Isnin, 10 Mei 2010

NARRATIK


Line Up : 1. Itzjeams (gitar utama)
2. Jull Ajall (dram)
3.Jullien Conquer (Vocal)
4.Lord Dhauszt (rhythm)
5. Ku Ang (Bass)

Influences : 1. As Sahar
2. Lamb of God
3. Betrayer
4. Shamanic Rites
5. Emperor
6. Tengkorak
7. Kantong Simayet
8. All Shall Perish
9.Antrax
10. Mistik



Genre : Eastern Harmonic Cult Dark Metal


NARRATIK - wajar mendapat penghormatan untuk berada di ruangan ini berikutan kesungguhan mereka memperjuangkan muzik, sekaligus berjaya meletakkan nama mereka sebaris dengan nama-nama besar seperti Suicide, Kremation, UnHoly Sin Nosperator dan Shamanic Rites.

Berdasarkan prestasi dan kesungguhan, Narratik boleh melangkah lebih jauh berdasarkan pengalaman luas mereka dalam arena muzik meskipun memiliki latar belakang yang berbeza tetapi tampil dengan satu prinsip iaitu Metal !.

Yang pasti, kemunculan Narratik dalam pesada muzik menambah lagi jumlah band yang ada di Mukah yang sebelum ini terkenal dengan pelbagai gig dan persembahan pentas sepanjang tahun.

“ Narratik dalam bahasa Melanau klasik bermaksud badi. Ia merupakan istilah tersendiri kaum Melanau bagi mengambarkan seseorang yang terkena rasuk atau santau. Keunikan bahasa ini menarik perhatian kami untuk menjadikannya nama band,” kata jurucakap band itu, Itzjeams

Itzjeams memberitahu, tahun 2009 mencatat sejarah tersendiri buat Narratik sejajar dengan kebangkitan semula scene metal band Unholy Triangle dan akan terus berada pada kedudukan .

“Suntikan semangat yang diberikan oleh rakan rakan sealiran menyemarakkan lagi semangat kami untuk terus memperjuangkan muzik. Mereka termasuklah, Sirdi(Suicide) dan Abzhan(Shamanic Rite) selain Butcherer,Larrong,Worship, Immolate,Verdaqqah,Kremation ,Varlet,Shadow, Infernoblast dan beberapa lagi band di wilayah tengah Bumi Kenyalang,” katanya.

Seawal penubuhnyanya, Narratik hanya dibarisi dua line up Itzjeamns dan Jull Ajjall sebelum kemunculan Jullien Congquer diposisi Vokal.

“Kami meneruskan mencari line up yang sama-sama berminat dan mempunyai semangat metal yang kental sehingga lah, kemunculan Enny (bass) dan Lord Dhauzth (rhythm) yang benar-benar serius untuk bergabung bersama Narratik,” jelasnya.
Sesuai dengan kematangan usia, genre muzik band ini lebih menjurus ke arah melodic-harmonic dark metal/eastern cult yang mengabungkan line up dari tiga wilayah iaitu Kuching, Mukah dan Matu.

Kebanyakan line upnya meminati muzik berat pembawaan, Tengkorak, Detsquad, Kantong Simayet, Sepultura, All Shall Perish, Slayer, Lamb Of God, Empror, Morbid Angel, Sil Khannaz, As Sahar dan Langsuir.

Dalam waktu yang singkat, Narratik mampu mengorak langkah dengan beberapa material sendiri seperti Sign Of The Semelai, Something On Mystery, Tumbal Berdakah, Melalik, Sii Kin 2 dan Legend Of Sang Pelakey.

DIPETIK DARI BIOGRAFI NARRATIK 2010..SUPPORT THEM!!

Rabu, 5 Mei 2010

FACEBOOK : Antara dosa dan pahala


Salam,ini gua petik dari www.zaharudin.net..semenjak berfesbuk,mungkin ada yang terlupa benda-benda penting begini..gua letak untuk mengingati gua sendiri...:)pesan gua untuk pembaca blog,HATI-HATI ye...
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian

Sabtu, 10 April 2010

T shirt SMF 'Tribute To The Abyss"


T shirt SMF 'Tribute To The Abyss"

Setelah berbulan tertangguh,akhirnya siap juga..masalah dari segi printing,kedai dan pelbagai lagi akhirnya selesai..gambar khas untuk tatapan peminat SMF...all fully booked!!

Jumaat, 26 Mac 2010

UNGODLY DEATH BIOGRAPHY...


UNGODLY DEATH formed in early 1987, when Manny and Ojai met in Kuching City, “The Ancient Land of The Headhunters”, where they had played Guitar together. They decided to start a band, with Manny taking up Guitar/Vox and Ojai, instead of his native guitar, placed himself at the Drums. The duo searched for a second Guitar and Poggy answered. They were also joined by a bassist, Wisma. Not for long, Poggy left the band to pursue other musical interest and was than replaced by Martino@TIOK.

