Khamis, 17 Disember 2009

GIG SEHARI LAGI..DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!!


HAILZ!!Jangan lupa gig sehari lagi,19.12.2009,bertempat di Volcano 8 Pub,batu 7,bermula jam 1200 tengahari..ini adalah gig penutup tirai SMF tahun ini,datang dan ENJOY!!!Tiket berharga RM15 masih boleh didapati melalui no tel.di bawah ini..sila check..NO DRUGS,VIOLENCE,JUST ENJOY THE SHOW!!!!!!!!
P/S T-SHIRT gig juga dibuka dan dijual untuk tempahan!Sila hubungi Mr Mael :0198740160..

Ahad, 29 November 2009

PENGUMUMAN PENTING..MEETING UNTUK SEMUA BAND..

HAILZ...kepada semua band yang terlibat pada gig nanti,dijemput untuk meghadiri meeting pada hari isnin,30.11.2009,jam 8.00 malam di Heritage kitchen..Sila hantar seorang wakil untuk setiap band..kehadiran wakil adalah WAJIB untuk mengetajui perkembangan terkini sebelum gig..tq..

GIG TUKAR KE 19.12.2009..

SALAM,gig TRIBUTE..akan ditukarkan ke tarikh 19.12.2009,bertempat di pub Volcano 8,Batu 7 (Kota Sentosa)..flyers akan dikeluarkan sedikit masa lagi..sila hubungi no tel di bawah untuk tempahan tiket..15 buah band akan 'berpesta' pada gig kali ini..HELL YEAH!!!!!!!!!

Ahad, 22 November 2009

BERITA MUTAKHIR....

Salam,berita mutakhir,gig TRIBUTE...yang dijangka diadakan di SUPREME HOTEL terpaksa ditukar venuenya ke satu tempat yang belum dipastikan,ini kerana pihak pengurusan hotel membatalkan tempahan pada saat-saat akhir ,ini sangat menyulitkan pihak kami mencari venue lain..Oleh itu,seminggu sebelum tarikh gig,berita rasmi akan dikeluarkan,sila berhubung dengan mana-mana nombor tel di bawah dan blog ini untuk update..kami memohon maaf atas kesulitan ini.....apapun,thankz for neverending support..

Ahad, 15 November 2009

TIKET GIG DIJUAL SEKARANG........!!!


Tiket gig 'TRIBUTE TO THE ABYSS'telah mula dijual berharga RM13 sahaja..GIG AKAN BERLANGSUNG PADA 5 .12.2009 di SUPREME hotel akan bermula jam 100 petang...sila hubungi nombor berikut untuk tempahan tiket..mr mael-0198740160,mr simon-0168081333 dan mr andy-0162571247..semua tiket adalah terhad,jadi bertindak sekarang!!!!!!flyers terbaru akan dikeluarkan juga tak lama lagi..sila rujuk www.myspace.com/sarawakmetalforce untuk perkembangan terkini...

Isnin, 28 September 2009

Salam IDUL FITRI buat semua!!


