Sabtu, 28 Februari 2009

and the list goes on...Hayagriva and kherow





Hayagriva - Nexus Lunacy (15 Years of Shadow) - Digipack CD 2008!!!
Hayagriva mengeluarkan 20 trek lagu kesemua rilisan sebelum album Red Heaven didalam satu pakej, iaitu didalam format digipack yang dikeluarkan pada 10hb Oktober 2008. Kesemua lagu yang dimuatkan didalam Nexus Lunacy telah pun di remastered semula pada pertengahan tahun 2008 oleh Mantheravathee. Edisi terhad ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 1000 unit.
Dikeluarkan hanya untuk mereka yang meminati Hayagriva sepanjang 15 tahun penglibatan Hayagriva dalam arena Dark Shadow Metal. Di keluarkan oleh Khakan Production. layari www.hayagriva.us untuk mengetahui berita terkini Hayagriva.
Album terbaru Hayagriva diriliskan oleh Ultra Hingax Production. 12 lagu terbaru + 1 lagu bonus buat peminat-peminat setia Hayagriva. Album ini mula di keluarkan pada 1hb September 2007. Hanya dijual dalam bentuk CD sahaja.
HAYAGRIVA adalah sebuah kugiran muzik ‘Dark Shadow Metal’ berasal daripada ibu negeri Perak iaitu Bandaraya Ipoh. Segalanya bermula pada penghujung tahun 1993, apabila Mantheravathee dan Nhajasakthee dikenalkan oleh seorang rakan di Studio SYJ (Bazaar Bulat) di Ipoh. Setelah itu, jamming menjadi rutin mingguan bagi mereka di studio tersebut. Mantheravathee sebagai pemain gitar dan Nhajasakthee diposisi drum sering berlatih dengan memainkan lagu-lagu cover sahaja pada waktu itu.
Setelah menyedari kepincangan berlatih dengan hanya dua anggota, pada 1994, dua ahli penting iaitu Venkhateswehra pemain keyboard dan Aavimarga selaku penyanyi menyertai Hayagriva. Kemunculan Aria Sidharta sebagai penasihat artis, kemudian mencorakkan dasar-dasar utama yang mana masih lagi digunapakai oleh Hayagriva sehingga kini. Kebanyakkan lirik, lakaran seni, photografi dan konsep asas adalah daripada idea-idea bernas beliau. Bermain muzik pada awalnya hanya untuk memenuhi masa lapang kini bertukar menjadi serius dan lebih ekstrim!
Hayagriva mula menulis lagu-lagu sendiri dan setelah hampir setahun berlatih bertungkus-lumus, pada 1 April 1995, dengan anggota Hayagriva yang hanya berumur belasan tahun ketika itu, telah berjaya merakam dan meriliskan 6 buah lagu yang dimuatkan didalam demo sulung yang berjudul ‘The Lord of Neverending Wrath’. Ia merupakan titik tolak permulaan kesungguhan dan iktizam Hayagriva memartabatkan ‘Dark Shadow Metal’ didalam arena muzik metal di tanahair.
Kilauan api yang melakar ditengah-tengah pentas pada malam pertama Hayagriva beraksi di konsert “Wicthin’ Hour” pada 23 May 1995 di Dewan Dynasty Ipoh menandakan bermulalah rentak perjuangan ‘Dark Shadow Metal’ yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh mereka yang telah menyaksikan dan mendengar kisahnya. Dibantu oleh Dark-E sebagai pemain gitar dan Azmaniarkh sebagai pemain bass pada malam itu.
Dyoraktha pula kemudian menganggotai Hayagriva pada tahun 1996 dengan mengambil alih posisi bass. Ianya bagi memantapkan Hayagriva yang mula sibuk dengan konsert-konsert di seluruh tanah air. Dengan lengkapnya 5 ahli kumpulan ini, Hayagriva menampilkan kaset EP yang berjudul “Silverian's Art (Elergy Domain)”. Diriliskan tanggal 1 Disember 1997 oleh Ultra Hingax Production, menampilkan 6 buah lagu yang lebih mantap dengan kualiti audio yang lebih baik. Impaknya! Berjaya meraih minat ramai pendengar-pendengar muzik metal di tanahair mahupun diluar negara.