Ungodly Death is one of the few bands raised from the underground scene in Sarawak during the late 1980s. The name "Ungodly Death" originated when the band was practically looking for a name which represents brutality, black and the extreme death metal genre.

After couple of successful performance, Ojai left the band to fill the drums in Senseless Death(Senseless). Jiptz @ JEEP of Impish was called in to fill in the gap and round out the band. There were a few more changes especially on Bass Guitar. After staying for one gig with Jeep, Wisma left the band and was replaced by Murphy on Bass. Murphy stayed for a couple of gigs but again make another exit in the band lineups. His replacement is Ocoi who took the Bass and stayed on.

Based in Kuching City, Malaysia, UNGODLY DEATH performed their first gig there on one Sunday in 1987, at a local club Starlight(Hollywood East). They played mainly covers, including songs by Kreator, Death, but quickly added originals to their repertoire. Together with few other bands such as Senseless Death(Senseless), Mortuary, Immortal, Psycho Death(Sputum), Lost Infidel and Crucify(Blockheads), the band also performed in couple of Gigs around Kuching City.

In 1992, Ungodly Death released their first “LOST NATIONS” demo which was done in a Live Studio Recording and released it on Cassette tapes. Manny contributed and wrote all the songs in the Lost Nations demo. Writing he’s own music, the 5 tracks “Lost Nations” demo, demonstrates another dimension of instrumental mastery and talent, as well as making the music more personal and less manufactured. Listen beyond the rough guitar sound and grating vocals, Ungodly Death music is Melodic, Horror and Doomy.. not forgetting the element of extreme death metal. There are melodies, patterns, and complexities to be realized and appreciated in Ungodly Death music.. It’s more than just idiotic noise.

Due, however, to irreconcilable differences, the band rested soon after their final Gig at the Kuching Plaza Shopping Complex, Kuching City in 1996. Their final shows with the band also featured the support of guitarist from Blockhead, Budie. At the same time, there was also plan to release a second demo but was never executed.

1996 final lineups

1. MANNY – Guitar/Vocal
2. MARTINO@TIOK – Guitar
3. OCOI – Bass
4. JEEP – Drums

AFTER RESTING, over 13 Years, in June 2009, Ungodly Death debuted their new lineup, with the additions of ADEL of Death Krolbt on 2nd Guitar and KURT of SIDS on Bass while maintaining MANNY as the founder/front man on Guitar/Vox and the return of JEEP behind the Drums. The now 4-piece Ungodly Death returned to the studio rehearses tracks from the legendary Lost Nations demo and few never released tracks. The “Lost Nations” demo was again re-released on CD-R but due to the poor sound quality, Ungodly death plans to record their never released tracks and also re-record Morbid Theism in a studio quality version. Along with 14 other bands, Ungodly Death performed 5 tracks from their Lost Nations demo including one of their never released tracks in front of anxious crowds when they highlighted the “Tribute of The Abyss” Gig which was held on September 19, 2009 at the Volcano 8 Club, 7th Mile Kota Sentosa, to remember the lost of their dear brother, ZUL “The Abyss” founder and band member of SENSELESS who past away on October 19 2008. The gig was organized by the Sarawak Metal Force to commemorate the valuable contribution of “The Abyss” in the risen of the underground scene in Sarawak during the late 1980s.

After the legendary comeback, as a result, Ungodly Death released a live and rehearsal compilation video from the “Tribute to The Abyss” Gig while the rehearsal video shots was done at JDEN Studio, PJ in Kuching City.

Current lineups

1 MANNY – Guitar/Vocal
2 ADEL – Guitar
3 KURT – Bass
4 JEEP – Drums.

Ungodly Death are currently in studios rehearsing for their upcoming gigs.

Ungodly Death would like to thanks personally the support of Sarawak Metal Force, Zul”The Abyss”(RIP), Azam, Ismail, Simon, Andy, Wak “You’re the Man”, Hisyam“Itu Ko Dia”, Budie“Bapak”, Pian“Tabuh”, Aretung, Hafiz, Ijan, Sarel, Boy, Lan, As “Son of Odin”, Osman Yusuf(EVP), Blockhead, Senseless, Resurrections, Sputum, Rob-blitz,Unitheism, Mentally Murdered, Vormit, Majalah Karisma for giving a great article review and many more that have contributed to the comeback of Ungodly Death..