Salam IDUL FITRI buat semua!!
“minal aidin walfaizin walmaqbulin”!!
Saban tahun bulan Syawal adalah bulan yang paling dinanti-nantikan, malah bulan yang amat dikenali dan diingati oleh seluruh umat islam Malaysia. Tidak lain kerana IDUL FITRI yang menjelang pada 1hb Syawal. Semua akan ingat hari raya kerana cuti raya, kueh raya, baju raya, ketupat & rendang raya, duit raya, kasut raya, kereta raya, langsir raya dan sebagainya. Kehadirannya begitu diraikan, tidak seperti bulan-bulan hijrah yang lain. Persiapan untuknya juga luar biasa hingga seolah-olah kalendar hijrah hanya ada Syawal (kerana ia begitu diingati, dinanti dan di-rai).
Walaupun ramai yang faham erti hari istimewa ini, namun masih ramai yang tak tahu apatah lagi menghayati ERTI IDUL FITRI ini yang rata-ratanya juga dikenali sebagai Hari Raya Fitrah.
Apa fitrah kita? Adakah fitrah kita itu ertinya kebiasaan kita, seolah selepas berlalunya ramadhan kita akan kembali kepada kebiasaan kita (rutin hidup kita) iaitu makan-minum, tahap & mutu ibadat, adaban & disiplin nafsu dan sebagainya. Tak hairanlah jika kata fitr juga dikatakan berasal dari kata futhûr sehingga Idul Fitri diertikan bahawa kita kembali lagi kepada kegiatan makan siang hari seperti biasa. Adakah itu makna fitrah kepada kita?
Atau, adakah fitrah kita itu adalah ASAL kita? Tak hairanlah tatkala Idul Fitri semua warga kembali ke asalnya (kampong halamannya). Adakah itu maksud ASAL (fitrah) bagi kita?
Atau, adakah fitrah itu fahamnya adalah ‘bayar wang zakat fitrah’? Tak hairanlah berpusu-pusu muslim belajar nak ucap ijazah zakat depan Tuan Amil pemungut zakat yang tetiba muncul mejanya di Pasar Satok?. Malah tak kurang yang meyamakan itu dengan kadaran zakat hartanya yang tak perlu lagi dizakatkan kerana sudah berzakat fitrah di Hari Raya Fitrah. Adakah itu erti fitrah bagi kita?
Apakah yang fitrah buat kita?? Apakah fitrah ini merujuk kepada sifat. Jika ia sifat, apakah ia sifat pada diri? Adakah ia meliputi sifat alam diri yang berupa jasmani dan ruhaniah kita yang berlapis-lapis (bertingkat / bertahap) sifatnya. Dari alam nyata yang nampak susuk fizik hinggalah ke lapis susuk tubuh roh kita yang di dalam? Apakah ia susuk akal atau jiwa kita? Apakah fitrah ini adalah sifat hati yang prosakata ‘kembali kepada fitrah’ itu menegaskan agar kita “KEMBALI KEPADA HATI yang asalnya SUCI”?
Adapun kata arab ID atau AUD, berasal dari kata “‘Âda-Ya’ûdu-’îdan-wa-’audan” yang bermaksud KEMBALI. Manakala kata arab FITR berasal dari kata yang bermaksud FITRAH. Menurut bahasa Arab (berasal dari kata fathara) yang berarti “membuka” atau “menguak”. Makna fitrah sendiri bererti “keadaan yang suci”. Lalu, IDUL FITRI diertikan sebagai KEMBALI KEPADA FITRAH.
“Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (ALLAH), (tetapkanlah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah. (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”(QS Ar-Rum : 30)
Dalam Islam sendiri terdapat konsep bahawa setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Rasulullah SAW bersabda
“Setiap bayi dilahirkan dlam keadaan suci (fitrah), maka ibu atau bapaknya yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi,” (HR Abu Daud dan at-Tirmidzi).
Fitrah yang dimaksudkan adalah keadaan yang suci dan tidak berdosa sedikitpun dan telah beriman kepada Allah SWT. Seseorang yang kembali ke fitrahnya berarti ia mencari kesucian dan keyakinannya yang asal (asli), sebagaimana ketika ia dilahirkan.
Sebahagian ahli tafsir berpendapat; Fitrah Allah itu bererti kecenderungan dan kesediaan kita sebagai manusia terhadap agama yang haq. Dan pandangan Islam, walaupun manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah, namun kerana kelemahan iman yang ada pada dirinya sehingga membuatkan manusia mudah terjerumus ke lembah dosa dan membawa kesengsaraan zahir dan batinnya. Inilah yang menjadi noda hitam yang mengotori fitrah dirinya sendiri. Lalu, dia bertanggung-jawab untuk mengawal dan mengamalkan nilai-nilai fitrah (suci) yang ada pada dirinya. Allah SWT berfirman “(Allah) mengilhami (jiwa) kejahatan dan kebaikan. Sungguh, berbahagialah sesiapa yang menyucikannya. Dan rugilah siapa yang mencemarkannya.”(QS asy-Syams: 8-10).
