PEMBUBARAN
SMF (SARAWAK METAL FORCE) SEBAGAI
ORGANISER GIGS DAN PENGUNDURAN DARI GRIMMS
KEPADA
SEMUA PIHAK YANG BERKENAAN : 1
November 2014
Merujuk kepada perkara
di atas,Saya,Azam Aryanism selaku Advisor/Chairman/Editor SMF/GRIMMS ,dengan ini mengumumkan pembubaran SMF sebagai Organiser gig akan berkuatkuasa pada 1 November 2014. Justeru,selepas
tarikh tersebut,SMF hanya akan wujud
ke format asalnya iaitu sebagai Newsletter/blogzine dan hanya dikendalikan oleh
saya sendiri sahaja.Laman rasmi bagi SMF
Newsletter boleh dirujuk di :sarawakmetalforce.blogspot.com
1.2 Secara peribadi,walaupun tiada halangan
bagi mana-mana pihak menggunakan
logo/simbol SMF sebagai
profiles/group/ symbol/facebook/dp di alam maya,tetapi perlu dimaklumi maklumat
yang SAH hanya menerusi saya dan blog yang dinyatakan di atas.
1.3 Amat sukar untuk menyatakan perkara ini tetapi disebabkan beberapa
perkara yang berlaku semasa Tour/gigs CARCASS baru-baru ini di Kuching ,saya terpaksa menyatakan pendirian selaku Editor, Founder,Chairman (Pengerusi)
bagi SMF / GRIMMS .
PENGUNDURAN
SAYA DAN AJK DARI GRIMMS ( PERSATUAN GERAK RINTIS INDUSTRI METAL SARAWAK)
2.1 Selain dari itu,saya selaku Pengerusi
bagi GRIMSS,saudari Carolina sebagai
bendahari,saudara Afdzal Salimi dan saudara Zizie juga mengundurkan diri secara
sebulat suara dari GRIMMS.
2.2 Oleh kerana GRIMMS adalah persatuan berdaftar dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan) ,maka adalah memerlukan sedikit masa
untuk pihak kami menguruskan surat pengunduran dan jika diperlukan,kami akan menghantar surat
rasmi kepada pihak berkenaan.
DISCLAIMER/PENAFIAN
3.1 Selain itu,saya,saudari Carolina,saudara
Afdzal dan Zizie MENAFIKAN
sekeras-kerasnya bahawa kami terlibat dalam penganjuran gigs baru-baru
ini.Semua urusan dikendalikan pihak yang terlibat (seperti yang anda sedia
maklum) dan kami juga tidak TERLIBAT
sama ada secara langsung atau tidak langsung dari awal sehingga berakhirnya
Tour/gigs tersebut.Jika kredit diberikan,maka pihak merekalah yang layak
menerima pujian dan saya mengucapkan TAHNIAH
kerana berjaya mencipta sejarah.Syabas!
3.2 Faktor utama kami tidak terlibat adalah
kerana TIDAK BERSETUJU dari awal lagi beberapa perkara dalam penganjuran Tour/gigs
tersebut.Walaupun tidak bersetuju,kami juga mengambil keputusan TIDAK MENGHALANG penganjuran Tour/gigs
tersebut atas nama SMF/GRIMMS dan sebahagian perkara tersebut akan saya
maklumkan di bawah nanti untuk mengelakkan SALAH
FAHAM yang berlaku selama ini.
PERMOHONAN
MAAF KEPADA SEMUA OPENING BANDS/FANS
4.1 Seperti yang semua sedia maklum,kesemua
opening band tidak dapat membuat persembahan pada hari tersebut.Ya,pihak
penganjur berkenaan juga telah meminta maaf kepada
band dan semua fans yang hadir atas beberapa perkara yang berlaku di laman
facebook baru-baru ini,namun begitu selaku Chairman SMF/GRIMMS saya juga perlu mengambil
TANGGUNGJAWAB/FULL RESPONSIBILITY atas
perkara tersebut.
4.2 Disini,saya,mewakili pihak SMF/GRIMMS sekali lagi dengan rendah
hati menyusun jari ingin MEMOHON RIBUAN
MAAF KEPADA SEMUA OPENING BANDS yang terlibat dan kepada semua fans/crew/etc yang menunggu dari awal
di stadium tertutup pada hari tersebut.Kami memahami kesulitan semua pihak yang
sanggup bersusah payah untuk hadir memberikan sokongan pada hari tersebut. SEGALA KESULITAN DAN KECUAIAN PIHAK KAMI
AMATLAH DIKESALI.