Ahad, 7 Mac 2010

Majalah Karisma di petra jaya


Salam,
dah lama gua tak update blog..almaklum,sibuk dengan kerja dan study,dan belasan aktiviti lain yang 'mencuri' masa gua..harap lepas ni dapat selalu update..ya mohon doakan saja..Terkini,majalah karisma boleh didapti dengan mudah di Choice Mall Book Centre di Jalan Samariang,selain berhubung terus dengan pengedar seperi Osman EVP dan gua sendiri..tolong sebarkan kepada rakan-rakan anda ye:)Orait support us..

Ahad, 10 Januari 2010

REVIEW GIG SMF" Tribute To The Abyss"






SARAWAK METAL FORCE ‘Tribute ToThe Abyss’
TARIKH ; 19.12.2009
TEMPAT : VOLCANO 8,KOTA SENTOSA
BANDS : UNGODLY DEATH,SHAMANIC RITES,TRAITOR,INSACRED,DAY TIME DRAMA,POLAR,THE RUDEBOYS,SHOCK TROOPS,MENTALLY MURDERED,RESURRECTION,MILITANT ATTACK,KHEROW,GRUMPYMONK,BOOJARD,LOVE COME CRUSHING

VERY HAPPENING!itulah yang dirasakan semasa menghadiri gig “Tribute To The Abyss”bertempat di Kota Sentosa,Batu Tujuh.Untuk makluman,ini adalah kali kedua gig diadakan di Kota Sentosa,kali pertama adalah gig ‘EXTREME EXPOSE’ di Dewan masyarakat sepuluh tahun yang lepas!Ini adalah gig untuk mengingati Allahyarham Zul,atau dikenali sebagai “The Abyss’ gitaris dari kumpulan lagenda SENSELESS yang begitu banyak berjasa kepada perkembangan muzik Metal di Sarawak bermula pada lewat 1980an.AlFatihah buat beliau..
Saya sampai sedikit lambat,kira-kira pukul 2.30 petang dan gig sebenarnya belum bermula.Memang merisaukan kerana ada 15 buah band yang akan ‘berperang’ tetapi tidak menghairankan kerana tempat ini agak jauh dari Bandar dan ya,kebanyakan band tidak tahu tempat gig ini akan berlangsung.
TRAITOR memulakan ‘langkah pertama dengan lagu sendiri,”Reign of terror’ dan ‘Torment’kelihatan crowd terus menggasak ke hadapan stage untuk melaksanakan tugas wajib,Headbanging tanpa henti!!!Suara vokalisnya cukup ganas,mendengar muzik mereka,lebih kearah death/grindcore.Lagu “Chaos pervirse’ dari Extreme Noise Terror dan Napalm Death juga dipersembahkan sebagai penutup persembahan mereka.Apa yang boleh saya katakana,band muda ini berpotensi untuk pergi jauh...
INSACRED mengambil alih dengan membawakan lagu sendiri’In the depth in devour’’Those who’re fallen’ dan “cursed and doomed’seperti traitor,struktur muzik juga kea rah arus death/grind,crowd masih mengasak ke hadapan pentas dan ya,sebagai sokongan kepada insacred..apapun,Insacred perlu berhati-hati supaya tidak menjadi band yang tipikal dalam arena death/grind..
Menyusul GRUMPYMONKS,sebuah band lama di Kuching yang kali terakhir saya melihat persembahan mereka pada SARAWAK METAL FORCE PART 4 pada tahun 2000!Kali ini mereka membawakan kesemua lagu cover dari SEPULTURA,’REFUSE RESIST’’Wasting away’’’Attitude’Roots bloody roots’ dan territory’Tidak dinafikan,mereka begitu bijak menarik perhatian crowd dengan persembahan yang mantap dan ya,pemilihan lagu yang sesuai untuk headbanging!!Sayangnya mereka tidak membawakan lagu sendiri..
MILITANT ATTACK ,nama yang sering disebut-sebut kebelakangan ini..Dengan konsep old school Thrash Metal,saya mengharapkan sesuatu dari mereka..Tiga buah lagu ‘diterjemahkan’ melalui persembahan yang begitu energetic,bersemangat dan pasti membuatkan sesiapa yang mendengar ‘menghayunkan’ kepala tanpa henti!lagu “MortalSlave”Systematic Slaughter’dan cover dari Megadeth” Tornado of souls” yang dibawa dengan versi lebih laju dan agresif!!Walaupun mereka mengubah sound dan cara penyampaian asal,’feel’Megadeth masih ada,itu yang penting. Syabas Militant Attack,harapan saya selanjutnya untuk menyaksikan mereka mencari originality sendiri( atau sekurang-kurang menghampirinya) serta melihat gig-gig mereka pada masa akan datang dengan lebih mengujakan!!!
BOOJARD ,band baru (atau projek?) dengan anggota dari Sicksense/Vormit/Kurasakuasa/Robblitz.. ditampilkan dengan membawa lagu dari katakalysm,Crowd memberikan sokongan tanpa henti dan Boojard tidak terkecuali..Mereka dipengaruhi dengan konsep death/grind dan lagu Terrorizer’Dead Shall Rise’ menjadi lagu penutup..classic tu...hehehe