KEMBALI
Sesudah mula mengenal apa fitrah kita, yang paling utamanya untuk kita sempena IDUL FITRI ini adalah UNTUK KEMBALI KEPADA FITRAH ITU. Kata KEMBALI yang secara umumnya mudah difahami, iaitu membawa erti ‘pulang ke pangkuan’. Mudah disebut NAMUN sesuatu yang sebenarnya SUKAR DIKOTAKAN. Apatah lagi tatkala kita LUPA ASALAN (FITRAH) KITA, LUPA TUJUAN KITA, LUPA MATLAMAT KITA akibat HIJAB JIWA yang melanda qalbu kita. Yang mana noda hitam jiwa ini mungkin berlaku akibat dosa-dosa kita sendiri. Dosa kepada ALLAH, dosa kepada ibu-bapa, dosa kepada GURU-GURU dan sebagainya.
Allah menyebut kata ‘kembali’ ini di dalam Al-Quran melalui beberapa firmanNya. Selain ‘ID’ kata lain untuk kembali dalam bahasa Arab adalah “ Rujû’ ” yang berasal dari kata raja’a-yarji’u-rujû’an. Kita lebih akrab (sinonim) menggunakan kata Rujû’ (rujuk) ini dalam urusan nikah-cerai perkahwinan. Namun di dalam Al-Qur’an kata Ruju’ sering digunakan untuk menunjukkan kembalinya kita kepada Allah. Kata Innalillahi wa inna ilaihi raji’un, bermaksud kita semua adalah kepunyaan Allah dan hanya kepada-Nya kita semua Rujû’ (kembali). Selain itu kata “Inabah” pada firmanNya “Ittabi’ Sabîla man Anâba Ilayya Tsumma Ilayya Marji’ukum” juga bermaksud ‘kembali’. Malah satu lagi kata yang bererti ‘kembali’ dalam bahasa Arab yang sangat khas adalah kata arab “Taubat”. Taubat berasal dari kata Tâba- Yatûbu-Taubatan. Orang yang kembali disebut Tâib dan yang kembalinya berulang-ulang dan terus-menerus disebut Tawwâb. Contohnya Allah menyebut orang-orang yang banyak bertaubat dan senang melakukan kesucian melalui firmanNya: Innallãha yuhibbu tawwãbina wa yuhibul mutathahhirin, bermaksud “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang banyak bertaubat dan memelihara kesucian dirinya” (QS Al-Baqarah : 222). Asma Allah ‘Ya Tawwab’ membawa maksud Yang menerima Taubat (yang menerima pesalah itu KEMBALI).
Maka kini kita tahu bahawa bicara ALLAH untuk kata KEMBALI ini ada banyak kataNya iaitu: ID, INABAH, RUJU’ dan TAUBAT.
Dalam ilmu tasawuf, keempatnya ini mempunyai tingkatannya (al-maqammat @ maqam @ stesyen ) tersendiri. Pada maqam yang pertama adalah yaqzhah atau kesadaran iaitu TINGKAT KEINSAFAN yang Allah hidupkan ke dalam naluri atau jiwa kita terhadap segala dosa-dosa yang pernah dilakukan. Dari yaqzhah seseorang meningkat kepada maqam atau stesyen kedua iaitu TAUBAT. Dari taubat naik kepada maqam yang ketiga yaitu MUHASABAH. Setelah maqam muhasabah barulah maqam INABAH.
Samada kesedaran ini hadir kerana ditimpa musibah (insiden) dalam hidup kita, atau kerana TEGURAN dan NASIHAT dari orang lain, atau kerana terbaca buku-buku ilmiah mahupun artikel sebegini, atau juga melalui mimpi-mimpi perihal peringatan akan kematian atau kecelakaan, atau juga melalui muhasabah diri yang dalam tatkala bermeditasi ataupun ketika menghayati prinsip kehidupan yang menyucikan segalanya itu atas kehendak-Nya juga kerana sifat kasih dan sayang-Nya kepada kita untuk mengizinkan yaqzhah atau kesadaran itu berlaku ke alam diri kita. Ketika inilah, kita akan ‘KEMBALI’ yang disebut IDUL FITRI! (kembali kepada fitrah).
