EVENT:
MUKAH METAL LEGION II 2015
DATE:
28. 02. 2015 (2PM – 10PM)
VENUE:
DEWAN SUARAH MESRA MUKAH
ORGANISER:
TIBOW MUSIC CREATIVE
WHITE RAJAH, KEBES, NERAIZZ, SHADOW, KAFAN OV AZAZIL, PYRED, NIHIL
KHAOS, ERECTUS, KAMBING SAKTI, MENTALLY MURDERED & ANTABOGA
Ini adalah kali pertama penulis
menghadiri gig di daerah Mukah, salah satu daerah yang berada di dalam naungan The
Unholy Triangle, suatu jolokan nama yang diberikan oleh pengamal-pengamal
music keras seantero Borneo, di Sarawak amnya. Penganjuran gig ini adalah
kesinambungan daripada gig Mukah Metal Legions Part 1 yang diadakan di
daerah yang sama pada tahun lepas, cuma bezanya kali ini ianya diadakan di
dalam dewan bertutup berhawa dingin. Saya memuji inisiatif penganjur gig kerana
pemilihan tarikh yang tepat pada hujung bulan memudahkan urusan band-band yang
terlibat. Segala perancangan dapat diatur dengan sebaik-baiknya. Terima kasih
juga diucapkan kepada N.38 Jemoreng kerana membekalkan sound system
untuk siri kali ini.
Pada pagi 27.02.2015 bersamaan dengan
hari Jumaat, metal hordes dari Kuching terdiri daripada penggemar metal
dan ahli band Mentally Murdered, White Rajah & Kebes
bergerak serentak secara konvoi menuju ke daerah paksi segitiga metal.
Perjalanan di mulakan agak lewat dari batu 12, Kuching kerana masalah teknikal
dan testikal pada waktu itu. Tepat jam 10 pagi, perjalanan dimulakan dan
kami tiba di daerah Mukah agak lewat, iaitu lebih kurang jam 7:00 pm kerana
banyak singgah di rest stop sepanjang perjalanan ke destinasi, dan terus
disambut mesra bassist band DIRE CROWN iaitu saudara Manfred dari
Miri yang terlebih dahulu sampai dan terus membawa kami ke tempat penginapan
iaitu di Royal Inn.
HARI GIG (FIRST HALF)
Saya bergerak ke lokasi pada pukul 2:00
pm, seperti yang dijadualkan di dalam flyer. Penat masih lagi terasa. Sesampai
di sana, saya lihat beberapa kelibat mat-mat metal berbaju hitam sedang berada
diluar dewan. Saya lihat band Shadow masih lagi membuat soundcheck. Saudara Dell
Zaini iaitu penganjur dari Tibow Music Creative berdiri
di pintu masuk dewan, sedang mengagihkan baju-baju dan tiket daripada pre-order
sebelum ini. Agak risau riak wajahnya namun dapat diredakan oleh kehadiran
beberapa teman se metal lain yang tiba serentak dengan saya. Saya terus menuju
ke tempat penjualan material, dimana saya bertemu dengan saudara Farid,
bassist band IMMOLATE yang sibuk membuat lelongan ke atas
material-material lama beliau sepanjang penglibatan di dalam arena metal.
Sempat jugaklah rembat satu hehehe. Mereka menarik diri di saat akhir atas
sebab yang tidak dapat dielakan.
Jam menunjukkan pukul 2:40pm. Pengacara
melaungkan nama WHITE RAJAH selaku pembuka tirai persembahan. Sebuah
band bertunjangkan Power/Progressive Metal dari Kuching, Sarawak yang
telah berjaya menerbitkan single pertama mereka iaitu We Stand for Humanity
dan juga split EP bersama Velhalla dan Tanak Bihis memulakan
langkah dengan mempersembahkan cover dari Hammerfall – Last Man Standing
dan Lifetime of War dari Sabbaton. Penonton kelihatan masih lagi
segan untuk melakukan headbanging namun sudah berasak asak ke hadapan pentas.