KHEROW mengambil alih stage dengan keadaan agak sukar,vokalisnya sedang hamil dan duduk dikerusi untuk menyayi.Satu komitmen yang begitu berani dan mencengkam jiwa!!!haha..Tanpa ragu ,mereka membawakan lagu sendiri”rapture””Requiem for the fools;”Savages of yesterday’ dan sebuah lagu melayu “ Bintang Timur (atau Timore?) dengan gabungan vokalis dan bassisnya..Lagu-lagu yang dipersembahkan cukup bermelodi,ekspresif,berharmonik dan teknikal,tiada yang dihairankan kerana gitarisnya berpengaruhkan Steve Vai!!Walaupun Cuma duduk dikerusi,mutu vocal penyanyi perempuannya memang mengagumkan..Tunggu album penuh mereka pada bulan Februari tahun ini!!!
SHAMANIC RITES,’higlight’ band kali ini tampil dengan 4 buah lagu.Mereka baru sahaja mengeluarkan album dibawah Khakan/Eastern Voice prod.Apa yang boleh dikatakan,mereka ‘menunjukkan belang’ dengan membawakan lagu-lagu sendiri dengan cukup cemerlang,”Metal Hymns No.1” “Iblissayaitanirrajim’ ‘I.M.C.I” dan “Shamanic Rites’yang dipetik dari Ep mereka..Struktur muzik mereka begitu berat,padat,agresif dan sangat kejam!Jangan sekali-kali ketinggalan untuk mendapatkan album penuh mereka sekarang!!
MENTALLY MURDERED akhirnya’menjajah’ stage kemudian..Siapa yang tidak mengenali mereka,dahulunyalebih dikenali dengan nama IMMORTAL!!!Mak Datuk,ini baru showmanship!!Mereka membawakan sebuah lagu sendiri iaitu ‘Lost infidel,’The Trooper”,cover dari Iron Maiden dan medley dari Metallica tanpa henti,”Am I Evil”Master of puppets’ dan “Creeping Death..Saya seolah-oleh menyaksikan Metallica membawakan lagu mereka dengan lebih laju dengan vokalis ala SUFFOCATION..Dapat bayangkan?gila band ini...terbukti pengalaman mereka hampir 20 tahun membuktikan kehebatan mereka di pentas..Syabas Churchill dan Mentally Murdered!!
RESURRECTION,dikepalai oleh Andy (ex-Senseless) sememangnya masih ber’bisa’..Mereka membawakan lagu-lagu sendiri yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.Struktur muzik mereka agak berlainan,tidak terlampau keras atau terlalu perlahan.Lagu “Aleister Crowley” dari Ozzy Osbourne menjadi penutup persembahan mereka..Wajar saya katakan,kelahiran demo mereka nanti akan mejadi keputusan penilaian anda sendiri!
Penantian saya selama bertahun berakhir jua..UNGODLY DEATH,’kembali dengan dua original line up,Manny gitar/vox dan Jibtz/drums serta 2orang ahli baru..Kali terakhir saya melihat persembahan mereka ialah pada tahun 2004 di Sibu,apa yang boleh saya katakan persembahan mereka begitu menghiburkan!!Lagu-lagu mereka penuh dengan elemen yang boleh melenggokkan kepala,keras tetapi bermelodi!!Growling Manny masih seperti dulu,menyiat kalbu bila mendengarnya.Walaupun terdapat sedikit gangguan teknikal,crowd masih setia menunggu dan saya meluru ke hadapan untuk melihat dengan lebih dekat.Lagu classic pertama,”Beginning of the ancient” dipetik dari demo “Lost nations”dipersembahkan Sedar-sedar saya mengikuti bait-bait lirik mereka, “Altar for the lost,Morbid priest forbidden...”Lagu kedua “......the scummy ......” menyusul,crowd semakin sesak di hadapan pentas apabila mereka membawakan lagu yang cukup memberi kesan kepada saya “Morbidtheism” Savage sons of S****,have lust to burn our souls..”mana mungkin saya boleh melupakan lirik lagu mereka,yang cukup member impak kepada scene awal Death/Black Kuching suatu ketika dulu.Masa semakin suntuk apabila jam menunjukkan hamper 1030 malam,lagu baru yang tidaksempat dirakamkan,”Abhor of C*****” dihulurkan untuk menutup gig terakhir SMF kali ini..
Selain itu,band lain yang bermain ialah THE RUDEBOYS,SHOCK TROOPS,POLAR,LOVE COME CRUSHING dan DAY TIME DRAMA yang juga begitu bersemangat mempersembahkan lagu-lagu sendiri.
Gig berakhir sekitar jam 1045 malam,dengan jelas kelihatan kepuasan diwajah crowd yang hadir.Saya mewakili B.O.D SMF 2009 mengucapkan terima kasih kepada crowd yang hadir dan begitu supportif kali ini.Tunggu,agenda SMF tahun 2010!!!

