Sabtu, 25 Oktober 2014

PEMBUBARAN SMF (SARAWAK METAL FORCE) SEBAGAI ORGANISER GIGS DAN PENGUNDURAN DARI GRIMMS







PEMBUBARAN SMF  (SARAWAK METAL FORCE) SEBAGAI ORGANISER GIGS DAN PENGUNDURAN DARI GRIMMS

KEPADA SEMUA PIHAK YANG BERKENAAN :                              1 November 2014

Merujuk kepada perkara di atas,Saya,Azam Aryanism selaku Advisor/Chairman/Editor SMF/GRIMMS ,dengan ini mengumumkan pembubaran SMF sebagai Organiser gig akan berkuatkuasa pada 1 November 2014. Justeru,selepas tarikh tersebut,SMF hanya akan wujud ke format asalnya iaitu sebagai Newsletter/blogzine dan hanya dikendalikan oleh saya sendiri sahaja.Laman rasmi bagi SMF Newsletter boleh dirujuk di :sarawakmetalforce.blogspot.com
1.2       Secara peribadi,walaupun tiada halangan bagi mana-mana pihak menggunakan  logo/simbol SMF sebagai profiles/group/ symbol/facebook/dp di alam maya,tetapi perlu dimaklumi maklumat yang SAH hanya menerusi saya dan blog yang dinyatakan di atas.
1.3       Amat sukar untuk  menyatakan perkara ini tetapi disebabkan beberapa perkara yang berlaku semasa Tour/gigs CARCASS baru-baru ini di Kuching ,saya  terpaksa menyatakan pendirian  selaku Editor, Founder,Chairman (Pengerusi) bagi SMF / GRIMMS .

PENGUNDURAN SAYA DAN AJK DARI GRIMMS ( PERSATUAN GERAK RINTIS INDUSTRI METAL SARAWAK)
2.1       Selain dari itu,saya selaku Pengerusi bagi GRIMSS,saudari Carolina sebagai bendahari,saudara Afdzal Salimi dan saudara Zizie juga mengundurkan diri secara sebulat suara dari GRIMMS.
2.2       Oleh kerana GRIMMS adalah persatuan berdaftar dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan) ,maka adalah memerlukan sedikit masa untuk pihak kami menguruskan surat pengunduran  dan jika diperlukan,kami akan menghantar surat rasmi kepada pihak berkenaan.
DISCLAIMER/PENAFIAN
3.1       Selain itu,saya,saudari Carolina,saudara Afdzal dan Zizie MENAFIKAN sekeras-kerasnya bahawa kami terlibat dalam penganjuran gigs baru-baru ini.Semua urusan dikendalikan pihak yang terlibat (seperti yang anda sedia maklum) dan kami juga tidak TERLIBAT sama ada secara langsung atau tidak langsung dari awal sehingga berakhirnya Tour/gigs tersebut.Jika kredit diberikan,maka pihak merekalah yang layak menerima pujian dan saya mengucapkan TAHNIAH kerana berjaya mencipta sejarah.Syabas!
3.2      Faktor utama kami tidak terlibat adalah kerana  TIDAK BERSETUJU dari awal lagi beberapa perkara dalam penganjuran Tour/gigs tersebut.Walaupun tidak bersetuju,kami juga mengambil keputusan TIDAK MENGHALANG penganjuran Tour/gigs tersebut  atas nama SMF/GRIMMS dan  sebahagian perkara tersebut akan saya maklumkan di bawah nanti untuk mengelakkan SALAH FAHAM yang berlaku selama ini.

PERMOHONAN MAAF KEPADA SEMUA OPENING BANDS/FANS

4.1       Seperti yang semua sedia maklum,kesemua opening band tidak dapat membuat persembahan pada hari tersebut.Ya,pihak penganjur berkenaan juga telah meminta maaf   kepada band dan semua fans yang hadir atas beberapa perkara yang berlaku di laman facebook baru-baru ini,namun begitu selaku Chairman SMF/GRIMMS saya juga  perlu mengambil TANGGUNGJAWAB/FULL RESPONSIBILITY atas perkara tersebut.
4.2       Disini,saya,mewakili pihak SMF/GRIMMS sekali lagi dengan rendah hati menyusun jari ingin MEMOHON RIBUAN MAAF KEPADA SEMUA OPENING BANDS yang terlibat dan kepada semua fans/crew/etc yang menunggu dari awal di stadium tertutup pada hari tersebut.Kami memahami kesulitan semua pihak yang sanggup bersusah payah untuk hadir memberikan sokongan pada hari tersebut. SEGALA KESULITAN DAN KECUAIAN PIHAK KAMI AMATLAH DIKESALI.

