Sabtu, 4 April 2009

























































































































SARAWAK METAL FORCE : CELEBRATING IT’S 10th ANNIVERSARY
TARIKH : 28 MAC 2009
TEMPAT : TEMUAI Pub and Lounge

BANDS : LANGSUYR,HAYAGRIVA,VORMIT,KHEROW,LUCILLE,ROBBLITZ,
KURASAKUASA,RESURRECTION,SHOCK TROOPS,RUDEBOYS,CRYO INFERNO,DARK THROTTLE

MENGGEGARKAN!!Itulah ayat yang paling sesuai apabila menyaksikan gig ‘ulangtahun’ ke sepuluh pada 28 Mac.12 buah band ‘berhimpun’ pada ‘perayaan’ istimewa ulangtahun ini..
11.00 pagi : Saya sampai ke Temuai Pub,setelah hampir ‘tersesat’ sehingga ke Wisma Hock Lee,almaklum,memang saya jarang benar ‘singgah’ ke Pub di Kuching ini.apatah lagi Pub Dangdut.heheh..Sesampainya disana,pihak Les Paul Studio sudah memunggah instrument muzik ke pentas( Ya,siapa yang tidak kenal Les Paul studio “Morrisound Studio” bagi band-band lama era lewat 80an dan awal 90an untuk merakamkan demo satu ketika dulu..)Sound check bermula dengan Hayagriva,disusuli Langsuyr,serta beberapa buah band-dalam masa yang singkat sahaja.Saya meminta ‘anak buah’ saya mengeluarkan t-shirt SMF dan beberapa keping CD untuk diletakkan dimeja kaunter jualan.Saya melihat banner besar SMF diletakkan di belakang stage “Sangat menarik” fikir saya..Ya,almaklum,sudah hampir 5 tahun saya tidak pernah lagi menghadiri gig (yang terakhir gig anjuran SMF ‘OILTOWN MUSIC FEST” di Bandar Miri pada 2004 yang lalu)..
Sound check berlarutan sehingga pukul 2.00 petang memandangkan hampir kesemua band ingin mencari ‘sound’ yang sesuai dan ya,kelewatan band-band untuk hadir awal walaupun sudah dimaklumkan beberapa hari sebelumnya.Perkara ini berlarutan sehingga hampir 2.15 petang.Crowd yang sudah berkumpul diarahkan keluar semula untuk pemeriksaan tiket,kecuali beberapa orang crew yang dibenarkan berada di dalam.
2.30 petang,pintu hadapan mula dibuka secara rasmi ,kelihatan crowd ‘berbaju hitam’ mula memasuki ruang pub,dan ada juga yang ‘menjamu mata’ dengan pilihan pelbagai CD/kaset/t-shirt D.I.Y yang dijual.Sayang sekali,kerana t-shirt rasmi gig SMF telah habis dijual dan dibolot sebelum 1200 tengahari!!!”Nampaknya kita kena print balik ni..”getus saya kepada Mael,salah seorang organizer SMF..
2.35 petang,band indie dari Kuching,LUCILLE,membuat persembahan pertama dengan lagu-lagu mereka sendiri, “Feel away”,”Musnah “ dan “Takhta”Mereka langsung sahaja membuat persembahan walaupun belum ramai yang masuk ke dalam Pub.Lucille seolah-olah tidak mempedulikan itu semua.Mereka kelihatan begitu bersemangat dan inilah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap band,just play and enjoy the show.”Band ini cukup berpotensi “ Jelas Afdzal,drummer kherow kepada saya dan ya,saya sependapat dengannya.
Giliran SHOCK TROOPS mengambil tempat,band berorientasi skinhead/oi ini tampil dengan jaket full stud dan membawakan lagu-lagu…apa ya ?Saya tidak familiar tapi rasanya lagu mereka sendiri dan paling penting,crowd Skinhead begitu enjoy dengan lagu-lagu yang mereka bawakan!