PENUTUP
Saya sertakan lampiran
sebahagian kronologi yang berlaku dari pihak kami,juga disertakan beberapa keratan SMF NEWSLETTER ISU # 7 untuk informasi bagaimana SMF bermula (sebagai rujukan
)
Akhir sekali,saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat membantu SMF
selama ini.Saya amat menghargai jasa dan sumbangan semua pihak yang membantu
samada secara langsung mahupun tidak langsung termasuklah mereka yang
mengendalikan Tour/gigs tersebut.Ini adalah keputusan paling sukar dan perit pernah saya buat sepanjang mengendalikan organisasi informal/underground
berasaskan METAL/ PERSAHABATAN/BLOODBROTHERS.
Terima kasih kerana sudi
membaca.
UNITED
AS ONE!
REGARDS,
Azam Aryanism Carolina Ningo Afdzal Salimi Zizie
Row
NOTA KAKI KASUT
BERSPIKE: CARCASS AUTOPSYING ASIA TOUR :THIS IS OUR STORY…
2 BULAN SEBELUM
GIGS
1.Sedari awal
lagi,setelah dimaklumkan ,saya tiada halangan sebagai EDITOR SMF NEWSLETTER
(saya nak sebut Advisor/Chairman untuk SMF/GRIMMS pun malu alah),ok le organise,sebab
lama dah tak buat,paling akhir ialah pada tahun 2012 (Gig Asian Ladies Metal
War ), dapat jumpa kawan-kawan,silaturrahim dan kenal- mengenal ( ini priority
saya sekarang!).Cuma saya INGATKAN BERKALI2,jika ada sesiapa pun PENAJA ( tak
kira le siapa Datuk/Dato,Dermawan/Dana dari Langit atau Black Money dari
Nigeria or whatsoever),sila PASTIKAN dana sudah masuk ke dalam akaun GRIMMS.(dah
CONFIRM masuk,bukan hanya dengar khabar atau pakai cek tendang).barulah kita
ambil tanggungjawab BERAT ini dan menyebarluaskan promotion BERSAMA-SAMA.
2.Setelah
beberapa sesi perbincangan,group WhatsApps,FB Messenger,saya ajak berjumpa
sambil lepak-lepak ..Lama juga saya tidak berjumpa kerana kesibukan
kerja..Sambil makan-makan ,perbincangan terus dibuat.Nampaknya tiada masalah
dari segi penyediaan tempat,Equipment/Sound System dll (seperti yang
dimaklumkan),sememangnya pihak yang bersungguh-sungguh (selepas ini saya
namakan sebagai Organiser sahaja) mahu membawa CARCASS disini berusaha gigih
menyediakan semua keperluan yang diperlukan.Cuma apabila topic kewangan/dana
ditanya…Tiada KEPASTIAN jawapan diberikan..Yang ada hanya DATUK(?) A,B,C akan
bank in pada sekian- sekian haribulan.Saya mengeluh kecil,dan menyatakan bahawa
jika TIADA WANG pada masa ini,elok kita BATALKAN sahaja.JANGAN SESEKALI KITA
BERHARAP PADA JANJI YANG BELUM PASTI..Ibarat Mendengar Guruh di langit,Air
Tempayan DICURAHKAN...Sementara ‘bayangan’ CARCASS ke Malaysia masih dalam
peringkat RUMOURS sahaja.Saya menegur sebagai sahabat/bloodbrother yang sudah
kenal bertahun2 lamanya.Bukannya di alam maya/facebook dengan cara yang memalukan,tetapi
secara BERDEPAN! Siang kami berjumpa,malamnya,flyers RASMI CARCASS ASIA TOUR SUDAH dikeluarkan di facebook!”Eh,apa benda
ni?duit dah masuk ke?” Still,Saya cuba berbaik sangka.Beberapa hari
kemudian,ramalan saya tepat.Pada hemat saya,organizer sudah SILAP BESAR/PERCATURAN
(kalau orang lain dah lama saya panggil BAHALOL,individu yang introduce dana
dari dato’ yang janii pun Rip Off,yang kita yang PERCAYA BULAT2 PUN SAMA JADI
BENGONG!Tiada dana,tiada apa-apa,NOTHING! Teguran kami sebagai sahabat TIDAK
DIENDAHKAN LANGSUNG..( Notes : Ini PERKARA UTAMA kami TIDAK BERSETUJU,KENAPA
PERLU DITERUSKAN JUGA??)