 PENUTUP
Saya sertakan lampiran sebahagian kronologi yang berlaku dari pihak kami,juga disertakan  beberapa keratan SMF NEWSLETTER ISU # 7 untuk informasi bagaimana SMF bermula (sebagai rujukan )
 Akhir sekali,saya  juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu SMF selama ini.Saya amat menghargai jasa dan sumbangan semua pihak yang membantu samada secara langsung mahupun tidak langsung termasuklah mereka yang mengendalikan Tour/gigs tersebut.Ini adalah keputusan paling sukar dan perit  pernah saya buat sepanjang  mengendalikan organisasi informal/underground berasaskan METAL/  PERSAHABATAN/BLOODBROTHERS.
Terima kasih kerana sudi membaca.

UNITED AS ONE!

REGARDS,

Azam Aryanism                      Carolina Ningo            Afdzal Salimi              Zizie Row











NOTA KAKI KASUT BERSPIKE: CARCASS AUTOPSYING ASIA TOUR :THIS IS OUR STORY…





2 BULAN SEBELUM GIGS

1.Sedari awal lagi,setelah dimaklumkan ,saya tiada halangan sebagai EDITOR SMF NEWSLETTER (saya nak sebut Advisor/Chairman untuk SMF/GRIMMS pun malu alah),ok le organise,sebab lama dah tak buat,paling akhir ialah pada tahun 2012 (Gig Asian Ladies Metal War ), dapat jumpa kawan-kawan,silaturrahim dan kenal- mengenal ( ini priority saya sekarang!).Cuma saya INGATKAN BERKALI2,jika ada sesiapa pun PENAJA ( tak kira le siapa Datuk/Dato,Dermawan/Dana dari Langit atau Black Money dari Nigeria or whatsoever),sila PASTIKAN dana sudah masuk ke dalam akaun GRIMMS.(dah CONFIRM masuk,bukan hanya dengar khabar atau pakai cek tendang).barulah kita ambil tanggungjawab BERAT ini dan menyebarluaskan promotion BERSAMA-SAMA.

2.Setelah beberapa sesi perbincangan,group WhatsApps,FB Messenger,saya ajak berjumpa sambil lepak-lepak ..Lama juga saya tidak berjumpa kerana kesibukan kerja..Sambil makan-makan ,perbincangan terus dibuat.Nampaknya tiada masalah dari segi penyediaan tempat,Equipment/Sound System dll (seperti yang dimaklumkan),sememangnya pihak yang bersungguh-sungguh (selepas ini saya namakan sebagai Organiser sahaja) mahu membawa CARCASS disini berusaha gigih menyediakan semua keperluan yang diperlukan.Cuma apabila topic kewangan/dana ditanya…Tiada KEPASTIAN jawapan diberikan..Yang ada hanya DATUK(?) A,B,C akan bank in pada sekian- sekian haribulan.Saya mengeluh kecil,dan menyatakan bahawa jika TIADA WANG pada masa ini,elok kita BATALKAN sahaja.JANGAN SESEKALI KITA BERHARAP PADA JANJI YANG BELUM PASTI..Ibarat Mendengar Guruh di langit,Air Tempayan DICURAHKAN...Sementara ‘bayangan’ CARCASS ke Malaysia masih dalam peringkat RUMOURS sahaja.Saya menegur sebagai sahabat/bloodbrother yang sudah kenal bertahun2 lamanya.Bukannya di alam maya/facebook dengan cara yang memalukan,tetapi secara BERDEPAN! Siang kami berjumpa,malamnya,flyers RASMI CARCASS ASIA TOUR  SUDAH dikeluarkan di facebook!”Eh,apa benda ni?duit dah masuk ke?” Still,Saya cuba berbaik sangka.Beberapa hari kemudian,ramalan saya tepat.Pada hemat saya,organizer sudah SILAP BESAR/PERCATURAN (kalau orang lain dah lama saya panggil BAHALOL,individu yang introduce dana dari dato’ yang janii pun Rip Off,yang kita yang PERCAYA BULAT2 PUN SAMA JADI BENGONG!Tiada dana,tiada apa-apa,NOTHING! Teguran kami sebagai sahabat TIDAK DIENDAHKAN LANGSUNG..( Notes : Ini PERKARA UTAMA kami TIDAK BERSETUJU,KENAPA PERLU DITERUSKAN JUGA??)

