang ada..
Dari dulu pun dah serius dengan Ungodly?
Masa mula main dulu,aku pun tak sangka Ungodly ni band yang betul-betul serius dari segi penulisan muzik dan lirik..Aku agak terkejut apabila Manny sampai pergi ‘Library State ‘ untuk cari ilham buat lirik,buat references kat buku/dictionary kat sana..kamu lihatlah liriknya seolah-olah ‘berpantun’..so aku rasa band ini memang different..Manny cukup ambil berat pasal ni..
Anda sendiri ada buat lirik..
Jibtz :Em,dulu aku ada buat lirik untuk Blockhead..
Ni pun baru main balik kan..
Ya,selepas 13 tahun..last sekali kat kuching plaza tahun 1994 macamtu lah..
Band yang banyak mempengaruhi anda..
Morbid Angel..terutama album “Altar of Madness”
Ungodly jarang bawak lagu cover masa gig,kenapa ye ?
Pernah jugak masa gig di Dewan Perumahan tahun 1987/1988 ,tapi lepas dah ada buat lagu sendiri dan rakam demo,lebih seronok bawak lagu sendiri..
Dengar cerita dulu ada tawaran buat album kan..
Ya,satu dari Malaysia..offer tu masa promote album Senseless E.M.E dulu,tapi syarat dia banyak sangat..kena tukar nama band dan lirik lagu..susahlah macam tu..
Jibtz : Satu lagi dari New York,tapi dah lupa nama apa (ketawa)
Jadi,anda lebih rela tak buat album ?
Ya,ini pasal prinsiplahkan..
Saya setuju..jadi line up sekarang ?
Manny-gitar/vocal,Adel-gitar,Kurt-bassist dan Jibtz-drum
Puashati tak gig hari tu?
Ya,puashati,kitorang rasa enjoy pasal dapat kumpul balik..setelah lama tak main gig bersama..
Oklah rasanya cukup sampai di sini dulu..kata-kata akhir anda untuk semua peminat Ungodly Death ?
Jibtz : Aku harap dari now onwards Ungodly tak berpecah lagi,dengan adanya SMF harap scene kita going stronger than before,follower main banyak,harap Ungodly jadi one of the band yang akan menghidupkan scene di sini and more gig to come..
Manny : Stay EVIL!!!