Khamis, 12 Mei 2011






GIG : TRIBUTE TO RONNIE JAMES DIO

Anjuran : PENGKALAN METAL ENSEMBLE

Bands : SATISFACTORY,INSACRED,GRUMPYMONKS,SUICIDE,RESURRECTION,IMMOLATE,SHAMANIC RITES,KHEROW,VORMIT

Tempat : V8 VOLCANO PUB,KOTA SENTOSA

TARIKH : 29 JANUARI 2011

SUKSES!!Penampilan pertama PENGKALAN METAL ENSEMBLE untuk menganjurkan gig Tribute to RJDini dikira sukses..dengan promosi sebelum gig selama 3 bulan,dengan kehadiran crowd berbaju hitam dalam skala yang ramai,walaupun pub ini terletak nun jauh di pinggir kota.Kalau dah namanya minat,ke pelusuk pedalaman pun gig akan diziarahi.
Hujan agak renyai,menyebabkan saya sedikit lambat ke V8,Satisfactory sudah memulakan beberapa lagu sendiri seperti “ An Exit “ “ Empire”, dan “War on Warm Thoughts”..Aksi ganas terus dimuktamadkan dan seperti biasa band pertama menggalas tanggungjawab besar untuk menarik perhatian crowd dengan lagu-lagu ala Deathcore.Walaupun masih muda,kesungguhan dan komitmen mereka perlu dipuji dalam setiap show mereka.Syabas..

Walaupun kehadiran crowd di ruang legar belum ramai (kerana masih lagi lepak di luar),ini tidak menghalang INSACRED memberikan persembahan mantap.
Saya mula merapatkan diri berhampiran kanan stage tetapi gagal kerana crowd sudah mula berasak-asak ke depan.Mendahului dengan lagu sendiri “Those Who’ve fallen,cursed & doomed,”The False God “,cover DIO “Heaven and Hell”(memang berlainan dari muzik asal Dio)yang dibawa dengan lebih brutal dan tanpa simpati!!!Cover dari DEATH “Pull The Plug “ menjadi lagu terakhir.Apa yang patut dibanggakan,selain komposisi muzik yang mantap,growl vokalisnya seperti raksasa yang ingin menelan mangsanya hidup-hidup.!!Giler Ganas.Thumbs up INSACRED!!

GRUMPYMONKS menyusul dengan lagu-lagu ‘wajib’ dari Sepultura,”Pain”,”Attitude”, “Territory” “Troops of Doom” seakan-akan menjadi trademark mereka dan sedia maklum,lagu cover Sepultura adalah peluang untuk ‘crowd’ menunjukkan ‘semangat; banging tanpa henti.Ya,akhirnya lagu sendiri yang saya tunggu-tunggu “Our kind of World “ dihabisi sebagai lagu penyudah,agak memberangsangkan kerana semasa lagu ini dimainkan,sound gitar yang begitu crunchy kedengaran begitu jelas.Cukup puas hati …saya masih mengharapkan mereka akan merakamkan sesuatu sekurang-kurangnya demo dalam masa terdekat ini..

Memang berbaloi kedatangan SUICIDE dari Mukah,sebuah band yang sudah lama bertapak di bumi Sarawak ini ‘mengoyakkan’ lagi gegendang telinga dengan lagu cover dari Sodom “Eat Me”Penampilan gitaris jelita semestinya mencuri tumpuan crowd yang hadir.Hehe..Lagu kedua,”Pursuit of Viking” (Amon Amarth) dibawakan dengan begitu baik sekali.Ternyata pengalaman mendewasakan mereka.Lagu sendiri “Death and Ceremony “ dan “ Thunder of God” begitu berat dan laju susunannya,Malangnya pada masa ini tidak kedengaran vokalnya..Masalah teknikal agaknya.
Lagu terakhir dari ROTTING Christ “Fghyment Thy Gift” membuatkan saya tidak dapat terus meluru ke hadapan untuk bersama-sama crowd menghayunkan kepala dan tenggelam dalam arus muzik Black Metal 90an..ya,ini adalah lagu” wajib “bagi mana2 band Black/death Metal yang lahir pada awal90an..hehe.Syabas Sirdi dan teman-teman yang begitu komited dan mempersembahkan show yang menarik pada hari tersebut..

Tidak terasa jam menunjukkan 4 petang,RESURRECTION memulakan lagu sendiri “Kill Again “,”Curse Brotherhood”, “Dark Maya”, serta cover DIO “Stand Up And Shout “memaksa crowd banging bersama-sama.Vokalis bersuara lantang,As benar-benar ‘menarik’ suara dengan penuh perasaan!!Jelas,komposisi Heavy/Metal /Rock Resurrection amat energetic,apa yang saya dengar kali ini dengan sound yg crystal clear,memang dahsyat,ah cakap banyak pun tak guna,nantikan saja demo sulung mereka pada tahun ini!!

IMMOLATE tampil dengan full set corpsepaint..malangnya masalah teknikal yang agak lama saya kira sedikit menjejaskan persembahan mereka..lagu- lagu sendiri seperti “Immolate in the night Clewoon”,”Sea Devil Worship (Kaul 666)DIO “ We Rock” dan GORGOROTH “World To Win” Wow begitu menarik tetapi malangnya suara vox mereka kurang jelas..Apapun,mereka telah mencuba yang terbaik..Saya ramalkan,dalam tahun-tahun akan datang,sudah pasti IMMOLATE semakin menyerlah sebagai pelapis berpotensi dari sini berdasarkan keaktifan mereka..good job IMMOLATE!!

VORMIT,sekali lagi dijemput untuk ‘menggrinding’ pentas..Acapkali saya melihat persembahan mereka yang begitu energetic dan semestinya huru hara!!Anda seperti mahu melompat ke stage untuk bersama-sama meng’havoc’kan keadaan.Walaupun bermula agak lambat ( kerana sedikit masalah teknikal).lagu – lagu dari album “Life is Your Enemy” mula ‘dikisar’ , “Reaching and reclaimed”,”Obliteration to Supression”,”II- Resolved & Sadistic released”, “Universal Struggle and Artifial Struggle”. Hampir pasti ‘terbelah dua’ halwa pendengaran crowd mendengar lagu-lagu yang menjadi pilihan mereka.Tidak hairan mereka sentiasa menjadi pilihan organizer gig untuk ‘menghancurkan’setiap pentas gig yang ada..Syabas!!

BATTLE!!CONQUER!!DESTROY!!Suasana menjadi kelam apabila SHAMANIC RITES muncul membawa lagu yang dipetik dari album pertama “I.M.C.I”, “Ultimate Metal Agression”, “Khemikal Dominic Blast”,”Iblissyaitannirrajim”dan lagu ‘wajib” “Metal Hymn No 1 “ cukup berbisa untuk ‘meracuni ‘ penonton yang datang..Very kick ass Gua cakap Lu!!!

KHEROW ,Progesif Death Metal tanpa batas membawa lagu-lagu dari album pertama “Bintang Timoer”.Komposisi ringkas tanpa gitaris kedua masih mampu ‘mengkhayalkan’ penonton dengan susunan lagu “Rapture”,Anyaman bass dan sound gitar yang begitu groovy cukup mengasyikkan.jeritan Prissyila begitu mantap,apatah lagi lagu “Bintang Timoer” disudahi sebagai penutup,benar-benar member kepuasan yang maksimal!

Gig berakhir sekitar jam 830 malam,Disusuli dengan sesi fotografi band bersama kawan-kawan..syabas sekali lagi untuk PME kerana berjaya menganjurkan gig kali ini..Jumpa lagi pada gig yang akan datang..