Sabtu, 9 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

HAILZ,belum terlambat rasanya kami ,Board of Directors SARAWAK METAL FORCE mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 ,Awal Muharam 1431 Hijrah dan Selamat Menyambut Hari Krismas buat semua pembaca blog,myspace dan yang menyokong SMF selama ini!!!Nantikan agenda terbaru kami selepas ini.UNITED WES STAND!

Ahad, 20 Disember 2009

T-SHIRT "Tribute To The Abyss"


Hailz!T-shirt gig boleh ditempah sekarang dengan design yang menarik..Harga cuma RM30 sahaja..limited edition..contact Mr mael untuk keterangan lanjut..dan jangan lupa,ulasan gig akan dikeluarkan dalam blog ini dan Majalah Karisma awal tahun depan..

Khamis, 17 Disember 2009

GIG SEHARI LAGI..DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!!


HAILZ!!Jangan lupa gig sehari lagi,19.12.2009,bertempat di Volcano 8 Pub,batu 7,bermula jam 1200 tengahari..ini adalah gig penutup tirai SMF tahun ini,datang dan ENJOY!!!Tiket berharga RM15 masih boleh didapati melalui no tel.di bawah ini..sila check..NO DRUGS,VIOLENCE,JUST ENJOY THE SHOW!!!!!!!!
P/S T-SHIRT gig juga dibuka dan dijual untuk tempahan!Sila hubungi Mr Mael :0198740160..

Ahad, 29 November 2009

PENGUMUMAN PENTING..MEETING UNTUK SEMUA BAND..

HAILZ...kepada semua band yang terlibat pada gig nanti,dijemput untuk meghadiri meeting pada hari isnin,30.11.2009,jam 8.00 malam di Heritage kitchen..Sila hantar seorang wakil untuk setiap band..kehadiran wakil adalah WAJIB untuk mengetajui perkembangan terkini sebelum gig..tq..

GIG TUKAR KE 19.12.2009..

SALAM,gig TRIBUTE..akan ditukarkan ke tarikh 19.12.2009,bertempat di pub Volcano 8,Batu 7 (Kota Sentosa)..flyers akan dikeluarkan sedikit masa lagi..sila hubungi no tel di bawah untuk tempahan tiket..15 buah band akan 'berpesta' pada gig kali ini..HELL YEAH!!!!!!!!!

Ahad, 22 November 2009

BERITA MUTAKHIR....

Salam,berita mutakhir,gig TRIBUTE...yang dijangka diadakan di SUPREME HOTEL terpaksa ditukar venuenya ke satu tempat yang belum dipastikan,ini kerana pihak pengurusan hotel membatalkan tempahan pada saat-saat akhir ,ini sangat menyulitkan pihak kami mencari venue lain..Oleh itu,seminggu sebelum tarikh gig,berita rasmi akan dikeluarkan,sila berhubung dengan mana-mana nombor tel di bawah dan blog ini untuk update..kami memohon maaf atas kesulitan ini.....apapun,thankz for neverending support..

Ahad, 15 November 2009

TIKET GIG DIJUAL SEKARANG........!!!


Tiket gig 'TRIBUTE TO THE ABYSS'telah mula dijual berharga RM13 sahaja..GIG AKAN BERLANGSUNG PADA 5 .12.2009 di SUPREME hotel akan bermula jam 100 petang...sila hubungi nombor berikut untuk tempahan tiket..mr mael-0198740160,mr simon-0168081333 dan mr andy-0162571247..semua tiket adalah terhad,jadi bertindak sekarang!!!!!!flyers terbaru akan dikeluarkan juga tak lama lagi..sila rujuk www.myspace.com/sarawakmetalforce untuk perkembangan terkini...

Isnin, 28 September 2009

Salam IDUL FITRI buat semua!!


