Isnin, 16 Mac 2015

MUKAH METAL LEGIONS II 2015





EVENT:                   MUKAH METAL LEGION II 2015

DATE:                        28. 02. 2015 (2PM – 10PM)

VENUE:                     DEWAN SUARAH MESRA MUKAH

ORGANISER:           TIBOW MUSIC CREATIVE

WHITE RAJAH, KEBES, NERAIZZ, SHADOW, KAFAN OV AZAZIL, PYRED, NIHIL KHAOS, ERECTUS, KAMBING SAKTI, MENTALLY MURDERED & ANTABOGA

Ini adalah kali pertama penulis menghadiri gig di daerah Mukah, salah satu daerah yang berada di dalam naungan The Unholy Triangle, suatu jolokan nama yang diberikan oleh pengamal-pengamal music keras seantero Borneo, di Sarawak amnya. Penganjuran gig ini adalah kesinambungan daripada gig Mukah Metal Legions Part 1 yang diadakan di daerah yang sama pada tahun lepas, cuma bezanya kali ini ianya diadakan di dalam dewan bertutup berhawa dingin. Saya memuji inisiatif penganjur gig kerana pemilihan tarikh yang tepat pada hujung bulan memudahkan urusan band-band yang terlibat. Segala perancangan dapat diatur dengan sebaik-baiknya. Terima kasih juga diucapkan kepada N.38 Jemoreng kerana membekalkan sound system untuk siri kali ini.

Pada pagi 27.02.2015 bersamaan dengan hari Jumaat, metal hordes dari Kuching terdiri daripada penggemar metal dan ahli band Mentally Murdered, White Rajah & Kebes bergerak serentak secara konvoi menuju ke daerah paksi segitiga metal. Perjalanan di mulakan agak lewat dari batu 12, Kuching kerana masalah teknikal dan testikal pada waktu itu. Tepat jam 10 pagi, perjalanan dimulakan dan kami tiba di daerah Mukah agak lewat, iaitu lebih kurang jam 7:00 pm kerana banyak singgah di rest stop sepanjang perjalanan ke destinasi, dan terus disambut mesra bassist band DIRE CROWN iaitu saudara Manfred dari Miri yang terlebih dahulu sampai dan terus membawa kami ke tempat penginapan iaitu di Royal Inn.


HARI GIG (FIRST HALF)


Saya bergerak ke lokasi pada pukul 2:00 pm, seperti yang dijadualkan di dalam flyer. Penat masih lagi terasa. Sesampai di sana, saya lihat beberapa kelibat mat-mat metal berbaju hitam sedang berada diluar dewan. Saya lihat band Shadow masih lagi membuat soundcheck. Saudara Dell Zaini iaitu penganjur dari Tibow Music Creative berdiri di pintu masuk dewan, sedang mengagihkan baju-baju dan tiket daripada pre-order sebelum ini. Agak risau riak wajahnya namun dapat diredakan oleh kehadiran beberapa teman se metal lain yang tiba serentak dengan saya. Saya terus menuju ke tempat penjualan material, dimana saya bertemu dengan saudara Farid, bassist band IMMOLATE yang sibuk membuat lelongan ke atas material-material lama beliau sepanjang penglibatan di dalam arena metal. Sempat jugaklah rembat satu hehehe. Mereka menarik diri di saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielakan.

Jam menunjukkan pukul 2:40pm. Pengacara melaungkan nama WHITE RAJAH selaku pembuka tirai persembahan. Sebuah band bertunjangkan Power/Progressive Metal dari Kuching, Sarawak yang telah berjaya menerbitkan single pertama mereka iaitu We Stand for Humanity dan juga split EP bersama Velhalla dan Tanak Bihis memulakan langkah dengan mempersembahkan cover dari Hammerfall – Last Man Standing dan Lifetime of War dari Sabbaton. Penonton kelihatan masih lagi segan untuk melakukan headbanging namun sudah berasak asak ke hadapan pentas. Seterusnya mereka mendendangkan cover dari Helloween iaitu Power sebelum mengakhiri persembahan dengan nukilan sendiri iatu We stand for Humanity. Kekuatan band ini terletak pada vocalist high pitchnya, iaitu saudara Max dan twin riffing dan solo, sesuai dengan konsep Power Metal pada zaman circa akhir 80an. Tepukan gemuruh daripada penonton menghangatkan suasana kerana belum puas dan acara bermula dari sejuk ke suam kuku. Tahniah WHITE RAJAH. Band ini berpotensi untuk pergi jauh.