CRYO INFERNO,band jemputan dari Kuala Lumpur mengambil tempat dan membawakan lagu-lagu mereka sendiri iaitu “Radical” “Dead Rose””Rockin in the free world” dari Neil Young!mulanya saya begitu ‘kabur’ tentang lagu- lagu mereka tetapi riff lagu yang ‘catchy’ dan begitu menarik ‘cukup’ membawa crowd ‘menghayunkan kepala’ bersama mereka.Syabas kepada gitaris/vokalisnya,saudara Wan yang begitu bijak ‘mencuri’perhatian crowd untuk ‘menyanyi’ bersama-samanya.Sesudah selesai,laungan “ One more,one more”!!dari crowd yang hadir memaksa CRYO INFERNO yang sudah hampir ‘menanggalkan’senjata gitar mereka,terpaksa ‘mengalah’lagu “Roots’ dari Sepultura ‘dihulurkan’ untuk memenuhi permintaan crowd yang hadir.Syabas Cryo inferno kerana persembahan yang mantap dan sanggup datang dari jauh untuk bersama-sama ‘meraikan’ gig ini!!
KURASAKUASA ‘mengambil alih ‘ stage SMF dengan membawakan lagu-lagu “No Police State” (Mass Separation Cover),”Marching spree”,Point of provoking”,”Grind trust/I trust”,”New Era of gore (Mythof Gore),”Blind world (Nasum Cover),”O Yeah” ,”Hard Core or Die”,dan “Go F*** Yourself (a.k.a Don’t care)banyak?ya memang banyak lagu yang mereka persembahkan tetapi tiada apa yang dihairankan kerana lagu-lagu Grind biasanya pendek-pendek sahaja.Mereka mendapat sambutan yang hangat daripada crowd yang hadir dan dimaklumkan mereka juga sering mendapat undangan gig-gig disini.Tahniah buat Kurasakuasa kerana berjaya menghiburkan crowd yang hadir..
ROBBLITZ mengambil posisi seterusnya dengan lagu-lagu dari Deicide,Ungodly Death dan ya,lagu sendiri (walaupun saya tidak pasti samada itu lagu Ungodly death yang tidak sempat dirakamkan dahuli “Abhor of C****”)Penampilan Sarel dengan rambut
Ala Punk tampak begitu bersahaja dan menghiburkan.Lagu-lagu mereka juga agak panjang,apapun saya begitu terhibur melihat persembahan mereka apatah lagi apabila mendengar lagu Ungodly Death ‘didendangkan’..hahhaha…kenangan tu…
Next,RUDEBOYS pula mengambil tempat.Band Skinhead ini adalah yang terawal memainkan music Oi! Serta pernah meriliskan album di bawah Stange Culture Record pada tahun 97/98 dahulu!Lagu-lagu sendiri dibawakan seperti “Bootbois”,”We got the pride”,”We’re so strong” dan “A.C.A.B”Crowd ‘berpogo’ diruang legar membuktikan mereka ‘menikmati’ lagu –lagu dari Rudeboys.Satu persembahan yang menarik..
Seterusnya,band dari Miri,DARK THROTTLE pula’ menjajah’ stage SMF..Lagu sendiri iaitu “Marching through the gate of hell” dan ‘(Red)volution’dipersembahkan.Band ini cukup berpotensi untuk diketengahkan.Saya Cuma terfikir,dimana band ini berada semasa gig-gig SMF sering dianjurkan di Miri dahulu??Lagu terakhir dari Iron Maiden “The evil that man do”tersedia ‘dihidangkan’ unutk ‘dihirup’ oleh SMFanatiCrowdz!!!Masa amat mencemburui kerana jam sudah hampir menunjukkan 4.30 petang tetapi sekali lagi crowd berjaya ‘memaksa’ mereka membawa sebuah lagu terakhir yang betul-betul ‘terakhir’ “Run to the hill” dari Iron Maiden menutup persembahan mereka.Dark Throttle adalah band yang cukup ‘berbaloi’ dibawa ke Kuching dan saya mengharapkan mereka dapat ‘mengeluarkan’sesuatu material dalam kadar yang segera!!