3.Sementara
dalam proses promotion untuk gig,kami memang tidak terlibat lagi.Sebagai
rakan,kami pula TIDAK MENGHALANG mereka menggunakan nama SMF/GRIMMS;yang
sepatutnya menggunapakai nama lain (kawan punya pasal, tak sampai hati nak
halang). Padahal ini bukan keputusan MAJORITI .Cuma saya ingatkan rakan2 BOD
lain,sepanjang masa promotion ni,kita tak payah sibuk nak involve.Nanti
dikatakan hidung tak mancung,pipi tersorong2..Ini MARUAH bro...Pada mulanya
saya ingin membantu untuk menulis dalam blog ini secara kerap (boleh lihat pasal promotion
tiket di bawah ) tetapi selepas beberapa peristiwa di facebook antara kami,(
Paling saya tidak lupa : Disindir bloodbrother/ kawan yang tidak mahu
terjun ke parit bersama-sama,Ya Rabbi,macamana
la dapat idea perbandingan yang jauh beza macam langit dan bumi ni???) dan sudah merasai bantuan tidak diperlukan.OK takpelah tu,cuma bila saya
memberi cadangan untuk cover up Story CARCASS untuk SMF newsletter,jawapan
organizer tidak begitu positif (ni ayat yang paling berhemah wa pakai genk)
dengan mengatakan”,takpelah,nanti sure ada wartawan dan dari majalah ***** yang
cover up story dorang akhbar **** blablabla”.Hmm,sekali lagi,saya
mengalahI ini cerita sebelum saya menegur pasal duit!).Takpelah,janji gig jalan.Saya cuba memujuk hati.
4.Setelah
merasakan hubungan antara kami tidak seperti dahulu, pernah saya try bertanya kepada organiser,kalau kami ada
kesilapan,elok kita perbetulkan..Saya tak peduli pasal CARCASS,saya PEDULI
pasal kawan2..Sekali lagi tiada apa2 dibuat untuk MENJERNIHKAN keadaan.kami
sudah menghulur tangan,malangnya tidak DISAMBUT…
5.Lebih kurang
seminggu lebih sebelum gigs tersebut dan melihat keluhan2 mereka di facebook.Saya
pula berasa tidak sampai hati.Rentetan itu,saya menghubungi Zizie (gitaris
Kherow) untuk menanyakan mereka ,apa yang boleh kami bantu..Saya tidak mahu
bertanya lagi DIRECT,kerana sudah beberapa kali tidak dipedulikan..Apa yang saya
tahu,mereka melantik CREW luar dari rakan-rakan lain ( Baguslah,Thanks sebab
sudi bantu melicinkan gigs tersebut genk! U KNOW U WHO ARE!) Apabila Zizie
menanyakan perihal gigs dan apa yang boleh dibantu,tetapi sekali lagi disambut
dengan jawapan yang saya fikir,tidak patut dijawab sebegitu sebagai
rakan-rakan.Malas saya mahu bercerita lebih details tetapi jika anda di posisi
kami,anda PASTI TERSINGGUNG juga.Kami IKHLAS ingin menolong dari segi tenaga
kerja ( Jangan silap genk!kami bukan kebulur nak mengadap Carcass),selama ini
pun gigs DIBUAT BERSAMA2 dari awal hingga selesai gigs…Cuma fahamlah saya
bahawa kali ini kami DISISIHKAN…
6.Sehari sebelum
gigs,Band Brutal DEATH METAL dari
Pontianak,DEVOURMY hadir.Pada petang harinya barulah saya sempat berjumpa
mereka,diikuti Uncle Jden,Abang Man KPS,Zizie (Thanks genk dapat menemani
mereka selama di Kuching!kalau ada yang terkurang,kami mohon maaf ya kang:))Saya cuma sempat membawa mereka menjamu selera di
Warung Nusantara dan bertemu pula rakan2 lain.Inilah nikmatnya hadir gigs dalam
masa2 sebegini,bersembang macam tak ingat dunia hahah…Malamnya,kami ke Padang
merdeka untuk menyaksikan satu acara Battle of the bands yang sedang
berlangsung..Saya cuba bersantai2 dan berjalan keliling padang Merdeka ,walaupun
hati saya begitu risau dengan apa yang berlaku esok,surelah kerana saya tidak
tahu apa2 urusan gigs dan tidak pula dihubungi atau dimaklumkan oleh organizer
sejak peristiwa meeting tersebut.”Mungkin semua dah settle,sure ramai yang
tolong,Carcass tu!”Fikir saya lagi..