Seterusnya band Metal Kelam dari Kuching iaitu KEBES menjajah pentas. Penampilan yang menarik dengan corpse paint sudah semestinya ini band Black Metal. Band ini mempunyai 2 rilisan iaitu demo Town of Darkness pada tahun 2013 & Mati pada tahun lepas.  Kebes berasal daripada bahasa Bidayuh dari dialek daerah Serian, bermaksud Mati, dan itulah persembahan mereka yang menjadi santapan mat-mat metal yang pada mulanya berada di belakang berasak ke hadapan untuk headbanging bersama, ditambah pula dengan lagu-lagu mereka seterusnya iaitu worship, unholy sacrifice menambahkan lagi kehangatan suasana sebelum mengakhiri persembahan dengan Town of Darkness. Band ini cukup berbaloi dibawa ke Mukah dan untuk diketengahkan lagi dan diharap mendapat tempat di dalam siri gig seumpama ini di masa hadapan.

Daripada Black Metal kini beralih kepada Grindcore. Saya memang menantikan kemunculan pertama band NERAIZZ yang berasal dari Kuching. Baru ditubuhkan pada tahun lepas tetapi dianggotai oleh otai-otai lama. Mereka menerjah pentas dengan memainkan cover dari Napalm Death iaitu Scum dan Troop of Doom dari Sepultura. Anak-anak muda nampaknya asyik menari, headbanging dan moshing melihat tenaga luar biasa yang dijanakan oleh band ini. Dentuman drum daripada saudara Harry dan juga growling Saudara Abib sereta shredding daripada saudara Hatta memukau penonton yang hadir, wah, sungguh luar biasa. Moshpit kelihatan semakin merebak sebelum mempersembahkan lagu-lagu sendiri iaitu Sawan, stink Kill, Shoot To Kill, Fuck the extreme dan akhir sekali Murder Intend. Band ini mengingkatkan saya kepada zaman kegemilangan Vormit iaitu lagenda grindcore Sarawak dan diharapkan mereka akan melahirkan sesuatu material dimasa terdekat, tahniah Neraizz. Sekurang kurang nya mereka membuktikan kredibiliti mereka. Persembahan yang mantap secara keseluruhan.

Jam menunjukkan tepat pukul 4:15 petang. Band SHADOW yang berpaksikan Eastern Death Metal kini menguasai pentas. Melihatkan kepada riak wajah mereka ini orang lama. Berasal dari wilayah Daro, mereka membuka langkah dengan mendendangkan cover dari Langsuyr iaitu My Oath for Thee. Kelihatan gitaris kedua mereka sedang bergelut mengatasi masalah amp namun dapat meneruskan acara dengan baik dan professional. Crowd penuh berasak ke hadapan pentas untuk headbanging. Mereka ini amat terkenal di wilayah paksi segitiga metal ini dan juga di daerah Sibu. Kekuatan mereka ini terletak pada vocalist mereka yang begitu showmanship. Ternyata pengalaman adalah segala galanya, diteruskan lagi dengan cover Death Just Awhile dari Mandatory dan Fghment Thy Gift dari Rotting Christ. Saya amat terpegun melihat kesungguhan frontman mereka menghidupkan suasana crowd yang headbanging menggila. Mereka akhiri dengan persembahan dengan lagu sendiri berjudul Rhiwan.

KAFAN OV AZAZIL dari Kuching berkiblatkan Black Metal diseru menggamatkan pentas. Agak menarik kerana kaki pukul band ini adalah perempuan, sungguh menarik komposisi band ini. Mereka mendendangkan lagu lagu sendiri daripada EP mereka iaitu Kursee, Judgment Day & Moloch. Saya amat menyarankan pendengar khasnya peminat black metal untuk mendapatkan hasil material mereka kerana komposisi yang menarik dan kemas. Persembahan mantap daripada mereka mendapat tepukan gemuruh daripada crowd yang tanpa henti headbanging dan melambaikan tumbukan tangan ke udara. Ternyata petikan gitar daripada saudara Didi amat memukau. Boleh saya katakan, persembahan yang kemas daripada mereka. Semoga mereka terus menawan pentas-pentas bawah tanah. Tahniah. Saya sudah mendapatkan EP mereka, anda bagaimana?

Persembahan PYRED merupakan penutup upacara untuk waktu siang. Mereka adalah satu satunya band commercial yang dibawa ke Mukah. Lagu lagu mereka sudah berkumandang di stesen radio radio tempatan dan menggunakan bahasa ibunda mereka di dalam penulisan lirik iaitu bahasa Iban. Bertunjangkan konsep Nu Metal, mereka menyajikan lagu-lagu cover daripada Sepultura iaitu Territory dan Refuse, Resist. Anak-anak muda yang tadinya agak suram kembali aktif untuk sing along dan moshing bersama mereka, disusuli dengan lagu sendiri iaitu Udah ditentuka & Ensera ka terubah. Lagu lagu mereka agak sulit dari segi komposisi namun sangat mengasyikan. Not my type of music tetapi amat berbaloi jika didengar dan diamati, seolah olah mendengar campuran band Deftones dan Disturbed. Kali ini saudara Caney selaku frontman menampilkan saudara Will Masterpiece selaku guitarist kedua mereka. Ternyata, pengalaman mereka beraksi di pentas-pentas utama diseluruh Sarawak khususnya di pentas akhir Anugerah Juara Lagu DAMA memberi kelebihan kepada mereka, mereka tenang sahaja di atas pentas dengan senyuman seolah-olah sesi jamming sahaja pada waktu itu. Dewan digamatkan dengan alunan Roots dari Sepultura disajikan buat penonton, dan sing along dapat kedengaran dari luar dewan. Moshpit dan headbang menggila menggamatkan suasana dewan. Acara ditangguhkan pada pukul 6:35 petang untuk rehat.