Pada waktu yaqzhah ini, kita mahu kembali pada fitrah kita. Sebagai abdi padaNya kita semua mempunyai fitrah kesucian iaitu keinginan untuk kembali kepada Allah sebagai asal zat yang menciptakan kita. Keinginan itu ada jauh dalam hati atau QALBU kita. DariNya kita ada, denganNya kita hidup (nafas) dan kepadaNya kita mahu tujui. Allah tempatkan ‘rasa’ itu dalam qalbu kita seumpama sebuah lampu pelita namun kejahilan kita seringkali mengakibatkan lampu ini malap, tertutup atau kotor. Al-Quran menyebut pelita ini sebagai sebuah misykat, firman Allah “Perumpamaan cahaya Allah itu seperti misykat” (QS An-Nur : 35). Al-Qur’an menggambarkan hati kita itu seperti misykat dan di dalamnya ada misbah (sumbu api). Tetapi kebanyakan misykat kita itu tertutup (berjelaga) dan cahaya di dalam itu tidak boleh terpancar keluar. Cahaya fitrah kita itu tidak keluar kerana tertutup oleh dosa-dosa kita. Tetapi pada orang-orang tertentu yang membersihkan hatinya secara sungguh-sungguh, misykat itu menjadi sangat cemerlang seperti kaca. Al-Quran mengatakan “Kacanya itu seakan-akan bintang yang cemerlang, yang dinyalakan apinya dari pohon-pohon Zaitun yang diberkati, yang tidak di timur dan tidak di barat. Hampir-hampir minyaknya saja bersinar padahal tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya” (QS 24:35).
Rasa rindu pada cahaya fitrah itu akan membawa kita kembali. Seumpama kita kembali ke kampong halaman setiap kali tibanya Hari Raya, kita melakukannya dengan penuh rela kerana melayan rasa rindu itu. Kita terpanggil-panggil olehnya, terpanggil untuk pulang ke asal kita. Dalam kontek yaqzhah atau kesadaran, yang memanggil kita untuk kembali itu adalah cahaya fitrah, lampu yang ada di dalam misykat qalbu kita. Misykat itu adalah bahagian qalbu kita yang paling dalam dan masih menyimpan cahaya Ilahi itu. Sinarnya tidak kelihatan kerana kita terlalu terpesona dengan kehidupan dunia ini. NAMUN kerinduan itu masih ada lalu, kerinduan itu akan tiba-tiba muncul dalam diri kita di satu saat yang disebut yaqzhah!! Kerinduan yang akan menimbulkan kesadaran untuk kembali ke fitrah itu!
Adalah telah menjadi kebiasaan (fitrah), seseorang akan insaf bila ia dilanda MUSIBAH. Insaf membawanya kembali mengingati dan PASRAH kepada Allah. Oleh itu Rasul ada bersabda: “Sesungguhnya tidak ada baiknya orang yang tidak pernah mendapat musibah”. Bila ada masalah, seseorang akan biasanya kembali kepada Allah, bermunajat dan meminta Ihsan Allah. Samalah halnya tatkala RAMADHAN hadir dengan berbagai ujian dan cabaran. Dugaan berlapar, dahaga, kekurangan tenaga, mendiamkan nafsu, mengolah ibadah siang dan malam harinya, menjaga indera dan kesucian diri, membayar zakat fitrah dan bermacamnya lagi; adalah merupakan SEBUAH PERLATIHAN yang harus ditempoh demi sebuah keinsafan menuju kesedaran. Masalah, ujian, dugaan atau musibah adalah pencetus kepada yaqzhah (kesedaran) dan seterusnya menggerakkan insan itu untuk IDUL FITRI (kembali kepada fitrah). Melalui inilah kita kembali membersihkan misykat qalbu kita dan mulailah perlahan-lahan cahaya Ilahi itu keluar semula.
Pun begitu tak kurang juga yang insafnya sementara atau pura-pura. Tatkala susah, dia ‘kembali kepada fitrah’ dengan penuh keinsafan namun bila keadaan kembali seperti asal, dia kembali lupa semua. Macam musim perayaan ni, kita penuh lelah menjalani ibadat puasa (dugaan dan musibah yang berbagai bagi sesetengah orang), kemudiannya pulang IDUL FITRI (penuh keinsafan dari fadhilat ramadhan yang ditempuhi), bila rindu terjawap dan keadaan kembali seperti rutin asal, ia IDUL FITRI (kembali kepada kelalaiannya).
Apakah erti IDUL FITRI buat kita??
IDUL FITRI – KEMBALI KEPADA FITRAH. Inilah sebenar-benar pengertian IDUL FITRI yang harus kita kunyah. Bukan semata HARI RAYA yang hakikat maknanya kita tidak hayati dan dirai-kan dengan canggung akibat salah tafsiran yang ada. Kita haruslah meraikan Idul Fitri ini sebagai SEBUAH “KEPULANGAN KEPADA FITRAH” iaitu asal kita yang mencari pangkuan PELUKAN ILLAHI bukannya meraikan hari kebebasan dari dugaan dan ujian ramadhan.
Terakhir,kami wargakerja SMF belum terlambat mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN kepada semua.!
“minal aidin walfaizin walmaqbulin”!!