3.Sementara dalam proses promotion untuk gig,kami memang tidak terlibat lagi.Sebagai rakan,kami pula TIDAK MENGHALANG mereka menggunakan nama SMF/GRIMMS;yang sepatutnya menggunapakai nama lain (kawan punya pasal, tak sampai hati nak halang). Padahal ini bukan keputusan MAJORITI .Cuma saya ingatkan rakan2 BOD lain,sepanjang masa promotion ni,kita tak payah sibuk nak involve.Nanti dikatakan hidung tak mancung,pipi tersorong2..Ini MARUAH bro...Pada mulanya saya ingin membantu untuk menulis dalam blog ini  secara kerap (boleh lihat pasal promotion tiket di bawah ) tetapi selepas beberapa peristiwa di facebook antara kami,( Paling saya tidak lupa : Disindir bloodbrother/ kawan yang tidak mahu terjun  ke parit bersama-sama,Ya Rabbi,macamana la dapat idea perbandingan yang jauh beza macam langit dan bumi ni???) dan  sudah merasai bantuan  tidak diperlukan.OK takpelah tu,cuma bila saya memberi cadangan untuk cover up Story CARCASS untuk SMF newsletter,jawapan organizer tidak begitu positif (ni ayat yang paling berhemah wa pakai genk) dengan mengatakan”,takpelah,nanti sure ada wartawan dan dari majalah ***** yang cover up story dorang akhbar **** blablabla”.Hmm,sekali lagi,saya mengalahI ini cerita sebelum saya menegur pasal duit!).Takpelah,janji gig jalan.Saya cuba memujuk hati.

4.Setelah merasakan hubungan antara kami tidak seperti dahulu, pernah saya try   bertanya kepada organiser,kalau kami ada kesilapan,elok kita perbetulkan..Saya tak peduli pasal CARCASS,saya PEDULI pasal kawan2..Sekali lagi tiada apa2 dibuat untuk MENJERNIHKAN keadaan.kami sudah menghulur tangan,malangnya tidak DISAMBUT…

5.Lebih kurang seminggu lebih sebelum gigs tersebut dan melihat keluhan2 mereka di facebook.Saya pula berasa tidak sampai hati.Rentetan itu,saya menghubungi Zizie (gitaris Kherow) untuk menanyakan mereka ,apa yang boleh kami bantu..Saya tidak mahu bertanya lagi DIRECT,kerana sudah beberapa kali tidak dipedulikan..Apa yang saya tahu,mereka melantik CREW luar dari rakan-rakan lain ( Baguslah,Thanks sebab sudi bantu melicinkan gigs tersebut genk! U KNOW U WHO ARE!) Apabila Zizie menanyakan perihal gigs dan apa yang boleh dibantu,tetapi sekali lagi disambut dengan jawapan yang saya fikir,tidak patut dijawab sebegitu sebagai rakan-rakan.Malas saya mahu bercerita lebih details tetapi jika anda di posisi kami,anda PASTI TERSINGGUNG juga.Kami IKHLAS ingin menolong dari segi tenaga kerja ( Jangan silap genk!kami bukan kebulur nak mengadap Carcass),selama ini pun gigs DIBUAT BERSAMA2 dari awal hingga selesai gigs…Cuma fahamlah saya bahawa kali ini kami DISISIHKAN…

6.Sehari sebelum gigs,Band Brutal DEATH METAL  dari Pontianak,DEVOURMY hadir.Pada petang harinya barulah saya sempat berjumpa mereka,diikuti Uncle Jden,Abang Man KPS,Zizie (Thanks genk dapat menemani mereka selama di Kuching!kalau ada yang terkurang,kami mohon maaf ya kang:))Saya cuma sempat membawa mereka menjamu selera di Warung Nusantara dan bertemu pula rakan2 lain.Inilah nikmatnya hadir gigs dalam masa2 sebegini,bersembang macam tak ingat dunia hahah…Malamnya,kami ke Padang merdeka untuk menyaksikan satu acara Battle of the bands yang sedang berlangsung..Saya cuba bersantai2 dan berjalan keliling padang Merdeka ,walaupun hati saya begitu risau dengan apa yang berlaku esok,surelah kerana saya tidak tahu apa2 urusan gigs dan tidak pula dihubungi atau dimaklumkan oleh organizer sejak peristiwa meeting tersebut.”Mungkin semua dah settle,sure ramai yang tolong,Carcass tu!”Fikir saya lagi..