Seterusnya mereka mendendangkan cover dari Helloween iaitu Power
sebelum mengakhiri persembahan dengan nukilan sendiri iatu We stand for
Humanity. Kekuatan band ini terletak pada vocalist high pitchnya, iaitu
saudara Max dan twin riffing dan solo, sesuai dengan konsep Power Metal pada
zaman circa akhir 80an. Tepukan gemuruh daripada penonton menghangatkan suasana
kerana belum puas dan acara bermula dari sejuk ke suam kuku. Tahniah WHITE
RAJAH. Band ini berpotensi untuk pergi jauh.
Seterusnya band Metal Kelam dari
Kuching iaitu KEBES menjajah pentas. Penampilan yang menarik dengan corpse
paint sudah semestinya ini band Black Metal. Band ini mempunyai 2 rilisan
iaitu demo Town of Darkness pada tahun 2013 & Mati pada tahun
lepas. Kebes berasal daripada bahasa Bidayuh dari dialek daerah
Serian, bermaksud Mati, dan itulah persembahan mereka yang menjadi
santapan mat-mat metal yang pada mulanya berada di belakang berasak ke hadapan
untuk headbanging bersama, ditambah pula dengan lagu-lagu mereka
seterusnya iaitu worship, unholy sacrifice menambahkan lagi
kehangatan suasana sebelum mengakhiri persembahan dengan Town of Darkness.
Band ini cukup berbaloi dibawa ke Mukah dan untuk diketengahkan lagi dan
diharap mendapat tempat di dalam siri gig seumpama ini di masa hadapan.
Daripada Black Metal kini
beralih kepada Grindcore. Saya memang menantikan kemunculan pertama band
NERAIZZ yang berasal dari Kuching. Baru ditubuhkan pada tahun lepas
tetapi dianggotai oleh otai-otai lama. Mereka menerjah pentas dengan memainkan
cover dari Napalm Death iaitu Scum dan Troop of Doom dari Sepultura.
Anak-anak muda nampaknya asyik menari, headbanging dan moshing melihat tenaga
luar biasa yang dijanakan oleh band ini. Dentuman drum daripada saudara Harry
dan juga growling Saudara Abib sereta shredding daripada saudara Hatta
memukau penonton yang hadir, wah, sungguh luar biasa. Moshpit kelihatan
semakin merebak sebelum mempersembahkan lagu-lagu sendiri iaitu Sawan, stink
Kill, Shoot To Kill, Fuck the extreme dan akhir sekali Murder
Intend. Band ini mengingkatkan saya kepada zaman kegemilangan Vormit
iaitu lagenda grindcore Sarawak dan diharapkan mereka akan melahirkan sesuatu
material dimasa terdekat, tahniah Neraizz. Sekurang kurang nya mereka
membuktikan kredibiliti mereka. Persembahan yang mantap secara keseluruhan.
Jam menunjukkan tepat pukul 4:15
petang. Band SHADOW yang berpaksikan Eastern Death Metal kini
menguasai pentas. Melihatkan kepada riak wajah mereka ini orang lama. Berasal
dari wilayah Daro, mereka membuka langkah dengan mendendangkan cover dari Langsuyr
iaitu My Oath for Thee. Kelihatan gitaris kedua mereka sedang bergelut
mengatasi masalah amp namun dapat meneruskan acara dengan baik dan
professional. Crowd penuh berasak ke hadapan pentas untuk headbanging. Mereka
ini amat terkenal di wilayah paksi segitiga metal ini dan juga di daerah Sibu.
Kekuatan mereka ini terletak pada vocalist mereka yang begitu showmanship.
Ternyata pengalaman adalah segala galanya, diteruskan lagi dengan cover Death
Just Awhile dari Mandatory dan Fghment Thy Gift dari Rotting
Christ. Saya amat terpegun melihat kesungguhan frontman mereka menghidupkan
suasana crowd yang headbanging menggila. Mereka akhiri dengan persembahan
dengan lagu sendiri berjudul Rhiwan.