Mudah-mudahan ada kebaikkan untuk mereka yang mahu mengambilnya dari DIA yang Maha Pemilik!

Rabu, 9 September 2009

BERITA TERKINI.....GIG DITUNDA..


Salam Ramadhan,gig TRIBUTE TO THE ABYSS sekali lagi akan ditunda ke satu masa yang akan ditetapkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Sila rujuk laman blog ini dan myspace.com/sarawakmetalforce untuk berita terkini dan rasmi tentang gig itu nanti..Harap maklum...

Khamis, 20 Ogos 2009

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...........

SELAMAT MENYAMBUR RAMADHAN AL MUBARAK DARI SELURUH WARGAKERJA B.O.D SARAWAK METAL FORCE....Moga amalan kita diterima olehNYA....

AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN
1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.
Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan
1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
4. Elakan daripada makan berlebihan

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN
1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
i. Pastikan Tarawikh terakhir
ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang...

Jumaat, 7 Ogos 2009

SMF newsletter...era photostat




Ketika melawat blog kawan gua,andy sebli,mantan editor bersama SMF newsletter untuk era zaman photostat,terlihat dua cover SMF yang masih dalam simpanan beliau..hmm,cover isu ketiga,Cortal (Unitheism/Synchronizer) semasa gig SMF part III di Miri..Cover isu 4,Kremation sempena pelancaran album mereka "Headhunter Revenge"..Gua tak pasti berapa naskhah yang terjual,tapi seingat gua yang pernah gua catat dulu untuk isu 1 hingga terakhir (isu 6 -dengan cover NECROTIC CHAOS) adalah sekitar 400+++ naskhah...hehehe,ok jugak dengan kekangan masa dan modal yang terhad masa tu...kadang-kadang,tepikir balik nak buat newsletter photostat ni,ada syok dan 'cult'nya,tapi penyampaian maklumat melalui blog lebih pantas membuatkan gua terpikir banyak kali nak memulakannya....

Selasa, 28 Julai 2009

Tazkirah Bulan Syaaban..


ENAM PERSOALAN HIDUP
Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185). Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya. Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya. Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.
 

Sabtu, 25 Julai 2009

Rabu, 22 Julai 2009

CONFIRM! TRIBUTE TO THE ABYSS OCT 2009!!!

HELL YEAH!!!!!Setelah beberapa kali perbincangan,akhirnya confirm gig SMF 'TRIBUTE TO THE ABYSS'pada 3.10.2009 bertempat di Temuai Pub and lounge (ya,tempat yang sama untuk gig SMF 10TH ANNIVERSARY)..Dengan band yang CONFIRMED :UNGODLY,BLOCKHEAD,MENTALLY MURDERED,RESURRECTION,HOLIDAY MADNESS,CYRO INFERNO,CANNIBAL LANDLORD,SYNCHRONIZER,VORMIT..YEAH,tunggu flyers official sedikit masa lagi...untuk pertanyaan tiket sila hubungi saudara Mael : 0198740160...

Khamis, 16 Julai 2009

ARADIA NEW ALBUM!!!

Salam,menurut informasi dari sumber yang sahih,Aradia,sebuah band yang tidak perlu diperkenalkan lagi di arena Black Metal Malaysia,sedang berada di studio untuk merakamkan album penuh mereka..apabila ditanya dimana mereka merakamkan album,segalanya akan diberitahu kelak dan kemungkinan 8-9 lagu akan dirakamkan..Gua akan update lagi jika ada berita terbaru dan kemungkinan akan dikeluarkan dalam bulan September atau hujung tahun..Hail!ARADIA IS BACK!!!!

Selasa, 7 Julai 2009

SHAMANIC RITES ALBUM!!!

SARAWAK kult war black/death metal band,SHAMANIC RITES releases their full-length album 'INFILTRATE MUTILATE CARNAGE INSTIGATE'featuring 8 hell blasphemic traxz..official release on July 09!more info at Mr Akramienz at shamanic_rites@yahoo.com or www.myspace.com/shamanicrites.Juga boleh didapati di official distro/label dorang,Khakan prod dan Eastern voice prod..support local act!Congratz Shamanic Rites!!!!

Sabtu, 20 Jun 2009

bila berbicara ..........

Assalamualaikum...