MALAM GIG (SECOND HALF)

Selesai sudah perjamuan makan malam dan rehat, perjalanan gig disambung semula pada jam 8:35pm. Kali ini, band NIHIL KHAOS dari Mukah yang dibarisi oleh saudara penganjur iaitu Dell Zaini selaku gitaris utama memulakan acara. Penonton yang sedari tadi dahagakan music memenuhi ruang hadapan pentas sambil menghayunkan kepala. Dua buah lagu menjadi santapan iaitu Bisikan kematian hasil nukilan sendiri dan juga sebuah cover dari Impaled Nazarene iaitu The Horny and the Horned. Kelihatan juga kelibat bassist dari band Narratik membarisi band ini, apapun, selamat maju jaya diucapkan kepada band ini semoga mengeluarkan sesuatu di dalam masa yang terdekat ini.

Dari Bandar Bintulu, daerah Vaiehell, kelihatan Sallem membawa senjata gitar naganya yang mana sudah menjadi signature kepada band ini, ERECTUS. Berpaksikan death metal, mereka memukau segenap mat-mat metal yang ada di dalam dewan pada malam itu. Tone guitar yang sedap dan bunyi sekata, cover lagu Kelibat dari Langsuyr diputarkan disusuli dengan lagu sendiri iaitu The ancient throne of metal bersama Saqang. Riffing pelbagai yang menarik dan growl yang memukau ditonjolkan membuat kan saya terpegun akan band ini, yang mana saya follow sedari tahun 2007 lagi, pada masa itu ada sebuah gig anjuran Zoso di Dewan Suarah Bintulu, kebetulan band ini beraksi. Memang tidak mengecewakan sedari dulu lagi. Ditambah dengan cover dari Ammon Armath berjudul The pursuit of Vikings membuatkan crowd yang bersesak di hadapan pentas menggila sing along bersama mereka. Set mereka diakhiri dengan lagu sendiri iaitu Komander Teragung menghiasi malam tersebut. Harapan saya agar mereka terus gah menghiasi nama-nama flyer gigs di Sarawak dan mana tahu, di Semenanjung Malaysia suatu hari nanti.

Next, jeng jeng jeng….band yang menjadi siulan remaja-remaja yang berpaksikan black metal khususnya di Kuching menjajah pentas keramat Mukahell. Band ini juga saya follow sejak awal penubuhan mereka pada 2010 dahulu. Dibarisi oleh Usop, Kenny, Miller, Jambul & Dedek, pengamal the pending division Black Metal terus menjajah pentas. Mereka gah dengan demo Rotten in Hell rilisan 2011 dan split demo Eastern Hell Fire pada 2013 bersama Antaboga, Keruntuk & Ajal. Mereka Berjaya menggelapkan stage pada malam itu melalui lagu Demoniacal Possession cover dari Old Man’s Child. Malam bertambah havoc apabila mereka memainkan lagu hit daripada demo mereka sebelum ini iaitu Rotten in Hell, ternyata, twin riffing Kenny & Jambul sungguh memukau apabila lagu terakhir dimainkan iaitu In the name ov Lucifer, pengakhiran yang melodic daripada mereka membuatkan saya mengenangkan band Cradle of Filth hehehe, mereka sempat menghadiahkan pose istimewa buat crowd di Mukah sebagai kenangan, ternyata penghargaan dengan tepukan gemuruh daripada penonton menyatakan segala-galanya. Tahniah Kambing Sakti!!