KAFAN OV AZAZIL dari Kuching
berkiblatkan Black Metal diseru menggamatkan pentas. Agak menarik kerana kaki
pukul band ini adalah perempuan, sungguh menarik komposisi band ini. Mereka
mendendangkan lagu lagu sendiri daripada EP mereka iaitu Kursee, Judgment
Day & Moloch. Saya amat menyarankan pendengar khasnya peminat
black metal untuk mendapatkan hasil material mereka kerana komposisi yang
menarik dan kemas. Persembahan mantap daripada mereka mendapat tepukan gemuruh
daripada crowd yang tanpa henti headbanging dan melambaikan tumbukan
tangan ke udara. Ternyata petikan gitar daripada saudara Didi amat
memukau. Boleh saya katakan, persembahan yang kemas daripada mereka. Semoga
mereka terus menawan pentas-pentas bawah tanah. Tahniah. Saya sudah mendapatkan
EP mereka, anda bagaimana?
Persembahan PYRED merupakan
penutup upacara untuk waktu siang. Mereka adalah satu satunya band commercial
yang dibawa ke Mukah. Lagu lagu mereka sudah berkumandang di stesen radio radio
tempatan dan menggunakan bahasa ibunda mereka di dalam penulisan lirik iaitu
bahasa Iban. Bertunjangkan konsep Nu Metal, mereka menyajikan lagu-lagu cover
daripada Sepultura iaitu Territory dan Refuse, Resist.
Anak-anak muda yang tadinya agak suram kembali aktif untuk sing along
dan moshing bersama mereka, disusuli dengan lagu sendiri iaitu Udah
ditentuka & Ensera ka terubah. Lagu lagu mereka agak sulit dari
segi komposisi namun sangat mengasyikan. Not my type of music tetapi
amat berbaloi jika didengar dan diamati, seolah olah mendengar campuran band Deftones
dan Disturbed. Kali ini saudara Caney selaku frontman menampilkan
saudara Will Masterpiece selaku guitarist kedua mereka. Ternyata,
pengalaman mereka beraksi di pentas-pentas utama diseluruh Sarawak khususnya di
pentas akhir Anugerah Juara Lagu DAMA memberi kelebihan kepada mereka, mereka
tenang sahaja di atas pentas dengan senyuman seolah-olah sesi jamming sahaja
pada waktu itu. Dewan digamatkan dengan alunan Roots dari Sepultura
disajikan buat penonton, dan sing along dapat kedengaran dari luar
dewan. Moshpit dan headbang menggila menggamatkan suasana dewan.
Acara ditangguhkan pada pukul 6:35 petang untuk rehat.
MALAM GIG (SECOND HALF)
Selesai sudah perjamuan makan malam dan
rehat, perjalanan gig disambung semula pada jam 8:35pm. Kali ini, band NIHIL
KHAOS dari Mukah yang dibarisi oleh saudara penganjur iaitu Dell Zaini
selaku gitaris utama memulakan acara. Penonton yang sedari tadi dahagakan music
memenuhi ruang hadapan pentas sambil menghayunkan kepala. Dua buah lagu menjadi
santapan iaitu Bisikan kematian hasil nukilan sendiri dan juga sebuah
cover dari Impaled Nazarene iaitu The Horny and the Horned.
Kelihatan juga kelibat bassist dari band Narratik membarisi band ini,
apapun, selamat maju jaya diucapkan kepada band ini semoga mengeluarkan sesuatu
di dalam masa yang terdekat ini.