Penampilan RESSURECTION,memang ditunggu –tunggu .Manakan tidak,band ini menampilkan Andy-gitaris/vokalis band lagenda dari Sarawak,SENSEESS!!dan pernah menyumbangkan khidmatnya bersama BREAK THE SILENCE dan original line up band Death Metal pioneer Sarawak,LOST INFIDEL(R.I.P)!Mereka menampilkan vokalis HOLIDAY MADNESS,As diposisi gitar/vocal yang diperakui umum mempunyai vocal yang lantang dan mantap!Cara Andy bermain dengan ‘gayanya’tersendiri masih seperti masa di dalam SENSELESS dulu..”Jelas Firwan,ex-gitaris band APOSTASY (R.I.P) kepada saya..Yang jelas,SMFanatiCrowdz begitu enjoy menikmati persembahan mereka.ini terbukti apabila lagu terakhir,mereka bersama-sama menyanyikan lagu sebelum menutup persembahan.
5.30 petang,KHEROW mengambil giliran tetapi sebelum itu’ritual khusus’ memotong kek bersama sebahagian Board Of Directors SMF dilaksanakan,diiringi nyanyian lagu “HAPPY BIRTHDAY TO YOU” (nota : kepada SMF)Crowd SMF begitu supportif dan kali ini seluruh Temuai Pub berkumandang lagu tersebut!!Saya begitu teruja melihat suasana ini,haha..Cuma mereka tidak melakukuan headbanging sahaja semasa lagu ini.Hahahahaha..
Setelah selesai ‘ritual’ dan ‘perasmian’ tersebut,Kherow bersiap sedia ‘menghancurkan’ pentas .What should I say about them? Band ini begitu teknikal dari segi muzikal,dan ya,jauh berbeda semasa awal kemunculan mereka sekitar 2000 yang lalu.Kalau KRISIUN dengar,sure depa marah nih!!!hahaha..Mereka menyampaikan lagu –lagu sendiri yang agak panjang,tetapi tidak membosankan kerana riff yang berbeza-beza.Juga disulami dengan solo gitar yang melodik,serta suara vokalis perempuannya yang cukup ganas!!Crowd semakin ‘mendesak’ ke depan semasa mereka menyampaikan lagu terakhir..Nantikan full length album dari mereka tidak lama lagi.
Seterusnya,VORMIT bersedia untuk ‘menggrinding’ pentas.Suasana semakin’havoc’ apabila mereka membawakan lagu-lagu dari album “LIFE IS YOUR ENEMY” seperti “Universal Struggle”,Reaching and reclaimed”Obliteration to supp”,”Greed killing”(cover Napalm Death),”The God Project”(dari demo kedua mereka –THE GOD PROJECT-1993),”Antisocial Sticks”,III-resolved” dan “Suffer the children” (cover Napalm Death).Crowd juga’sing a long’ bersama mereka.Jelas mereka dapat ‘memuaskan’ peminat Vormit yang sudah lama menunggu kemunculan mereka selama ini.Kredit kepada vokalisnya,yang begitu ganas beraksi dan pandai berinteraksi dengan crowd,ya tiada apa yang dihairankan kerana mereka pernah ‘menempuh’gig-gig besar seperti Rock The World “ sebelum ini.Syabas!
Seterusnya,HAYAGRIVA bersedia untuk ‘menggelapkan’ pentas dengan lagu-lagu berirama Dark Shadow Metal!Saya mengikuti perkembangan mereka sejak kemunculan demo pertama mereka “Thy lord Of Neverending Wrath” sekitar 1995 dahulu.Untuk makluman,ini adalah kemunculan kedua mereka di Kuching tetapi permintaan crowd terhadap mereka cukup tinggi,dengan full corsepaint- mereka mula ‘memarakkan api kemarahan’ dengan lagu “Deminority””,”Black lined fire”,”Withered lotus of hayagrivous eden”,”Black koilboard I portray”.Saya semakin terkepung apabila mereka membawakan lagu “Mourning palace” dari Dimmu Borgir!!!Sangat menarik dan Hayagriva membawakan lagu ini dengan begitu baik sekali.Seterusnya,lagu “Gates of eternity”,”Thy lord of Oneness” Seketika,Mantheravatee meminta para SMFanatiCrowdz beredar sedikit ke tepi monitor kerana agak terganggu dengan sound yang tidak jelas.Tapi itu tidak menghalang crowd dari terus menikmati lagu-lagu mereka..Satu lagi lagu terakhir terpaksa apabila crowd ‘mengarahkan’ jeritan ‘one more song’…”Box of agony’ menutup tirai Hayagriva dan kepuasan jelas ke tahap klimaks pada wajah crowd yang hadir.Apa lagi yang boleh saya katakan.Cemerlang!!!