Apabila kita berbicara tentang agama, bila ada topik berbicara tentang agama, adalah lebih baik kita elakkan berbicara benda-benda yang lawak.... apabila sahabat kita membuka topik agama, cubalah kita elakkan untuk melawak dalam topik tu....

kalau anda terasa juga ingin bergurau dalam topik tu, BICARALAH lah kata-kata yang langsung tidak berkait dengan topik yang dibawa..

CONTOH:

TOPIK: Sembahyang Adalah wajib

Bentonn : Sembahyang adalah wajib. Marilah kita mengerjakan sembahyang.
Fenrizz: Benar sekali kata-kata zeeta tu. Tu adalah tuntutan fardhu atas kita.

Tiba-tiba eloka bercakap mende yang lawak.

Eloka : Alamak... telekung semayang aku kene taik cicak, terpaksa pakai kain pelikat buat telekung.

Ayat eloka menunjukkan tiada lawak keatas 'SEMBAHYANG' tetapi hanya membabitkan 'telekung dan kain pelikat'. Jadi kesucian sembahyang dalam topik ni masih terpelihara kerana kita masih bergurau perkara yang tidak direct kepada topik tu.

TETAPI jika begini...

Laveyy : Hek eleee... tak yah la semayang-semayang ni... ko tetap jahat macam tu jugak...

Percakapan ni direct terus dengan kewajipan sembahyang, ini amat tidak dibolehkan... malah menyalahi akidah... kerana ayat diatas telah menidakkan sembahyang dan ini adalah gurauan yang direct terhadap topik yang dibicarakan (agama)


Ini hanyalah contoh...

mungkin ada yang berkata "eleeehh, yang ko selalu sebut nirrajim, kembali ke rahmatullah, laknatullah, neraka dan menghina orang bleh plak!!"

disini ingin gua tekankan itu hanyalah perkataan... NIRRAJIM memang perkataan yang berkaitan dengan Syaitan, dan memang salah kita memanggil orang setan atau nirrajim... tetapi ia berbalik pula ke atas diri individu yang kita panggil. Ia tiada kaitan dengan menjatuhkan akidah.

CONTOH

Mister Rie : krolei... ko ni memang nirrajim... sifat ko yang suka rogol ayam tu amatlah nirrajim...

Dalam konteks ini, hanya perasaan krolei sahaja yang membuat kita berdosa... sekiranya krolei berkecil hati maka itu adalah dosa... tetapi sekiranya beliau tidak kisah.. ianya hanyalah gurauan... jadi ia tidak berkaitan dengan akidah... maka ini dibolehkan sekiranya ia diredho oleh yang dikutuk...
begitu juga dengan perkataan 'kembali ke rahmatullah'. Mungkin ada yang beranggapan disini selalu menggunakan perkataan rahmatullah sebagai bahan lawak jenaka...
tetapi maksud kembali ke rahmatullah itu adalah mati.... tiada bezanya menyebut mati atau kambali ke rahmatullah sebagai bahan jenaka... malah bunyinya lebih formal dan berdisplin...

CONTOH : Lalu rie pun mati setelah melihat perbuatan anton mencium tengkuk jubin.

Ayat di atas nampak biasa sahaja...

CONTOH : Lalu rie pun kembali ke rahmatullah....

Pun sama.... maksudnya tetap mati....jadi hanya sebutan... tidak berkaitan akidah
Adalah amat ditekankan... apabila seseorang berbicara tentang agama... sekiranya kita tidak tahu.... adalah lebih baik kita mendiamkan diri... nanti bila bercakap kosong... takut menjejaskan akidah dan fakta...gua bukan apa,kekadang bila sembang sesama rakan musician,citer pasal agama,kadang-kadang kawan terlepas cakap pasal benda agama,yang haram dihalalkan,tak boleh ler macam tuh...

tetapi sekiranya kita berilmu dan yakin.... dan ingin melakukan lawak jenaka... lakukanlah... sebab ustaz didalam ceramah pun ada lawak jenaka untuk menarik perhatian...

tapi fikirkanlah 2-3 kali sebelum kita membalas berlawak tentang agama.... adakah posting gua ni menyalahi akidah atau tak.. sekiranya tidak yakin.. maka lebih baik diam...