Berita tersebar dengan pantas hingga ke negeri Temasik. Menarik minat kugiran As-Sahar yang sinonim dengan muzik Black Metal yang amat kuat pengaruhnya dikalangan peminat tempatan ketika itu. Kemudian bercadang mengeluarkan EP berkembar bersama Hayagriva. Pucuk di cita ulam mendatang… Terbitlah pada tanggal 8 November 1998, “Beyond Firmament” EP berkembar Hayagiva dan Assahar dikeluarkan oleh Memories Record. 4 buah lagu dari Hayagriva membuktikan bahawa aliran seperti ini juga mampu disaingi oleh pemuzik tempatan. EP berkembar ini telah mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Ipoh-Temasik yang sememangnya telah lama terjalin sebelum ini dipelopori oleh Necrotic Chaos dan Langsuyr.
Kompilasi CD “Ipoh Metal Militant (Supremacist)” keluaran Ultra Hingax Production pada 1999 adalah antara rilisan klasik yang membanggakan Hayagriva. Menampilkan 2 buah lagu yang dirakamkan ketika konsert di Kuala Lumpur. Kompilasi ini membariskan keseluruhan kugiran terbaik tempatan yang mana kesemuanya adalah kugiran daripada Bandaraya Ipoh. Ini membuktikan Ipoh adalah Bandaraya muzik Metal tercanggih dan termaju di tanahair.
Beberapa lagi kompilasi yang telah memuatkan Hayagriva didalamnya sebelum dan selepas itu seperti, ‘Hell Fire in Battle Storm’ 1998 oleh Physic Scream dan ‘Ultra Violance’ 2000 oleh Ultra Hingax Production mewarnai diskografi Hayagriva.
Aavimarga kemudian meninggalkan Hayagriva pada tahun 2000. Dyoraktha mengambil alih selaku penyanyi dan pemain bass. Dibantu oleh Mantheravathe sebagai penyanyi latar dan pemain gitar selepas pemergian beliau.
Namun Aavimarga kembali kepangkuan Hayagriva semula selang beberapa tahun selepas itu. Beliau menghilangkan diri sekali lagi pada 2005. Ketika itu, Hayagriva amat sibuk di dalam studio bagi merakaman album yang terbaru. Tidak putus asa! Hayagriva tetap meneruskan proses rakaman disamping mencari penganti Aavimarga yang amat dirindui oleh ahli yang lain. Kelewatan album ini dikeluarkan adalah kerana krisis transisi penyanyi yang melanda Hayagriva.
1 Mac 2007 menjadi saksi kewujudan Hayagriva masih utuh dengan rilisnya “Jahanamiyun” Single 2007. Buat pertama kali menampilkan Solae Dradjun yang kini mengantikan Dyoraktha sebagai pemain bass dan Xamshakty selaku penyanyi utama yang akan mengemudi Hayagriva di alaf baru yang terbentang luas di hadapan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hayagriva, layari laman web Rasmi Hayagriva di alamat:
http://www.hayagriva.us
E-mail: manager@hayagriva.us



About KHEROW
Kherow was formed in the early 2000. After Kherow was formed, they were actively involved in several gigs around Kuching city. Their first single was entitled “Melodramatic of Raging War” in the year 2003. After the single was released, Kherow went inactive due to several factors. After 4 years of silence, Kherow was reformed in the year 2007. With the new line up, (only Afdzal left, the original member of Kherow) Kherow is rebirthed with new images and sounds. With Afdzal on drums, Zizie and Awi on guitars, Aziz on bass, Iman on synth and Priscilla on vocals, Kherow is on their way to completing their new album. Requiem for the Fools is their first single which was recorded at Kuching's very own Groove Republic Music Studio. In late of 2008, Kherow will release their first album with eight vast and melodic tracks. So, here are the new release from Kherow..check it out at www.myspace.com/kherow

Tiada ulasan:

Catat Ulasan