Jam sudah menunjukan pukul 10:12 pm, daripada Black Metal ke Old School Death metal, sebuah band yang tidak asing lagi di kalangan peminat death metal Malaysia, sebuah band yang ditubuhkan pada tahun 1989 berasal dari Kuching pernah dikenali dengan nama IMMORTAL dan kemudian kepada Permanent Head Damage seterusnya kepada Mentally Murdered sehingga kini. Band ini cukup berpengalaman kerana pernah beraksi di pentas seluruh Malaysia dan mempunyai rilisan demo New World Sickness pada tahun 1995, Mentally Murdered pada tahun 2004 dan single Lost Infidel tahun 2007. Suasana dewan gamat apabila vocalist/bassist nya, Sigat, digelar "Zamani" oleh penonton-penonton muda-mudi Mukah, hahaha, sesekali Sigat mencelah dengan nada gurauan, bijak berinteraksi dengan penonton. Serangan Mentally Murdered dimulakan dengan lagu cover Pull the Plug dari Death, saya agak terkepung apabila penonton bersesak ke hadapan untuk headbanging. Ternyata mereka agak ligat di atas pentas berdasarkan pengalaman beraksi yang penuh di dada, lagu the lost infidel & Burn from within disajikan buat penonton yang sedari tadi tidak putus-putus headbanging. Dewan bertambah menggila apabila otai-otai metal yang merokok di luar berpusu-pusu masuk ke dewan apabila cover The Trooper dari Iron Maiden dimainkan membuatkan penonton bingit sing along bersama mereka, dan selepas itu, moshpit terbentuk apabila lagu A.I.D.S and Dawn of Eternity dimainkan. Crowd berjaya memaksa mereka untuk encore dengan memainkan lagu Creeping Death dari Metallica sekali lagi menggamatkan dewan dengan sing along & moshpit  jeritan Die!! Die!! Die!! membuatkan saya sakit tekak semalaman, ditambah dengan petikan solo dari saudara Churchill yang nampaknya berkelajuan 100km/j seolah olah beliau ingin memecahkan rekod peribadi solo terpantasnya sepanjang zaman hehehehehehe, peace bro…..akhirnya, mereka menamatkan persembahan mereka dengan lontaran ole-ole baju band untuk peminat. Sangat dahsyat band ini, dengan showmanship yang bertenaga dan dentuman drum yang konsisten membuatkan saya memilih band ini sebagai band yang terbaik pada malam ini.

Seterusnya, band yang ditunggu tunggu kini menjelma, colok berasap memenuhi ruang rongga hidung penonton, lampu dimalapkan dan kain kuning direntangkan diatas stage untuk memulakan ritual. Waduh, seram juga band ini apabila satu persatu ahli band keluar menjajah pentas. Penonton terpegun dengan kelainan band ini yang berpaksikan Nusantara Black Metal, iaitu ANTABOGA dari Kuala Lumpur. Saya rasakan meremang bulu roma, rasa nak ke tandas pun takut, hehehe.  Mistik sungguh band ini. Ritual dimulakan dengan lagu Tarian Keliwon dan Lengsi Wongi. Suasana seram terus menyelubungi dan penonton seakan -akan terpukau dengan persembahan band ini yang begitu seram penampilan nya, hehehe memang penuh dengan attitude, hanya ada segelintir sahaja penonton yang headbanging, lain-lain hanya terpaku. Sejujurnya saya tidak follow band ini, tetapi apa yang saya selidiki, mereka mempunyai sebuah demo berjudul Rangda rilisan 2011 dan juga dua full length album iaitu Mayang Mistik dan Mayang Mistik II (Semayam Sihir). Persembahan mereka diteruskan dengan lagu Dukun, Semayam Sihir dan Bangkit membunuhmu. Saya kebelakang sedikit kerana terkepung oleh peminat yang berasak ke hadapan. Bau asap colok terus menghantui setiap penghuni dewan tersebut, termasuk lampu pentas yang sedari tadi malap seolah olah saya rasakan berada di alam ghaib, hehehe jgn marah bro hantu ghaib. Mereka akhiri upacara mereka dengan lagu upacara kain kuning, suatu persembahan bagi saya memang evil dan 666%....p/s: mcm kenal jer bassist tu…

Overall, Gig yang mantap bagi saya, kerana band-band memang bagus hari tu. Sound terkawal tak kiralah band genre apa pun yang perform. Kehadiran agak memuaskan mengambil kira faktor jumlah peminat metal di daerah Mukah. Ape pun aku paling suka gig entry ini yang membelit tangan aku, heheheh, terima kasih juga kepada Tibow Music Creative, Tugau War Metal Hordes dan crew2 yang trerlibat diatas penganjuran yang sukses, terutama saudara Dell Zaini yang bertungkus lumus mengerah segala kudrat menjayakan gig. Agak hebat untuk one man show, You are truly 666 my friend, tidak lupa juga syabas kepada semua band yang telah memberikan yang terbaik untuk siri gig kali ini.

Akhir kata:

666 fucking hail to the extreme!!!

Semoga kita berjumpa lagi tahun hadapan, kalau ada lagi laaaa…boleh la bro Dell owh, hehehe


Thank you,

yours truly

Lord Babeh

Kredit untuk James Saga Bayang dan Dellz /Organiser untuk review gig ini .SALUTE!

P/S :Foto2 penuh boleh dilihat di Facebook Organiser : Armada Hitam.TQ