Salam IDUL FITRI buat semua!!
“minal aidin walfaizin walmaqbulin”!!
Saban tahun bulan Syawal adalah bulan yang paling dinanti-nantikan, malah bulan yang amat dikenali dan diingati oleh seluruh umat islam Malaysia. Tidak lain kerana IDUL FITRI yang menjelang pada 1hb Syawal. Semua akan ingat hari raya kerana cuti raya, kueh raya, baju raya, ketupat & rendang raya, duit raya, kasut raya, kereta raya, langsir raya dan sebagainya. Kehadirannya begitu diraikan, tidak seperti bulan-bulan hijrah yang lain. Persiapan untuknya juga luar biasa hingga seolah-olah kalendar hijrah hanya ada Syawal (kerana ia begitu diingati, dinanti dan di-rai).
Walaupun ramai yang faham erti hari istimewa ini, namun masih ramai yang tak tahu apatah lagi menghayati ERTI IDUL FITRI ini yang rata-ratanya juga dikenali sebagai Hari Raya Fitrah.
Apa fitrah kita? Adakah fitrah kita itu ertinya kebiasaan kita, seolah selepas berlalunya ramadhan kita akan kembali kepada kebiasaan kita (rutin hidup kita) iaitu makan-minum, tahap & mutu ibadat, adaban & disiplin nafsu dan sebagainya. Tak hairanlah jika kata fitr juga dikatakan berasal dari kata futhûr sehingga Idul Fitri diertikan bahawa kita kembali lagi kepada kegiatan makan siang hari seperti biasa. Adakah itu makna fitrah kepada kita?
Atau, adakah fitrah kita itu adalah ASAL kita? Tak hairanlah tatkala Idul Fitri semua warga kembali ke asalnya (kampong halamannya). Adakah itu maksud ASAL (fitrah) bagi kita?
Atau, adakah fitrah itu fahamnya adalah ‘bayar wang zakat fitrah’? Tak hairanlah berpusu-pusu muslim belajar nak ucap ijazah zakat depan Tuan Amil pemungut zakat yang tetiba muncul mejanya di Pasar Satok?. Malah tak kurang yang meyamakan itu dengan kadaran zakat hartanya yang tak perlu lagi dizakatkan kerana sudah berzakat fitrah di Hari Raya Fitrah. Adakah itu erti fitrah bagi kita?
Apakah yang fitrah buat kita?? Apakah fitrah ini merujuk kepada sifat. Jika ia sifat, apakah ia sifat pada diri? Adakah ia meliputi sifat alam diri yang berupa jasmani dan ruhaniah kita yang berlapis-lapis (bertingkat / bertahap) sifatnya. Dari alam nyata yang nampak susuk fizik hinggalah ke lapis susuk tubuh roh kita yang di dalam? Apakah ia susuk akal atau jiwa kita? Apakah fitrah ini adalah sifat hati yang prosakata ‘kembali kepada fitrah’ itu menegaskan agar kita “KEMBALI KEPADA HATI yang asalnya SUCI”?
Adapun kata arab ID atau AUD, berasal dari kata “‘Âda-Ya’ûdu-’îdan-wa-’audan” yang bermaksud KEMBALI. Manakala kata arab FITR berasal dari kata yang bermaksud FITRAH. Menurut bahasa Arab (berasal dari kata fathara) yang berarti “membuka” atau “menguak”. Makna fitrah sendiri bererti “keadaan yang suci”. Lalu, IDUL FITRI diertikan sebagai KEMBALI KEPADA FITRAH.
“Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (ALLAH), (tetapkanlah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah. (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”(QS Ar-Rum : 30)
Dalam Islam sendiri terdapat konsep bahawa setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Rasulullah SAW bersabda
“Setiap bayi dilahirkan dlam keadaan suci (fitrah), maka ibu atau bapaknya yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi,” (HR Abu Daud dan at-Tirmidzi).
Fitrah yang dimaksudkan adalah keadaan yang suci dan tidak berdosa sedikitpun dan telah beriman kepada Allah SWT. Seseorang yang kembali ke fitrahnya berarti ia mencari kesucian dan keyakinannya yang asal (asli), sebagaimana ketika ia dilahirkan.
Sebahagian ahli tafsir berpendapat; Fitrah Allah itu bererti kecenderungan dan kesediaan kita sebagai manusia terhadap agama yang haq. Dan pandangan Islam, walaupun manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah, namun kerana kelemahan iman yang ada pada dirinya sehingga membuatkan manusia mudah terjerumus ke lembah dosa dan membawa kesengsaraan zahir dan batinnya. Inilah yang menjadi noda hitam yang mengotori fitrah dirinya sendiri. Lalu, dia bertanggung-jawab untuk mengawal dan mengamalkan nilai-nilai fitrah (suci) yang ada pada dirinya. Allah SWT berfirman “(Allah) mengilhami (jiwa) kejahatan dan kebaikan. Sungguh, berbahagialah sesiapa yang menyucikannya. Dan rugilah siapa yang mencemarkannya.”(QS asy-Syams: 8-10).