7.13 Oktober
2014: Hari gigs berlangsung,saya berkira2 mahu hadir..Saya memberitahu rakan2
BOD SMF,”kalau korang tak dapat pegi,aku
kena pegi..Walaupun kita tersinggung dengan organizer,tapi ada ramai kawan2
baru/lama/bands opening act juga (penpal saya bertahun2 dahulu) yang aku nak
jumpa balik ,dari Miri,Bintulu,semenanjung,Indo..Kesian dorang datang jauh2,kalau
tak jumpa rasa tak best juga”..Saya mengambil keputusan pergi lewat,sekitar jam
5..Zizie Kherow datang pada malam harinya,Afdzal ada urusan,dan Carolina pergi
ke Jakarta sehari sebelumnya.Oh ya,ramai yang FRUST tak dapat jumpa sesi meet
and greet,tak dapat bergambar dengan mereka dll..yang tak dapat masuk gigs pun
ada,Cuma lepak2 diluar stadium.Saya sendiri TAKDE PASS masuk,TAKDE PELUANG NAK
JUMPA PERSONAL CARCASS (ah saya tak kebulur pun nak hadap organizer merayu nak
jumpa Carcass!),Zizie masuk pakai tiket (BOD SMF bayar untuk tengok gigs SMF
sendiri?Err,Anda faham tak maksud saya,what !!??) Wa bukan TRIP ORANG BAIK2
bro,tapi HONESTLY kalau wa ,memang wa tak SANGGUP buat begitu!Ada certain
people plak pakai PASS dan Accesss All Area blablabla!Lantaklah,aku nak jumpa
kawan2,dan seterusnya seperti yang anda sedia maklum,SEJARAH telah tercatat di
bumi Malaysia.Review pasal Carcass banyak dibuat di blog/fb fans yang hadir,
sinis dan pedas juga sindiran Jeff
Walker kepada organizer .Betullah tu,take noted sebagai pengajaran.
8..PASCA GIGS,banyaklah benda2
negatif,komen,kritikan,gosip2 liar yang saya dengar..secara peribadi,memang
kami menerima TEMPIAS, rasa marah,terkilan,sedih dengan apa yang berlaku.Walaupun
terasa sangat nak menjawab difb,saya pendamkan dahulu kerana dari satu sisi,saya
tak layak pun nak jawab kerana tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.Nak jawab apa
benda?ye tak..Kalau fans/crowd marah atau tak puashati pasal tiket,kelewatan
yang berlaku,no opening bands,sesi meet and greet yang ramai tak dapat jumpa,Kita
jawablah dengan hujah dan fakta,tak mampu jawab diam sajala,Act
PROFESSIONAL!Betul ini Gigs INTERNATIONAL BANDS,gigs besar,tapi janganlah
dijadikan ALASAN, ini bukan sekali organizer buat gigs.Prosedur tetap sama pun (dengan sedikit penambaikan).Bukannya
dengan meluahkan kemarahan difb (atau mencarut??) .Mereka (baca:Fans/supporter)
ada hak untuk marah,kalau kita salah,minta maaf sahajalah (yang itu pun
mengambil masa dan sekali lagi,saya pula yang terfikir untuk ambil alih
tanggungjawab tersebut!)Sekali lagi saya ULANG,kalau orang kritik,jawab dengan
HUJAH DAN FAKTA,fans tegur pun untuk kebaikan,supaya tidak berulang masa lain
nanti,orang tegur,jangan pulak kita macam orang HILANG AKAL menambah kemarahan dengan MENCABAR
DORANG suruh try organize gigs bawa
METALLICA ke BOLT THROWER dan diluahkan di alam maya,sudahlah tidak
menjawab SOALAN,semakin panjang pulak cerita nanti.Ya Rabbi,apa yang dorang ni
fikirkan semasa nak organize gigs sebesar ini?Pening bila saya fikirkan…
9.Berminggu lamanya sebelum gigs, salah seorang BOD
menegur organizer secara TERTUTUP (kami bukan kaki sindir dalam fb bro!),beberapa
hari sebelum flyers dikeluarkan.”Kita kalau nak tutup SMF,kita tutup sweet2
sahaja genk,bukan tutup dengan cara yang menyedihkan”..dan seperti