Dari Bandar Bintulu, daerah Vaiehell,
kelihatan Sallem membawa senjata gitar naganya yang mana sudah menjadi
signature kepada band ini, ERECTUS. Berpaksikan death metal, mereka
memukau segenap mat-mat metal yang ada di dalam dewan pada malam itu. Tone
guitar yang sedap dan bunyi sekata, cover lagu Kelibat dari Langsuyr
diputarkan disusuli dengan lagu sendiri iaitu The ancient throne of metal
bersama Saqang. Riffing pelbagai yang menarik dan growl yang
memukau ditonjolkan membuat kan saya terpegun akan band ini, yang mana saya
follow sedari tahun 2007 lagi, pada masa itu ada sebuah gig anjuran Zoso di
Dewan Suarah Bintulu, kebetulan band ini beraksi. Memang tidak mengecewakan
sedari dulu lagi. Ditambah dengan cover dari Ammon Armath berjudul The
pursuit of Vikings membuatkan crowd yang bersesak di hadapan pentas
menggila sing along bersama mereka. Set mereka diakhiri dengan lagu
sendiri iaitu Komander Teragung menghiasi malam tersebut. Harapan saya
agar mereka terus gah menghiasi nama-nama flyer gigs di Sarawak dan mana tahu,
di Semenanjung Malaysia suatu hari nanti.
Next, jeng jeng jeng….band yang menjadi
siulan remaja-remaja yang berpaksikan black metal khususnya di Kuching menjajah
pentas keramat Mukahell. Band ini juga saya follow sejak awal penubuhan mereka
pada 2010 dahulu. Dibarisi oleh Usop, Kenny, Miller, Jambul
& Dedek, pengamal the pending division Black Metal terus menjajah
pentas. Mereka gah dengan demo Rotten in Hell rilisan 2011 dan split
demo Eastern Hell Fire pada 2013 bersama Antaboga, Keruntuk
& Ajal. Mereka Berjaya menggelapkan stage pada malam itu melalui
lagu Demoniacal Possession cover dari Old Man’s Child. Malam
bertambah havoc apabila mereka memainkan lagu hit daripada demo mereka sebelum
ini iaitu Rotten in Hell, ternyata, twin riffing Kenny & Jambul
sungguh memukau apabila lagu terakhir dimainkan iaitu In the name ov Lucifer,
pengakhiran yang melodic daripada mereka membuatkan saya mengenangkan band Cradle
of Filth hehehe, mereka sempat menghadiahkan pose istimewa buat crowd di
Mukah sebagai kenangan, ternyata penghargaan dengan tepukan gemuruh daripada
penonton menyatakan segala-galanya. Tahniah Kambing Sakti!!
Jam sudah menunjukan pukul 10:12 pm,
daripada Black Metal ke Old School Death metal, sebuah band yang
tidak asing lagi di kalangan peminat death metal Malaysia, sebuah band yang
ditubuhkan pada tahun 1989 berasal dari Kuching pernah dikenali dengan nama IMMORTAL
dan kemudian kepada Permanent Head Damage seterusnya kepada Mentally
Murdered sehingga kini. Band ini cukup berpengalaman kerana pernah beraksi
di pentas seluruh Malaysia dan mempunyai rilisan demo New World Sickness
pada tahun 1995, Mentally Murdered pada tahun 2004 dan single Lost
Infidel tahun 2007. Suasana dewan gamat apabila vocalist/bassist nya, Sigat,
digelar "Zamani" oleh penonton-penonton muda-mudi Mukah, hahaha,
sesekali Sigat mencelah dengan nada gurauan, bijak berinteraksi dengan penonton.
Serangan Mentally Murdered dimulakan dengan lagu cover Pull the Plug
dari Death, saya agak terkepung apabila penonton bersesak ke hadapan
untuk headbanging. Ternyata mereka agak ligat di atas pentas berdasarkan
pengalaman beraksi yang penuh di dada, lagu the lost infidel & Burn
from within disajikan buat penonton yang sedari tadi tidak putus-putus
headbanging. Dewan bertambah menggila apabila otai-otai metal yang merokok di
luar berpusu-pusu masuk ke dewan apabila cover The Trooper dari Iron
Maiden dimainkan membuatkan penonton bingit sing along bersama mereka, dan
selepas itu, moshpit terbentuk apabila lagu A.I.D.S and Dawn of
Eternity dimainkan. Crowd berjaya memaksa mereka untuk encore dengan
memainkan lagu Creeping Death dari Metallica sekali lagi
menggamatkan dewan dengan sing along & moshpit jeritan Die!! Die!!