KEMBALI
Sesudah mula mengenal apa fitrah kita, yang paling utamanya untuk kita sempena IDUL FITRI ini adalah UNTUK KEMBALI KEPADA FITRAH ITU. Kata KEMBALI yang secara umumnya mudah difahami, iaitu membawa erti ‘pulang ke pangkuan’. Mudah disebut NAMUN sesuatu yang sebenarnya SUKAR DIKOTAKAN. Apatah lagi tatkala kita LUPA ASALAN (FITRAH) KITA, LUPA TUJUAN KITA, LUPA MATLAMAT KITA akibat HIJAB JIWA yang melanda qalbu kita. Yang mana noda hitam jiwa ini mungkin berlaku akibat dosa-dosa kita sendiri. Dosa kepada ALLAH, dosa kepada ibu-bapa, dosa kepada GURU-GURU dan sebagainya.
Allah menyebut kata ‘kembali’ ini di dalam Al-Quran melalui beberapa firmanNya. Selain ‘ID’ kata lain untuk kembali dalam bahasa Arab adalah “ Rujû’ ” yang berasal dari kata raja’a-yarji’u-rujû’an. Kita lebih akrab (sinonim) menggunakan kata Rujû’ (rujuk) ini dalam urusan nikah-cerai perkahwinan. Namun di dalam Al-Qur’an kata Ruju’ sering digunakan untuk menunjukkan kembalinya kita kepada Allah. Kata Innalillahi wa inna ilaihi raji’un, bermaksud kita semua adalah kepunyaan Allah dan hanya kepada-Nya kita semua Rujû’ (kembali). Selain itu kata “Inabah” pada firmanNya “Ittabi’ Sabîla man Anâba Ilayya Tsumma Ilayya Marji’ukum” juga bermaksud ‘kembali’. Malah satu lagi kata yang bererti ‘kembali’ dalam bahasa Arab yang sangat khas adalah kata arab “Taubat”. Taubat berasal dari kata Tâba- Yatûbu-Taubatan. Orang yang kembali disebut Tâib dan yang kembalinya berulang-ulang dan terus-menerus disebut Tawwâb. Contohnya Allah menyebut orang-orang yang banyak bertaubat dan senang melakukan kesucian melalui firmanNya: Innallãha yuhibbu tawwãbina wa yuhibul mutathahhirin, bermaksud “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang banyak bertaubat dan memelihara kesucian dirinya” (QS Al-Baqarah : 222). Asma Allah ‘Ya Tawwab’ membawa maksud Yang menerima Taubat (yang menerima pesalah itu KEMBALI).
Maka kini kita tahu bahawa bicara ALLAH untuk kata KEMBALI ini ada banyak kataNya iaitu: ID, INABAH, RUJU’ dan TAUBAT.
Dalam ilmu tasawuf, keempatnya ini mempunyai tingkatannya (al-maqammat @ maqam @ stesyen ) tersendiri. Pada maqam yang pertama adalah yaqzhah atau kesadaran iaitu TINGKAT KEINSAFAN yang Allah hidupkan ke dalam naluri atau jiwa kita terhadap segala dosa-dosa yang pernah dilakukan. Dari yaqzhah seseorang meningkat kepada maqam atau stesyen kedua iaitu TAUBAT. Dari taubat naik kepada maqam yang ketiga yaitu MUHASABAH. Setelah maqam muhasabah barulah maqam INABAH.
Samada kesedaran ini hadir kerana ditimpa musibah (insiden) dalam hidup kita, atau kerana TEGURAN dan NASIHAT dari orang lain, atau kerana terbaca buku-buku ilmiah mahupun artikel sebegini, atau juga melalui mimpi-mimpi perihal peringatan akan kematian atau kecelakaan, atau juga melalui muhasabah diri yang dalam tatkala bermeditasi ataupun ketika menghayati prinsip kehidupan yang menyucikan segalanya itu atas kehendak-Nya juga kerana sifat kasih dan sayang-Nya kepada kita untuk mengizinkan yaqzhah atau kesadaran itu berlaku ke alam diri kita. Ketika inilah, kita akan ‘KEMBALI’ yang disebut IDUL FITRI! (kembali kepada fitrah).
Pada waktu yaqzhah ini, kita mahu kembali pada fitrah kita. Sebagai abdi padaNya kita semua mempunyai fitrah kesucian iaitu keinginan untuk kembali kepada Allah sebagai asal zat yang menciptakan kita. Keinginan itu ada jauh dalam hati atau QALBU kita. DariNya kita ada, denganNya kita hidup (nafas) dan kepadaNya kita mahu tujui. Allah tempatkan ‘rasa’ itu dalam qalbu kita seumpama sebuah lampu pelita namun kejahilan kita seringkali mengakibatkan lampu ini malap, tertutup atau kotor. Al-Quran menyebut pelita ini sebagai sebuah misykat, firman Allah “Perumpamaan cahaya Allah itu seperti misykat” (QS An-Nur : 35). Al-Qur’an menggambarkan hati kita itu seperti