biasa,nasihat hanya dibiarkan seperti angin yang berlalu…yang anehnya,apabila
organizer meluahkan rasa tidak puas hatinya difb tentang beberapa perkara apabila dikritik,sehingga akhirnya ditegur
oleh salah seorang INDIVIDU penting yang
support local scene dari 90an,juga support/membantu dari segi kewangan (sudah
tentu ia banyak membantu gigs,Thanks a
lot!),ia diambil berat dan dihargai “Lesson learned uncle!”Bila kami menegur
sebagai sahabat dari awal lagi,ia tidak diendahkan langsung.Janggal sekali, ini
DOUBLE STANDARD bro!..Apakah hanya bila ada pihak yang mempunyai kekuatan/sumber
kewangan boleh menegur , diterima dan dijawab dengan baik,kami yang tidak MAMPU
menyumbang RM (Ada beza genk antara TIDAK MAHU MENYUMBANG dan TIDAK MAMPU
MENYUMBANG!) tidak diambil kisah! Begitu juga apabila kami DISAGREE beberapa
perkara sedari awal,sudah tentu JAUH BEZANYA dengan TIDAK SUPPORT/KHIANAT/SABOTAJ
kawan2..Haiyaa,kami belum HILANG AKAL untuk menSABOTAJ gigs sendiri..Gigs orang lain pun kita support,inikan pulak gigs
sendiri…huishhh!
10.OPENING BANDS : Saya tidak tahu details DEALS dengan
opening bands.Cuma saya bagi pandangan,kalau boleh perbincangan dibuat secara private sahaja,tak perlu umum difb
siapa nak main satu stage dengan CARCASS..banyak buruk dari baiknya.Band ada
maruah untuk dijaga (dan pastinya kita juga ada perasaan ego,NORMALLAH tukan),lobi
dari kawan-kawan,sure impak negative sedikit sebanyak,bukan semua benda patut
diwarwar dalam fb (Design t-shirt,pengambilan crew,buat secara senyap
dahlah,apa ke hal semua nak cerita ..certain people rasa annoying bro!),dan
seperti yang anda sedia maklum,pandangan itu diabaikan.Saya takde kepentingan
pun,bagi yang layak bagilah peluang..memang ada rakan2 yang meminta saya
menghubungi untuk bermain sebagai opening acts,saya hanya minta contact sahaja
organizer.Dorang yang uruskan.Beberapa hari selepas itu,saya diinbox oleh
rakan2 yang marah dengan persyaratan untuk bermain dari organizer,saya hanya
mengeluh dan mengucap panjang..Saya tak mahu ceritakan lebih lanjut,malu saya
dibuatnya..Mungkin hanya a few bands sahaja.Saya tak pasti..Tanya opening
bands,jangan tanya saya..Saya SURRENDER!…ulasan tentang CREW ,sila rujuk
disini:
TQ cik Dolly. http://dollysaches88.blogspot.com/2014/10/carcass-borneo-extreme-fest.html
11.Jika anda frustrated dengan perjalanan gigs or
whatsoever,sayalah individu yang paling KECEWA /FRUST/TERKILAN dengan perkara yang berlaku ini.Manakan tidak,sepanjang
terlibat gigs SMF,tidak pernah pula berlaku
perkara2 seperti yang diluahkan oleh ramai pihak dan berlarutan pula.Ya,mana2
pun ada haters,orang takkan suka semua benda yang kita buat,buat bodo
sajalah.Dulu lain,masa jiwa tengah panas,berdarah muda,kalau haters dari mana
pun saya langgar.Bukan sekali dua SMF cuba dijatuhkan (dituduh bias,kronisme,rascist-perkauman
kepala hotak hapa ,mengarut betul!Dalam Metal pun nak berpolitik certain people
nih!Gigs di Miri ,Bintulu ,Sibu,Kuching saya redah sorang2 saja pasal minat,ambik cuti,MC sampai 3 hari,balik tempat
kerja diminta buat SURAT TUNJUK SEBAB (hahah) nak enjoy tengok bands,cari pengalaman dan at
least dapat kawan2 baru! Saya peduli
apa,gigs tiket kita bayar maa,Kita nak tengok bands dan enjoy sama kawan2,itu
yang penting pun!