7.13 Oktober 2014: Hari gigs berlangsung,saya berkira2 mahu hadir..Saya memberitahu rakan2 BOD SMF,”kalau korang tak dapat  pegi,aku kena pegi..Walaupun kita tersinggung dengan organizer,tapi ada ramai kawan2 baru/lama/bands opening act juga (penpal saya bertahun2 dahulu) yang aku nak jumpa balik ,dari Miri,Bintulu,semenanjung,Indo..Kesian dorang datang jauh2,kalau tak jumpa rasa tak best juga”..Saya mengambil keputusan pergi lewat,sekitar jam 5..Zizie Kherow datang pada malam harinya,Afdzal ada urusan,dan Carolina pergi ke Jakarta sehari sebelumnya.Oh ya,ramai yang FRUST tak dapat jumpa sesi meet and greet,tak dapat bergambar dengan mereka dll..yang tak dapat masuk gigs pun ada,Cuma lepak2 diluar stadium.Saya sendiri TAKDE PASS masuk,TAKDE PELUANG NAK JUMPA PERSONAL CARCASS (ah saya tak kebulur pun nak hadap organizer merayu nak jumpa Carcass!),Zizie masuk pakai tiket (BOD SMF bayar untuk tengok gigs SMF sendiri?Err,Anda faham tak maksud saya,what !!??) Wa bukan TRIP ORANG BAIK2 bro,tapi HONESTLY kalau wa ,memang wa tak SANGGUP buat begitu!Ada certain people plak pakai PASS dan Accesss All Area blablabla!Lantaklah,aku nak jumpa kawan2,dan seterusnya seperti yang anda sedia maklum,SEJARAH telah tercatat di bumi Malaysia.Review pasal Carcass banyak dibuat di blog/fb fans yang hadir, sinis  dan pedas juga sindiran Jeff Walker kepada organizer .Betullah tu,take noted sebagai pengajaran.

8..PASCA GIGS,banyaklah benda2 negatif,komen,kritikan,gosip2 liar yang saya dengar..secara peribadi,memang kami menerima TEMPIAS, rasa marah,terkilan,sedih dengan apa yang berlaku.Walaupun terasa sangat nak menjawab difb,saya pendamkan dahulu kerana dari satu sisi,saya tak layak pun nak jawab kerana tidak tahu  apa yang berlaku sebenarnya.Nak jawab apa benda?ye tak..Kalau fans/crowd marah atau tak puashati pasal tiket,kelewatan yang berlaku,no opening bands,sesi meet and greet yang ramai tak dapat jumpa,Kita jawablah dengan hujah dan fakta,tak mampu jawab diam sajala,Act PROFESSIONAL!Betul ini Gigs INTERNATIONAL BANDS,gigs besar,tapi janganlah dijadikan ALASAN, ini bukan sekali organizer buat gigs.Prosedur tetap sama  pun (dengan sedikit penambaikan).Bukannya dengan meluahkan kemarahan difb (atau mencarut??) .Mereka (baca:Fans/supporter) ada hak untuk marah,kalau kita salah,minta maaf sahajalah (yang itu pun mengambil masa dan sekali lagi,saya pula yang terfikir untuk ambil alih tanggungjawab tersebut!)Sekali lagi saya ULANG,kalau orang kritik,jawab dengan HUJAH DAN FAKTA,fans tegur pun untuk kebaikan,supaya tidak berulang masa lain nanti,orang tegur,jangan pulak kita macam orang HILANG AKAL menambah kemarahan dengan MENCABAR DORANG  suruh try organize gigs bawa METALLICA  ke BOLT THROWER  dan diluahkan di alam maya,sudahlah tidak menjawab SOALAN,semakin panjang pulak cerita nanti.Ya Rabbi,apa yang dorang ni fikirkan semasa nak organize gigs sebesar ini?Pening bila saya fikirkan…