Die!! membuatkan saya sakit tekak semalaman, ditambah dengan petikan solo
dari saudara Churchill yang nampaknya berkelajuan 100km/j seolah olah
beliau ingin memecahkan rekod peribadi solo terpantasnya sepanjang zaman
hehehehehehe, peace bro…..akhirnya, mereka menamatkan persembahan mereka dengan
lontaran ole-ole baju band untuk peminat. Sangat dahsyat band ini, dengan
showmanship yang bertenaga dan dentuman drum yang konsisten membuatkan saya
memilih band ini sebagai band yang terbaik pada malam ini.
Seterusnya, band yang ditunggu tunggu
kini menjelma, colok berasap memenuhi ruang rongga hidung penonton, lampu
dimalapkan dan kain kuning direntangkan diatas stage untuk memulakan ritual. Waduh,
seram juga band ini apabila satu persatu ahli band keluar menjajah pentas.
Penonton terpegun dengan kelainan band ini yang berpaksikan Nusantara Black
Metal, iaitu ANTABOGA dari Kuala Lumpur. Saya rasakan meremang bulu
roma, rasa nak ke tandas pun takut, hehehe. Mistik sungguh band ini.
Ritual dimulakan dengan lagu Tarian Keliwon dan Lengsi Wongi.
Suasana seram terus menyelubungi dan penonton seakan -akan terpukau dengan
persembahan band ini yang begitu seram penampilan nya, hehehe memang penuh dengan
attitude, hanya ada segelintir sahaja penonton yang headbanging,
lain-lain hanya terpaku. Sejujurnya saya tidak follow band ini, tetapi apa yang
saya selidiki, mereka mempunyai sebuah demo berjudul Rangda rilisan 2011
dan juga dua full length album iaitu Mayang Mistik dan Mayang
Mistik II (Semayam Sihir). Persembahan mereka diteruskan dengan lagu Dukun,
Semayam Sihir dan Bangkit membunuhmu. Saya kebelakang sedikit
kerana terkepung oleh peminat yang berasak ke hadapan. Bau asap colok terus
menghantui setiap penghuni dewan tersebut, termasuk lampu pentas yang sedari
tadi malap seolah olah saya rasakan berada di alam ghaib, hehehe jgn marah bro
hantu ghaib. Mereka akhiri upacara mereka dengan lagu upacara kain kuning,
suatu persembahan bagi saya memang evil dan 666%....p/s: mcm
kenal jer bassist tu…
Overall, Gig yang mantap bagi saya,
kerana band-band memang bagus hari tu. Sound terkawal tak kiralah band genre
apa pun yang perform. Kehadiran agak memuaskan mengambil kira faktor jumlah
peminat metal di daerah Mukah. Ape pun aku paling suka gig entry ini yang
membelit tangan aku, heheheh, terima kasih juga kepada Tibow Music
Creative, Tugau War Metal Hordes dan crew2 yang trerlibat diatas
penganjuran yang sukses, terutama saudara Dell Zaini yang
bertungkus lumus mengerah segala kudrat menjayakan gig. Agak hebat untuk one
man show, You are truly 666 my friend, tidak lupa juga syabas kepada semua
band yang telah memberikan yang terbaik untuk siri gig kali ini.
Akhir kata:
666 fucking hail to the extreme!!!
Semoga kita berjumpa lagi tahun
hadapan, kalau ada lagi laaaa…boleh la bro Dell owh, hehehe
Thank you,
yours truly
Lord Babeh
Kredit untuk James Saga Bayang dan Dellz /Organiser untuk review gig ini .SALUTE!
P/S :Foto2 penuh boleh dilihat di Facebook Organiser : Armada Hitam.TQ