misykat dan di dalamnya ada misbah (sumbu api). Tetapi kebanyakan misykat kita itu tertutup (berjelaga) dan cahaya di dalam itu tidak boleh terpancar keluar. Cahaya fitrah kita itu tidak keluar kerana tertutup oleh dosa-dosa kita. Tetapi pada orang-orang tertentu yang membersihkan hatinya secara sungguh-sungguh, misykat itu menjadi sangat cemerlang seperti kaca. Al-Quran mengatakan “Kacanya itu seakan-akan bintang yang cemerlang, yang dinyalakan apinya dari pohon-pohon Zaitun yang diberkati, yang tidak di timur dan tidak di barat. Hampir-hampir minyaknya saja bersinar padahal tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya” (QS 24:35).
Rasa rindu pada cahaya fitrah itu akan membawa kita kembali. Seumpama kita kembali ke kampong halaman setiap kali tibanya Hari Raya, kita melakukannya dengan penuh rela kerana melayan rasa rindu itu. Kita terpanggil-panggil olehnya, terpanggil untuk pulang ke asal kita. Dalam kontek yaqzhah atau kesadaran, yang memanggil kita untuk kembali itu adalah cahaya fitrah, lampu yang ada di dalam misykat qalbu kita. Misykat itu adalah bahagian qalbu kita yang paling dalam dan masih menyimpan cahaya Ilahi itu. Sinarnya tidak kelihatan kerana kita terlalu terpesona dengan kehidupan dunia ini. NAMUN kerinduan itu masih ada lalu, kerinduan itu akan tiba-tiba muncul dalam diri kita di satu saat yang disebut yaqzhah!! Kerinduan yang akan menimbulkan kesadaran untuk kembali ke fitrah itu!
Adalah telah menjadi kebiasaan (fitrah), seseorang akan insaf bila ia dilanda MUSIBAH. Insaf membawanya kembali mengingati dan PASRAH kepada Allah. Oleh itu Rasul ada bersabda: “Sesungguhnya tidak ada baiknya orang yang tidak pernah mendapat musibah”. Bila ada masalah, seseorang akan biasanya kembali kepada Allah, bermunajat dan meminta Ihsan Allah. Samalah halnya tatkala RAMADHAN hadir dengan berbagai ujian dan cabaran. Dugaan berlapar, dahaga, kekurangan tenaga, mendiamkan nafsu, mengolah ibadah siang dan malam harinya, menjaga indera dan kesucian diri, membayar zakat fitrah dan bermacamnya lagi; adalah merupakan SEBUAH PERLATIHAN yang harus ditempoh demi sebuah keinsafan menuju kesedaran. Masalah, ujian, dugaan atau musibah adalah pencetus kepada yaqzhah (kesedaran) dan seterusnya menggerakkan insan itu untuk IDUL FITRI (kembali kepada fitrah). Melalui inilah kita kembali membersihkan misykat qalbu kita dan mulailah perlahan-lahan cahaya Ilahi itu keluar semula.
Pun begitu tak kurang juga yang insafnya sementara atau pura-pura. Tatkala susah, dia ‘kembali kepada fitrah’ dengan penuh keinsafan namun bila keadaan kembali seperti asal, dia kembali lupa semua. Macam musim perayaan ni, kita penuh lelah menjalani ibadat puasa (dugaan dan musibah yang berbagai bagi sesetengah orang), kemudiannya pulang IDUL FITRI (penuh keinsafan dari fadhilat ramadhan yang ditempuhi), bila rindu terjawap dan keadaan kembali seperti rutin asal, ia IDUL FITRI (kembali kepada kelalaiannya).
Apakah erti IDUL FITRI buat kita??
IDUL FITRI – KEMBALI KEPADA FITRAH. Inilah sebenar-benar pengertian IDUL FITRI yang harus kita kunyah. Bukan semata HARI RAYA yang hakikat maknanya kita tidak hayati dan dirai-kan dengan canggung akibat salah tafsiran yang ada. Kita haruslah meraikan Idul Fitri ini sebagai SEBUAH “KEPULANGAN KEPADA FITRAH” iaitu asal kita yang mencari pangkuan PELUKAN ILLAHI bukannya meraikan hari kebebasan dari dugaan dan ujian ramadhan.
Terakhir,kami wargakerja SMF belum terlambat mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN kepada semua.!
“minal aidin walfaizin walmaqbulin”!!

Mudah-mudahan ada kebaikkan untuk mereka yang mahu mengambilnya dari DIA yang Maha Pemilik!

Rabu, 9 September 2009

BERITA TERKINI.....GIG DITUNDA..


Salam Ramadhan,gig TRIBUTE TO THE ABYSS sekali lagi akan ditunda ke satu masa yang akan ditetapkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Sila rujuk laman blog ini dan myspace.com/sarawakmetalforce untuk berita terkini dan rasmi tentang gig itu nanti..Harap maklum...