9.Berminggu lamanya sebelum gigs, salah seorang BOD menegur organizer secara TERTUTUP (kami bukan kaki sindir dalam fb bro!),beberapa hari sebelum flyers dikeluarkan.”Kita kalau nak tutup SMF,kita tutup sweet2 sahaja genk,bukan tutup dengan cara yang menyedihkan”..dan seperti biasa,nasihat hanya dibiarkan seperti angin yang berlalu…yang anehnya,apabila organizer meluahkan rasa tidak puas hatinya difb tentang beberapa perkara  apabila dikritik,sehingga akhirnya ditegur oleh salah seorang  INDIVIDU penting yang support local scene dari 90an,juga support/membantu dari segi kewangan (sudah tentu ia  banyak membantu gigs,Thanks a lot!),ia diambil berat dan dihargai “Lesson learned uncle!”Bila kami menegur sebagai sahabat dari awal lagi,ia tidak diendahkan langsung.Janggal sekali, ini DOUBLE STANDARD bro!..Apakah hanya bila ada pihak yang mempunyai kekuatan/sumber kewangan boleh menegur , diterima dan dijawab dengan baik,kami yang tidak MAMPU menyumbang RM (Ada beza genk antara TIDAK MAHU MENYUMBANG dan TIDAK MAMPU MENYUMBANG!) tidak diambil kisah! Begitu juga apabila kami DISAGREE beberapa perkara sedari awal,sudah tentu JAUH BEZANYA dengan TIDAK SUPPORT/KHIANAT/SABOTAJ kawan2..Haiyaa,kami belum HILANG AKAL untuk menSABOTAJ gigs sendiri..Gigs  orang lain pun kita support,inikan pulak gigs  sendiri…huishhh!

10.OPENING BANDS : Saya tidak tahu details DEALS dengan opening bands.Cuma saya bagi pandangan,kalau boleh perbincangan dibuat  secara private sahaja,tak perlu umum difb siapa nak main satu stage dengan CARCASS..banyak buruk dari baiknya.Band ada maruah untuk dijaga (dan pastinya kita juga ada perasaan ego,NORMALLAH tukan),lobi dari kawan-kawan,sure impak negative sedikit sebanyak,bukan semua benda patut diwarwar dalam fb (Design t-shirt,pengambilan crew,buat secara senyap dahlah,apa ke hal semua nak cerita ..certain people rasa annoying bro!),dan seperti yang anda sedia maklum,pandangan itu diabaikan.Saya takde kepentingan pun,bagi yang layak bagilah peluang..memang ada rakan2 yang meminta saya menghubungi untuk bermain sebagai opening acts,saya hanya minta contact sahaja organizer.Dorang yang uruskan.Beberapa hari selepas itu,saya diinbox oleh rakan2 yang marah dengan persyaratan untuk bermain dari organizer,saya hanya mengeluh dan mengucap panjang..Saya tak mahu ceritakan lebih lanjut,malu saya dibuatnya..Mungkin hanya a few bands sahaja.Saya tak pasti..Tanya opening bands,jangan tanya saya..Saya SURRENDER!…ulasan tentang CREW ,sila rujuk disini:
TQ cik Dolly. http://dollysaches88.blogspot.com/2014/10/carcass-borneo-extreme-fest.html    

11.Jika anda frustrated dengan perjalanan gigs or whatsoever,sayalah individu yang paling KECEWA /FRUST/TERKILAN  dengan perkara yang berlaku ini.Manakan tidak,sepanjang  terlibat gigs SMF,tidak pernah pula berlaku perkara2 seperti yang diluahkan oleh ramai pihak dan berlarutan pula.Ya,mana2 pun ada haters,orang takkan suka semua benda yang kita buat,buat bodo sajalah.Dulu lain,masa jiwa tengah panas,berdarah muda,kalau haters dari mana pun saya langgar.Bukan sekali dua SMF cuba dijatuhkan (dituduh bias,kronisme,rascist-perkauman kepala hotak hapa ,mengarut betul!Dalam Metal pun nak berpolitik certain people nih!Gigs di Miri ,Bintulu ,Sibu,Kuching saya redah sorang2 saja pasal  minat,ambik cuti,MC sampai 3 hari,balik tempat kerja diminta buat SURAT TUNJUK SEBAB (hahah) nak  enjoy tengok bands,cari pengalaman dan at least dapat  kawan2 baru! Saya peduli apa,gigs tiket kita bayar maa,Kita nak tengok bands dan enjoy sama kawan2,itu yang penting pun!

12.Sebenarnya saya sudah lama mengambil keputusan untuk tidak terlibat lagi, dan diambil alih mereka berdua/organizer sebagai sahabat yang  dipercayai/trusted dan berpengalaman untuk meneruskan aktiviti SMF  selagi berminat,misalnya dalam isu terakhir SMF newsletter isu #8 “ Gigs Evil Cat Onslaught”,ruangan EDITORIAL hanya diisi oleh mereka berdua (organizer) untuk menyampaikan informasi dll.Saya kurang berminat untuk terlibat aktif  , hanya santai2 dan lepak bersama kawan2..Thats All..