12.Sebenarnya saya sudah lama mengambil keputusan
untuk tidak terlibat lagi, dan diambil alih mereka berdua/organizer sebagai
sahabat yang dipercayai/trusted dan
berpengalaman untuk meneruskan aktiviti SMF selagi berminat,misalnya dalam isu terakhir
SMF newsletter isu #8 “ Gigs Evil Cat Onslaught”,ruangan EDITORIAL hanya diisi
oleh mereka berdua (organizer) untuk menyampaikan informasi dll.Saya kurang berminat
untuk terlibat aktif , hanya santai2 dan
lepak bersama kawan2..Thats All..
13.Mungkin ada HIKMAH atas perkara yang berlaku
ini..Sure kami TERKILAN dengan apa yang berlaku,tapi Hidup mesti terus.TIADA
LANGSUNG NIAT UNTUK MENGERUHKAN KEADAAN ,KAMI TERIKAT bro,saya menulis ni pun dengan perasaan yang berbelah bagi,kerana sedikit sebanyak saya masih mengenang jasa2 mereka sebagai kawan yang proaktif membantu melancarkan urusan gigs SMF selama ini.Komitment mereka SANGAT DIHARGAI!Ibarat kaki DIRANTAI untuk BERPIHAK kepada mereka,tangan kami DIBELENGGU untuk menyatakan KEBENARAN!Bagitahu keadaan sebenar,seolah
menceritakan kesalahan rakan/pihak kami sendiri,Tidak dimaklumkan,KAMI pula yang
diPERSALAHKAN! Apa lagi upaya saya bro,selain TERPAKSA mengambil KEPUTUSAN yang
berat untuk membubarkan SMF sebagai organizer gigs dan mengundurkan dari GRIMMS.Sayang
sekali,benda yang kita MINAT, yang diUSAHAKAN bertahun2,RANAP dalam sehari
sahaja!
14.Catatan ini
pun sudah saya TAPIS berkali2,dan BANYAK LAGI yang tidak saya ceritakan.Tak
perlu dan tak penting pun.Perkara dah pun berlaku.saya sedaya upaya menjaga
hati semua pihak,dari supporter/crowd,crew,rakan2,termasuk pihak organizer
sendiri tetapi KEBENARAN harus dinyatakan,PENAFIAN harus dibuat.Sekali sekala,kita
harus MUHASABAH diri,kadang perkara NEGATIF/BAD CRITICS yang berlaku memang kerana salah
kita sendiri,perkara ini boleh DIELAK dari awal lagi,tetapi kerana sikap
KEEGOAN dan KEAKUAN,ANGGAP KITA SAHAJA YANG BETUL,KAWAN YANG DISAGREE DIANGGAP
KAWAN YANG TAK GUNA,kita ABAIKAN asalkan hajat kita sampai..Ya,harga yang
dibayar untuk CARCASS memang mahal,tetapi HARGA SEBUAH PERSAHABATAN TIDAK
TERNILAI Bro!
15.Saya percaya, kawan2 yang baik akan menegur apabila
kita membuat silap,bukannya hanya jadi menjadi pak turut dan bersetuju sahaja.Luka ini sangat MENGHIRIS dan TAJAM,kalau ia SEMBUH sekalipun,PASTI akan meninggalkan PARUT kepada PERSAHABATAN kami..KEPUTUSAN
SUDAH DIBUAT; tiada lagi gigs dari SMF,biarlah ia jadi blogzine dan newsletter
sahaja;yang dikendalikan saya seorang sahaja (at least buat masa ini,jika ada,ONLY
TIME SHALL TELL!! ).
16.Terima kasih kepada semua pembaca,walaupun tidak
dapat merungkai semua kekusutan,sekurang2nya ia menjawab persoalan “dimana kami”sepanjang gigs ini…Thanks and
Wassalam! BLESSED BE!
Regards,
Azam Aryanism
EDITOR
SMF NEWSLETTER
1999 -2014