NAMUN AMAT DI ALU-ALUKAN TOPIK BERBENTUK AGAMA... JANGANLA KITA TAK BUKAK TOPIK AGAMA PLAK...WALAUPUN TENGAH SEMBANG PASAL GIG KAT KEDAI KOPI...

gua memesan bukanlah kata gua baik-baik belaka... tetapi gua juga sentiasa berfikir apakah ayat gua ni boleh dijadikan bahan lawak sebelum gua berfikir...

TETAPI BILA BICARA YANG TIDAK BERKAITAN AGAMA... KALAU KORANG NAK MELAWAK... IKUT SUKA HATI KORANG LA... JANGAN BOHONG CUKUP....

GIG DI MUKAH!

Hampir seminggu yang lepas,gua dihubungi oleh seorang rakan lama dari Mukah..beliau menyatakan 1 gig akan diadakan di Mukah,tak silap pada 8.8.2009..gig ini dianjurkan oleh salah seorang line up band SUICIDE,yang kini telah aktif kembali!!Syabas!!Kalau ada duit lebih,jangan lupa untuk tengok gig ni..gua menunggu informasi lanjut tetapi beliau belum menghubungi lagi,tetapi dari perkhabaran band yang akan bermain di sana ialah SHAMANIC RITES,SUICIDE dan ada beberapa buah band lagi..Siapa sangka,kawasan yang agak jauh mempunyai scene metal yang semakin berkembang...Memang,METAL ADA DIMANAN-MANA!!!!!SYABAS BUAT RAKAN DI SANA!!!

REVIEW SMF di MAJALAH EMPAYAR!!!

SUDAH TERBIT!!!Ulasan gig SMF 10TH ANNIVERSARY sudah dikeluarkan dalam majalah empayar isu 7 (cover BUNKFACE)...Oleh kerana kesukaran mencari majalah ini,gua menghubungi osman,pemilik EASTERN VOICE prod (sebuah label dan distro yang aktif di Sarawak) untuk memilikinya beberapa hari yang lepas...em,nasib baik ada..banyak informasi lain yang boleh kita lihat dalam majalah hebat ini..em Nazrul,lain kali print le banyak-banyak,orait bro?heheh

PESANAN BUAT TEMAN....

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.


Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
salam 165....

Selasa, 16 Jun 2009

GIG TANGGUH KE OKTOBER!!

SALAM, ni ada latest news dari camp SMF..kemungkinan besar gig 'TRIBUTE THE THE ABYSS' akan ditangguh ke bulan oktober memandangkan beberapa masalah teknikal..dan ada lebih kurang 12 buah band yang akan beraksi...Pastinya METAL!!!Antara yang confirm ialah SENSELESS,UNGODLY,IMMORTAL,SYNCHRONIZER,MILITANT ATTACK,CRYO IFERNO dan beberapa lagi..tunggu flyers dalam sedikit masa lagi...
WE ARE THE SEEKERS OF DIVINE LOVE!!!!!!!!!!!!!

Selasa, 19 Mei 2009

TRIBUTE TO THE ABYSS (SENSELESS) AUGUST 2009!

SALAM 165,
lama dah gua tak update..busy memanjang dengan hal-hal dunia dan kerjaya yang sampai bila pun tak habis,hehe..Berita terkini dari camp SMF ,kami sedang sibuk merancang untuk gig "TRIBUTE TO THE ABYSS" yang dijangka pada pertengahan bulan Ogos nanti..Untuk makluman,"The Abyss" adalah nama samaran/nickname untuk Allahyarham Zul,gitaris dan mainman kumpulan lagenda Sarawak,SENSELESS..Beliau adalah antara generasi pertama dan aktif menganjurkan gig-gig di Kuching lewat 1980an dan awal 1990an dahulu seperti di batu Kawa pada tahun 1992,serta di Dewan Perumahan RPR ..Jika anda masih mempunyai DROP DEAD FANZINE dari Miri,anda akan mendapati gambar-gambar gig lama pada era tersebut!Sebagai pengapresiasian kepada beliau,gig ini untuk mengenang kembali jasa beliau,dan yang menarik,band-band lama sezaman dengan SENSELESS akan muncul kembali!nama-nama seperti UNGODLY DEATH,BLOCKHEAD,IMMORTAL (kemungkinan ) akan bersama kembali seterusnya 'barisan' band-band baru yang sentiasa 'memanaskan 'suasana nanti!!!Apapun,tunggu,dah confirm,gua akan bagitau sepantas mungkin!!!