Yang ditunggu akhirnya telah tiba,apabila M.C,saudara Charles mengumumkan kemunculan LANGSUYR,pada pukul 7.30 petang, membuatkan crowd semakin berasak ke hadapan.Cuma pada kali ini tanpa kehadiran Bentara/Sam,dulunya dikenali sebagai Batara Guru!Saya tidak dapat ‘menembusi’hadapan stage dan terpaksa beralih ke sebelah kiri stage,walaupun bersebelahan speaker.”Terima kasih,anda adalah jemputan Langsuyr pada hari ini “ ,jerit Azlan,vokalis Langsuyr membuatkan crowd seperti diserang hysteria.Lagu pertama diambil dari album ‘Asyik’,disusuli lagu “Occultus Mysticism’dipeti k dari demo mereka yang pertama yang dikeluarkan pada tahun 1993!Saya begitu teruja mendengar lagu ini kerana nilai klasikal yang tinggi ,begitu catchy,depresif dan juga sedikit thrashy.Haha,hanya segelintir sahaja crowd yang pernah mendengar demo asli tersebut.Next,lagu”Descent of the fire breathed’ dipetik dari kompilasi “IPOH’S METAL MILITANT SUPREMACIST”1999 .Untuk maklumanlagu ,ini adalah recording terakhir sebelum Langsuyr dibubarkan pada tahun 2000 dahulu.Lagu seterusnya,Mata Ayer juga dipetik dari album Asyik.”Siapa ada mata ayer di sini”? jerit Azlan.”Adaaaa” bergemuruh crowd menjawab dan mengangkat tangan dan saya ketawa mendengarkannya.Crowd begitu ‘asyik’menyanyi bersama semasa lagu ini.Lagu “Tangisan Embun pagi” dimainkan tetapi tidak selesai dimainkan kerana masa tidak begitu mencukupi dan saya difaham ‘business hour’ Temuai pub hampir bermula.Sesekali saya menoleh jam dan sudah menunjukkan 8.30 malam :Earth Hour pulak malam ni..’hemat saya sendirian.Akhirnya,Lagu “My oath for thee” dimainkan sebagai lagu (sepatutnya yang ) terakhir,tetapi crowd seperti tidak puas dan meminta satu lagi lagu dimainkan,.Akhirnya Langsuyr mengalah dan membawa lagu Sunut untuk memenuhi halwa telinga crowd yang hadir.” Habis CD dibakar,habis poster dibakar”Ya,hampir kesemua crowd menjadi ‘vokalis ‘bersam Azlan pada petang tersebut,lagu yang begitu menarik, dan cukup cathchy..
8.40 malam, gig selesai secara rasmi..Ternyata,walaupun keletihan,nampak terpancar kepuasan pada wajah crowd yang hadir,juga saya difahamkan 2 orang journalist dari Sweden hadir untuk melihat gig ini,dan saya mewakili B.O.D SMF mengucapkan terima kasih dan syabas yang tidak terhingga kepada semua yang hadir,semua bands yang begitu komited,semua pihak secara langsung dan tidak langsung menjayakan gig ini.Tanpa anda siapalah kami!Thank You and see you all next…!!!!!
p/s: ini adalah sebahagian gambar masa gig hari tu.inshaAllah kami akan upload gambar-gambar lain dalam sedikit masa lagi..tq.

1 ulasan:

  1. Salam to all,

    Terima kasih atas ulasan yang amat best, dan penerimaan anda semua (terutamanya crowd sarawak) memang best from start till the end. Terima kasih juga kepada penganjur kerana memberi peluang untuk bermain dan headbanging bersama. Terima kasih sekali lagi. InsyaAllah kita akan ketemu lagi.

    KUCHING!!!!! AGI IDUP AGI NGELABAN!!!

    Ikhlas dari semua ahli band,

    Sherman,Wan,Max dan Ham
    Cryo Inferno

    BalasPadam