13.Mungkin ada HIKMAH atas perkara yang berlaku ini..Sure kami TERKILAN dengan apa yang berlaku,tapi Hidup mesti terus.TIADA LANGSUNG NIAT UNTUK MENGERUHKAN KEADAAN ,KAMI  TERIKAT bro,saya menulis ni pun dengan perasaan yang berbelah bagi,kerana sedikit sebanyak saya masih mengenang jasa2 mereka sebagai kawan yang proaktif membantu melancarkan urusan gigs SMF selama ini.Komitment mereka SANGAT DIHARGAI!Ibarat kaki DIRANTAI untuk BERPIHAK kepada mereka,tangan kami DIBELENGGU untuk menyatakan KEBENARAN!Bagitahu keadaan sebenar,seolah menceritakan kesalahan rakan/pihak kami sendiri,Tidak dimaklumkan,KAMI pula yang diPERSALAHKAN! Apa lagi upaya saya bro,selain TERPAKSA mengambil KEPUTUSAN yang berat untuk membubarkan SMF sebagai organizer gigs dan mengundurkan dari GRIMMS.Sayang sekali,benda yang kita MINAT, yang diUSAHAKAN bertahun2,RANAP dalam sehari sahaja!

14.Catatan  ini pun sudah saya TAPIS berkali2,dan BANYAK LAGI yang tidak saya ceritakan.Tak perlu dan tak penting pun.Perkara dah pun berlaku.saya sedaya upaya menjaga hati semua pihak,dari supporter/crowd,crew,rakan2,termasuk pihak organizer sendiri tetapi KEBENARAN harus dinyatakan,PENAFIAN harus dibuat.Sekali sekala,kita harus MUHASABAH diri,kadang perkara NEGATIF/BAD CRITICS yang berlaku memang kerana salah kita sendiri,perkara ini boleh DIELAK dari awal lagi,tetapi kerana sikap KEEGOAN dan KEAKUAN,ANGGAP KITA SAHAJA YANG BETUL,KAWAN YANG DISAGREE DIANGGAP KAWAN YANG TAK GUNA,kita ABAIKAN asalkan hajat kita sampai..Ya,harga yang dibayar untuk CARCASS memang mahal,tetapi HARGA SEBUAH PERSAHABATAN TIDAK TERNILAI Bro!

15.Saya percaya, kawan2 yang baik akan menegur apabila kita membuat silap,bukannya hanya jadi menjadi pak turut dan bersetuju sahaja.Luka ini sangat MENGHIRIS dan TAJAM,kalau ia SEMBUH sekalipun,PASTI akan meninggalkan PARUT kepada PERSAHABATAN kami..KEPUTUSAN SUDAH DIBUAT; tiada lagi gigs dari SMF,biarlah ia jadi blogzine dan newsletter sahaja;yang dikendalikan saya seorang sahaja (at least buat masa ini,jika ada,ONLY TIME SHALL TELL!! ).

16.Terima kasih kepada semua pembaca,walaupun tidak dapat merungkai semua kekusutan,sekurang2nya ia menjawab  persoalan  “dimana kami”sepanjang gigs ini…Thanks and Wassalam! BLESSED BE!

Regards,
Azam Aryanism
EDITOR
SMF NEWSLETTER  1999 -2014



















Selasa, 9 September 2014

CARCASS : EXTREME BORNEO FEST

PRE-SALE ticket for BORNEO EXTREME FEST out now! Please contact :
Simon Engka Crown ( 014-575 0990) 
Ma'el Boojard(010-987 3494) 
for booked.pre-sale are open only to SARAWAK/SABAH and BRUNEI.the reason we only sell the pre-ticket to BORNEO island first are to make thing easy and least crowded at ticket counter the day of event.so anyone from BORNEO ISLAND please get your ticket more early.the pre-sale and at door are same. RM120(PER-PERSON)
 BROUGHT TO YOU BY : Persatuan Greak Rintis Industri Muzik Metal Kuching (GRIMMS)/ Sarawak Metal Force Entertainment Group/Asia Karunguni Merchandise and Event Management.




Cakap banyak pun tak guna,ni CARCASS bang..jangan lupa tarikh diatas..DATANG,SUPPORT dan ENJOY sama-sama ok!